Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 28 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu

Cerpen: Terima kasih Ummi
 Posted on Ahad, 17 Februari 2008 @ 22:09:50oleh istisafa
Karya norayhunt menulis Jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku lambat lagi hari ini. Bergegas aku bangun tidak mahu terlepas Subuh. Lewat ke sekolah? Sebenarnya bukan sahaja hari ini, tetapi dah seminggu aku lewat ke sekolah. Jarak rumahku ke sekolah lebih kurang 30 minit berbasikal. Pasti Cikgu Zarina denda aku lagi hari ini.

Daripada didenda, baik aku ponteng. Bukan aku sengaja, mana lah boleh bangun awal kalau dah masa tidur pun dinihari. Din teman baik ku sejak aku kecil. Dia tidak pernah mengeluh mendengar rintihan anak yatim ini. Hanya memandang sayu wajah ku. Aku menjadi yatim 3 tahun yang lalu dan sejak itu Umi yang didik dan besarkan kami 2 beradik.

Aku punya seorang adik perempuan, Ina. Aku mengenali Din ketika umur ku 14 tahun dan tahun ini genap 3 tahun kami bersama. Din, kambing peliharaan peninggalan arwah ayahku.

“Kamu tak ke sekolah hari ni Mat?” Tanya Umi ketika aku melintasi dapur untuk ke bilik air mengambil wuduk.

“Tak..lewat…” jawabku pendek.

Umi hanya menggeleng. Dia tahu perangaiku yang tidak suka dipaksa. Tetapi aku terlihat matanya bergenang. Aku menjadi serba salah. Bersalah melihat air mata seorang ibu.

“Umi, Mat pergi dulu,” Kuhulur tangan minta disambut Umi.

Tika itu Umi tatap puas wajahku. Sejak doktor sahkan Umi menghidap kanser paru-paru. Aku tidak sampai hati untuk buat Umi kecewa.

“Belajar betul-betul nak. Tahun ini kamu bakal hadapi peperiksaan besar. Kita bukan orang senang. Entah esok lusa Umi tak ada, kamu yang kena jaga adik kamu,” pesan Umi.

Entah Kenapa pesanan Umi kali ini terus masuk ke dalam hatiku. Aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib kami sekeluarga. Benar kata Umi, tahun ini aku bakal menduduki Sijil Pendidikan Malaysia. Aku mahu Umi gembira. Menjadi anak yang soleh dan taat. Itu janjiku pada arwah ayahku sebelum dia terlibat dalam nahas yang meragut nyawanya. Janji yang pasti aku tunaikan. Sejak itu aku tidak lagi ponteng sekolah dan berusaha dengan tekun. Umi perasan akan perubahanku. Berkat doamu Umi, terima kasih.

Keputusan peperiksaan telah diumumkan dan satu kejutan buatku kerana aku adalah antara pelajar terbaik sekolah. Berkat usaha, doa dari Umi, bantuan guru-guru dan rakan-rakan ku.

“Aku takkan melupakan kalian yang membantuku,” Getus hati kecilku.

Aku tidak sabar untuk pulang membawa berita gembira untuk Umi. Kali ini pasti Umi akan menangis, tapi aku pasti tangisan itu tanda kegembiraan. Sebelum aku pulang ke rumah. Aku ke kebun untuk menjenguk keadaan kawan baikku, Din. Sudah lama aku tidak ke situ. Aku tergamam Din tiada. Puas aku mencari di keliling kampung, tapi bayang Din pun tiada. Aku risau. Din dicurikah? Memang sudah lama aku tidak menjenguk Din. Aku biarkan Din ditambat di kebun itu. Aku sibuk membantu Umi menjual kuih sementara menunggu keputusan SPM keluar. kebiasaannya Umi yang akan memberi Din makan ketika aku ke pekan menjual kuih.

Bersalahkah aku. Aku terus pulang ke rumah untuk bertanya pada Umi. Manalah tahu mungkin Umi yang lepaskan. Tapi Kenapa? Setibanya aku di rumah. Aku melihat begitu ramai orang kampung di perkarangan teratak burukku. Hatiku gusar, berdebar-debar. Adakah sesuatu berlaku pada ahli keluarga ku? Umi atau Ina? Tidak mungkin! Tapi dari riak wajah mereka membayangkan keadaan yang berlawanan dengan tanggapan awalku. Aku mempercepatkan langkahku.

“Tahniah Mat. Kami bangga dengan kamu. Semoga lepas ini kamu lebih berjaya,” sapa Pak Harun.

“Terima kasih…” Aku hanya tersenyum kelat kerana masih risau sebelum melihat kelibat Umi dan Ina walaupun aku faham mungkin mereka sudah menerima berita tentang keputusanku.

“abang!!” Ina memeluk ku dari belakang. Lega aku melihat Ina di hadapan mataku.

“Umi mana? Kenapa ramai orang sangat ni?” Bertalu-talu aku bertanya pada adik kecilku itu.

“Ya, Mat. Umi di sini,” Hampir luluh hatiku mendengar suara Umi. Alhamdulillah. Tapi ini kenduri apa. Aku menjadi pelik.

“Pagi tadi Ketua Kampung datang sampaikan berita yang keputusan kamu adalah terbaik dalam daerah kita. Jadi Umi buat sedikit kenduri kesyukuran. Cuma Umi minta maaf tak beritahu kamu awal-awal. Dan juga maafkan Umi kerana Din…Umi korbankan untuk kenduri ini.” Terang Umi panjang lebar.

Aku akhirnya tersenyum gembira kerana membuat Umi dan Ina gembira. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasilnya. Din, terima kasih kerana menjadi teman baikku selama ini dan kau terpaksa Umi korbankan kerana kenduri ini. Terima kasih Umi.

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Terima kasih Ummi" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Terima kasih Ummi
oleh adikwa pada Rabu, 02 Mac 2011 @ 12:56:35
(Info AHLI)


Alhamddlh.."sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahannya"..cahaya selalu ada bagi orang-orang yang yakin dengan pertolongannya.,
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083774 saat. Lajunya....