Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu

Cerpen: Rindu semalam
 Posted on Khamis, 22 November 2007 @ 20:29:00oleh istisafa
Karya abadikan_03 menulis “Sabarlah Kak, esok-esok baliklah si Lan tu.” Mak Nah menenangkan keadaan. Air mata Mak Su makin menjadi-jadi . Semakin deras air mata Mak Su apabila Mak Nah memeluknya secara tiba-tiba. Suasana pada petang itu sungguh menghayat hati.

Mak Nah melepaskan pelukan apabila melihat Mak Su dapat mengawal keadaannya. “Aku rindu sangat nak jumpa anak aku.”Mak Su bersuara. “Rasanya lima tahun anak awak tu tak jengok kampung ni.”Mak Nah membuat perhitungan.” Bukan enam tahun, tapi dah lapan tahun!”Mak Su meninggikan suara.

Serentak dengan itu, air matanya kembali berjuraian. Mak Nah terperanjat apabila mendengar tengkingan Mak Su.Mak Nah kembali memujuk Mak Su supaya bersabar.Suasana petang itu merangkak sedikit demi sedikit untuk mengundang malam. Jam di dinding rumahnya berdetik sebanyak tujuh kali. Zainal baru sahaja pulang dari sekolahnya. Muka Zainal terus berkerut melihat Mak Nak ada di serambi rumah. “ Kau baru balik Nal?” Mak Nah menyapa. “Ya Mak Nah, ada latihan sukan tadi, itu yang lambat balik .Zainal menerangkan kepada Mak Su. “Kenapa dengan ibu Mak Nah?”Zainal bertanya. “Dia rindukan abang kau.” Mak Nah memberi penjelasan. Zainal terus tersentak.

Selama ini memanglah ibu rindukan anak sulungnya itu, tapi tidaklah sehingga menangis macam petang ini. Bermacam-macam persoalan bersarang di dalam otak kepalanya. “Ibu, kita masuk ya, haripun dah semakin gelap. Kejap lagi nak masuk waktu Maghrib.” Zainal memujuk dengan penuh kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. “ Eloklah kalau macam itu, Mak Nah balik dululah.”Mak Nah memohon izin untuk pulang. Selepas Zainal mengucapkan terima kasih , Mak Nah terus meninggal mereka dua beranak dengan perasaan yang sedih dan hiba.

Azan Magrib berkumandang dari masjid Al- Falah. Masjid yang terletak kita-kira seratus meter dari rumah itu selalunya dipenuhi orang ramai terutamanya waktu solat Maghrib.Zainal terus mencapai kopiah pemberian arwah ayahnya itu dipakai kemas di kepalanya. “Nal pergi masjid ya ibu.” Nada Zainal seumpama separuh menjerit. “Ibu makan dulu, Nal nak ikut ceramah lepas solat nanti.”Mak Su hanya mengia sahaja dari dapur. Mak Su masih lagi berdiri di jendela dapurnya sambil melihat Zainal berjalan ke masjid.Mata Mak Su bengkak dan merah kerana terlalu banyak menangis petang tadi.Azan Maghrib berkumandang dan Mak Su tersentak daripada lamunannya.Mak Su terus mengambil wuduk dan bersolat. Hari ini Mak Su hanya bersolat di rumah . Tidak seperti hari- hari yang lain. Mungkin di sebabkan peristiwa petang tadi membuat hati Mak Su asyik tidak tentu arah untuk ke masjid. Selesai bersolat, Mak Su berdoa panjang. Doanya kali ini tidak seperti doa-doa sebelumnya. Sepanjang Mak Su mengangkat tangan untuk berdoa , seraya itulah air matanya tidak kering menitis.

