|
Posted on Ahad, 02 Disember 2007 @ 17:05:01oleh istisafa
|
|
|
arezy menulis Wahai anakku, Jadilah insan yang mulia, Supaya dapat menjaga tatasusila, Dalam masyarakat hidup ceria, Pergi dan datang orang bercerita
Wahai anakku, Jadilah insan yang mulia, Supaya dirimu selalu dalam pengawasan, Amalan, Tindakan, Perjalanan lancar ketahuan, Agak tercicir dan cacat amalan.
Wahai anakku, Jadilah insan yang bertakwa, Supaya jasad dan rohani, Bersih sentiasa agar terhindar noda dan dosa, biar badai ribut melanda jiwa mantap, roh berkota
Wahai anakku, Jadilah insan yang amanah Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah, Kuatkan hati tidak gundah, Gelap mata dek habuan impian tersanggah
Wahai anakku, Jadilah insan yang sabar, Supaya rasa gelisah terus berputar, Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta, Kerana ia punca merana, Biar hidup serba sederhana, Namun di kalbu tersemat segala Mutiara budi, Bersinar sentiasa, Jadilah hidupmu mulia Atau hatimu sebagai syahid.
|
|
|
Komen