Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 9 hari yang lalu
the_brOtherz: 36 hari yang lalu

Kelebihan lelaki pada akalnya
 Posted on Selasa, 10 Jun 2008 @ 20:24:43oleh istisafa
Umum ukhuwwah_mml menulis Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

 

  Umum


Komen


"Kelebihan lelaki pada akalnya" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kelebihan lelaki pada akalnya
oleh syanadh pada Rabu, 02 Julai 2008 @ 12:39:25
(Info AHLI) http://yahoo/


Na u' zubillahuminzalik...itulah tnda2 kiamat..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kelebihan lelaki pada akalnya
oleh haffiss86 ([email protected]) pada Rabu, 07 Januari 2009 @ 18:13:12
(Info AHLI)


ASSALAMUALAIKUM......sahabat-sahabat semua....

manusia dijadikan oleh allah berpuak-puak
dan berlainan jantina.....
setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri....

kaum hawa dijadikan dari tulang rusuk nabi adam a.s.
dari sini jelas lah bahawa betapa mulianya kaum hawa disisi allah s.w.t
bermakna kaum hawa mesti dihormati dan diberikan tempat yang sewjarnya dalam masyarakan sekarang.....

kaum adam iaitu lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal dan fikiran
atas sebab itulah lelaki ditugaskan untuk jadi pelindung,pemimpin kepada wanita apabila sudah menjadi tanggungjawab si lelaki tersebut....iaitu sudah berkahwin.....

setiap kaum hawa ni mesti mempunyai sifat semulajadinya iaitu sifaf malu
dan sifat malu in mestilah kena pada tmpatnya....zaman sudah berubah tapi jangan kita lupakan sifat wanita yang semulajadi tadi....


lelaki dan wanita keluar bersama-sama dan melakukan perkara yang tidak manis dipandang orang....tunjukkan teladan contoh yang baik pada orang bukan islam,pada bangsa lain.pada adik-adik kita yang masik kecil....jadikan kita sebagai rool model pada mereka....
juahkan diri dari gejala-gejala yang tidak sihat ini...


akhir kata sama-sama lah kita myelamatkan agama,bangsa dan negara kita dari terus terjerumus didalam lembah yang hina....


wassalam....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.074825 saat. Lajunya....