Assalamualaikum.”Zainal memberi salam dan terus ke kamar ibunya. Ketika itu Mak Su terbaring di atas katil sambil memeluk gambar anak sulungnya,Azlan. Zainal hanya memggelengkan kepala. Bahu Mak Su di goyang beberapa kali dan terus tersedar. “ Eh kau Nal. Bila balik dari masjid.” Mak Su bertanya. “ Baru ibu.tadi ramai jiran –jiran kita tanya tentang ibu. Mereka nak datang esok pagi sebab Nal kata ibu tak sihat.” Jelas Zainal panjang lebar.Mak Su menepuk peha Zainal sambil berkerut. “ Ibu sihatlah, ibu tak apa-apa. Sudahlah pergi makan ,ibu dah sendukkan lauk di dapur.” “ Ibu dah makan ? Tanya Zainal. “ Dah , dengan kakak kau tadi.” Jawab Mak Su ringkas. Setibanya di dapur Zainal terus membuka tudung saji dan menyenduk nasi kepinggan.Hanis baru keluar dari bilik mandi terus di sapa oleh Zainal. “ Kakak tak OT hari ini.” “Tak dik, kakak nak rehat hari ini. Adik makan lah dulu, kakak nak salin pakaian.” Selesai sahaja menjamu selera, Zainal terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Ketika itu Mak Su sudah berada di ruang tamu.Mak Su masih mengelamun dan tangannya masih erat memegang gambar anak kesayangannya, Azlan. “Sudahlah ibu, jangan diikutkan hati nanti sakit pula.”Zainal mengeluh. Televisyen terus dihidupkan.Mata Mak Su bergenang tiba-tiba. Mak Su terus menangis terhenjut –henjut dan mengejutkan Hanis dibiliknya. “Kenapa ibu?” Hanis inginkan kepastian. “Ibu rindukan abang.” Zainal menghurai pendek sahaja.Hanis terus memeluk ibunya dan turut sama –sama menangis. Keadaan menjadi kalut seketika.Mak Su bertambah- tambahlah kuat tangisannya. Tiba-tiba Zainal terlintas untuk menelefon rumah abangnya di Kuala Lumpur.

“Maaf ya adik Zainal, tuan Azlan enggak ada di rumah. Kabarnya ke Jepang, Ada urusan kantor di sana.” Ujar pembantu rumah abang Azlan.Zainal terus mengeluh. “ Bila dia pulang?” “Enggak tau deh, kabarnya tiga hari Tuan Azlan di sana.” Jawab pembantu rumah Indonesia itu. “ Isterinya ada?” Zainal bertanya kembali. “ Enggak ada, belum pulang dari perjumpaan ibu-ibu.”Pembantu rumah itu berseloroh. “ Tak apalah bibik, kabarkan saja saya telefon bila Azlan pulang, Assalamualaikum.” Zainal meletakkan telefon dengan hati yang kecewa. Ibu terus menangis setelah mendengar perbualan Zainal dengan pembantu rumah Azlan tadi. Hanis membawa Mak Su ke biliknya untuk tidur supaya tidak terlalu memikirkan tentang anaknya.

“ Sudah lima hari ibu tak selera makan, minumlah air panas tu sikit ibu.” Pujuk Hanis.Mak Su hanya mengikut kata –kata anaknya.“Hanis dengan Nal nak pergi kuala lumpur hari ini, ke pejabat abang Azlan.” Hanis mematahkan kesunyian semasa mereka bersarapan. Mak Su terperanjat, tetapi Mak Su tidak memberikan sebarang jawapan. Keperitan matanya masih belum hilang akibat banyak menangis semenjak minggu lepas.Mak Su hanya menggangguk tanda merestui. Air mata Mak Su tiba- tiba bergenang kembali. Hanis terus membawa ibunya ke bilik. Sementara itu Zainal sudah bersiap-siap dan berpakaian kemas. Hanis mengenakan tudung dan menghias wajahnya dengan ala kadar sahaja.Tetapi kemanisan Hanis terserlah sekali.

Setibanya di pejabat Zainal dan Hanis diminta untuk tunggu di bilik tetamu. “Adik berdua tunggu di sini ya, Encik Azlan ada urusan di tapak projek.Sekejap lagi sampailah.” Ujar Kak Fatihah , seorang petugas di pejabat abangnya. Hanis hanya mengeluh.Beberapa buah majalah perniagaan menghiasi meja tetamu.Hanis membelek- belek majalah itu sambil matanya sesekali merawang ke sekeliling pejabat abangnya. Besar dan moden sekali. Pekerjanya juga agak ramai. Syarikat Mawar Holding itu sungguh mengasikkan mata yang melihatnya.Sepuluh minit kemudian Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu sambil membawa dua cawan air panas dan beberapa potong kuih. Setelah mempelawa, Kak Fatihah meninggalkan mereka berdua di bilik menunggu tersebut.Waktu bersilih ganti . Tetapi bayang abang Azlan masih tidak kelihatan. “ Kakak , dah hampir dua jam kita di sini. Bayang abang pun tak nampak.” Zainal seumpama hilang sabar. Hanis hanya mendiamkan diri sahaja. Dia masih dapat menahan sabar tidak seperti Zainal. Selepas beberapa minit, Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu dan mengatakan bahawa abang Azlan tidak ke pejabat kerana ada urusan di Putrajaya.

Darah Zainal tiba- tiba meledak. Hanis menyabarkan Zainal, Zainal reda seketika. “ Beginilah , saya tulis surat dan tolong serahkan kepada abang Azlan.” Hanis berkata hampa. Beberapa minit kemudian surah tersebut telah siap di tulis oleh Hanis. Kak Fatihah meminta maaf di atas kesulitan yang Zainal dan Hanis alami. Zainal tidal berkata apa-apa. Tiba-tiba sahaja rasa kebencian meledak dalam jiwa. Hanis dan Zainal keluar daripada pejabat abangnya dengan langkah yang longlai dan tidak bersemangat. Hanis dan Zainal terus pulang kerana risau ibunya tinggal keseorangan di rumah. Azan Asar berkumandang dengan megahnya sebaik sahaja meraka tiba di perkarangan rumah.

Mak Su rupanya sudah duduk di serambi menantikan kepulangan anaknya. Seribu harapan yang di impikan daripada Hanis dan Zainal. “Abang tak ada di pejabat ibu.” Ujar Zainal ringkas . Air mata Mak Su mencurah kembali.Zainal tergamam. Dia seumpama menyesal apabila terus menyampaikan berita tersebut. Hanis terus memeluk Mak Su. Tangisan Mak Su menjadi –jadi. Hanis semakin kuat memeluk ibu kesayangannya. “Sudahlah ibu, dah tak ada peluang kali ini. Esok lusa Nal pergi lagi ya Ibu.” Pujuk Zainal. “ Mari kita masuk ibu, malam nanti Hanis cuba telefon rumah abang Azlan” Hanis memujuk ibunya. Hati Mak Su lembut mendengar pujukan tersebut. Hanis membawa ibu ke biliknya dan membiarkan Mak Su melayan perasaan seorang.

‘Tuan Azlan, ini ada surat daripada adik tuan.” Pembantu pejabat menghulurkan surat itu kepada Azlan. “ Azlan tergamam seketika. “Mereka ke pejabatkah?” Azlan inginkan kepastian. “ Ya tuan, minggu lepas mereka datang ke pejabat. Semasa tuan berada di Jepun. Dua orang yang datang.” Azlan terus terbayangkan wajah Zainal dan Hanis serta wajah redup ibunya di kampung. Azlan beristigfar berkali-kali. Pada masa itulah Azlan baru teringatkan ibunya. Apa khabar agaknya ibu. Sihatkah dia.Azlan menghitung jarinya. Fatihah hanya melihat gelagat tuannya dengan perasaan yang penuh pelik sekali. “ Kenapa tuan?” Satu soalan terlontar daripada mulut Fatihah. Surat Hanis masih erat di genggaman Azlan. “Apa khabar ibu saya di kampung?” Azlan berbicara. Mata Azlan tiba – tiba sahaja merah. Fatihah tergamam dan terpaku sahaja di depan tuannya.Fatihah hanya membiarkan tuannya melayan perasaannya . Fatihah meminta izin untuk keluar setalah tidak ada apa-apa perkara yang diminta oleh Azlan.

Azlan agak berdebar membuka surat Hanis. Pelbagai persoalan tiba-tiba sahaja bersarang di kotak fikirannya. Mungkin ada perkara mustahak atau perkara yang penting daripada tugasannya di pejabat. Sampul surat yang bergam itu telahpun dibuka dengan alat pengoyak surat yang berbentuk keris yang dibelinya ketika tahun akhir di Universiti Malaya.Lambang UM masih lagi bersinar di hujung pembuka surat itu walaupun sudah hampir 20 tahun lamanya Azlan menyimpannya. Di saat itulah masih segar dalam ingatannya suara arwah ayahnya memarahi ibu kerana hendak menjual tanah kebun untuk membiayai kemasukkan Azlan ke universiti.

Akhirnya ibu menggadaikan semua barang kemas yang dimiliki sejak awal perkahwinan ibu dengan ayah. Ibunya juga pernah meminjam wang daripada ketua kampung untuk menambah kekurangan yang masih banyak. Azlan sebak dan menitikkan air mata jantannya.Air mata yang meniris terus dikesatnya denagn segera. Baru sahaja surat itu dibuka suara manis Fatihah daripada interkom berkumandang. “ Tuan Azlan , Encik khairul dengan Encik Hafiz dari syarikat perumahan sudah tiba tuan.” “Bagi mereka masuk.” Arahan Azlan ringkas.Surat Hanis diselitkan di dalam fail peribadinya beserta surat- surat pejabat. Air mata dikesat dan Azlan merapikan wajahnya agar dapat menyembunyaikan wajah sebalnya. “Selamat pagi Encik Azlan.” Sapa Encik Hafiz sambil berjabat tangan. Azlan mempersilakan untuk duduk di atas sofa yang berukir daripada pepohon jati. Encik Khairul turut berjabat tangan. “Errr bagaimana Encik Azlan , dengan tawaran syarikat kami.” Encik Khairul memulakan perbincangan.

Perbincangan Azlan dengan wakil syarikat perumahan itu berlangsung hampir sejam setengah.Setelah persetujuan dan persefahaman dibuat Azlan membawa wakil syarikat perumahan itu makan di restoran Saloma yang hanya beberapa kilometer dari pejabat. Azlan terus tidak mengingati surat adiknya itu. Surat yang terselit di dalam fail itu hanya mampu berdiam diri dan tidak mampu bersuara. Azlan semakin hari semakin giat menjalankan perniagaannya tanpa menghiraukan ibunya di kampung.

Di waktu yang sama suasana di rumah Mak Su sungguh sunyi. Hanya kedengaran suara kucing yang mahu menagih simpati tuan rumah memberikan sedikit makanan. Hampir seminggu Hanis sudah berhenti kerja kerana menjaga Mak Su. Badan Mak Su semakin kurus dan lemah. Zainal pula sudah seminggu hari ponteng sekolah. Surat amaran sekolah juga telah sampai ke rumah. Surat yang mahukan Mak Su hadir ke sekolah tidak diendahkan. Malah surat itu hanya disimpan oleh Zainal setelah mengambilnya daripada posmen.Sehinggalah pada satu hari guru kelas Zainal datang ke rumah kerana tiada apa –apa tindakan daripada surat yang diutuskan. “ Assalamualikum” sahut Puan Norzah.Zainal membalas balik salam tersebut dengan separa terkejut.Zainal sudah mengagak yang Puan Norzah akan datang ke rumahnya.

Zainal tercegat sahaja di daun pintu. Hanis yang melihat gelagat Zainal terus mempelawa Puan Norzah masuk ke dalam rumah. “ Ibu kamu ada,” Suara Puan Norzah umpama marah kepada Zainal. “ Aaa... ada cikgu, di dalam bilik..... iiibu ....sakit.” Tiba–tiba Zainal gagap. Hati Zainal hanya mampu menunduk sahaja. Hanis terus menjemput Puan Norzah ke bilik apabila melihat reaksi Puan Norzah yang agak terkejut. “ Dah berapa lama Mak Su sakit?”Soalan pertama diajukan kepada Mak Su. Puan Norzah Sudah kenal sangan dengan keluarga Mak Su. Dahulu Hanis juga pernah menjadi anak muridnya sewaktu di sekolah menengah. “ Ibu rindukan abang” seraya suara sedih dan jijiran air mata keluar daripada mata sayu Hanis. “ kamu tak kerja Hanis?. Puan Norzah inginkan kepastian. “ Kakak dah seminggu berhenti kerja. Jaga ibu. Saya pun dah seminggu ponteng sebab jaga ibu.” Sayu sekali suara Zainal. Puan Norzah seakan mengerti. .......

Perasaan marah Puan Norzah yang menjadi buah tangan kepada Zainal tiba-tiba umpama tertinggal di rumahnya sahaja. Puan Norzah Hanya dapat memberikan simpati. Perwatakan Zainal juga banyak berubah . Daripada seorang yang ceria dan pintar dahulu dan kini umpama orang yang tiada haluan. “ Bersabarlah Mak Su, lambat laung pulanglah anak itu nanti.” Puan Norzah menasihati . Puan Norzah memohon untuk pulang dan menasihati Zainal supaya ke sekolah. “Telefon cikgu kalau perlukan bantuan. Apa yang dapat cikgu tolong, cikgu usahakan.” Puan Norzah bersalaman dengan Mak Su dan meninggalkan keluarga Mak Su dengan hati yang amat hiba.

Sebulan berlalu. Zainal sudah mula ke sekolah . kekadang Zainal ponteng sekolah apabila melihat ibunya tidak sihat. Mak Su semakin kurus dan hanya terlantar di peraduan. Badan Hanis juga semakin kurus. Hanis juga masih tidak bekerja lagi. Namun nasib baiklah ada lapan petak sawah peninggalan arwah ayah yang diupah kepada orang kampung untuk mengusahakannya. Setiap bulan Hanis hanya menerima wang daripada Pak Rahim, salah seorang daripada pengerja sawah itu. Wang itulah yang digunakan untuk kegunaan hariannya.

Malam bertandang lagi. Seperti malam-malam yang biasa.Zainal sedang membaca buku dan Hanis sedang membasuh kain di bilik air. Tiba- tiba Zainal mendengar suara seumpama nafasnya tersekat. Zainal tersentak. Hanis terperanjat apabila namanya di panggil. “ Ibu sesak nafas kak!” Zainal cemas.Otak Zainal terus bercelaru dan berkecamuk. Terus wajah Puan Norzah dalam fikirannya. Zainal terus menelefon Puan Norzah agar dapat membawa ibunya ke hospital. Puan Norzah terus ke rumah Mak Su dan melihat keadaan Mak Su sungguh sedih sekali. Zainal memapah ibu ke dalam kereta. Semuanya berjalan dengan pantas sekali. Hanis membawa beberapa helai persalinan ibunya dan terus masuk ke dalam kereta. Puan Norzah terus memecut keretanya ke hospital Kuala Lumpur. Kira-kira setengah jam perjalanan bayang hospital jelas dalam pandangan. Hanis mengurut dada Mak su sepanjang perjalanan. Strecher yang dibawa oleh dua orang jururawat meluru ke kereta Puan Norzah setelah Zainal mendapatkan pertolongan Hospital.Mak Su terus di masukkan ke dalam unit kawalan rapi. Keadaan agak kelam –kabut ketika itu.Hanis tak henti henti menangis. Zainal pula asik mundar-mandir dah hadapan bilik kawalan rapi itu.

Zainal menelefon ketua kampung untuk memberitahu yang ibunya masuk ke hospital. Pak Hussin dan isterinya terus bergegas ke hospital setelah menerima berita daripada Zainal.Kira-kira 40 minit berlalu, wajah Ketua kampung, Pak Hussin muncul bersama isteri, Mak Minah. Mak Minah terus mendapatkan Hanis dan Pak Hussin menanyakan perkara yang sebenar kepada Zainal. “ Sabarlah Nal, tuhan tu maha agung, maha pengasih.” Pak Husin menyedapkan hati Zainal.Cikgu Norzah juga mententeramkan “ Mana abang kamu... si Azlan?” Pak husin meninjau –ninjau sekeliling kawasan hospital. “ Kamu tak telefon dia?”. Zainal hanya memasamkan muka . “ Jika telefon pun belum tentu ada.” Zainal merungut. “Kau tak cuba belum tahu!” Pak Hussin meninggikan suara. Zainal tidak membantah. Diam menyeluk sakunya untuk mendapatkan syiling dan menelefon abangnya di luar.

“ Hello, assalamualaikum, abang Azlan ada?”
“waalaikum salam, kamu siapa? Rupanya isteri abang Azlan, Ermiza yang menjawabnya. “ Saya Zainal .” Azlan agak terperanjat apabila isterinya mengatakan Zainal yang melefonnya larut malam begini. “ Hello abang. Dah lama abang menghilang. Ibu sakit sekarang kat HKL!”. Zainal separuh menjerit. Azlan amat terkejut. “ ba...baik abang datang ke sana setengah jam lagi.” Azlan cemas. Sedetik dengan itu surat Hanis terbayang dalam ingatan . Azlan masih ingat surat itu masih di dalam fail peribadinya. Mujurlah fail itu berada dalam kereta.Ermiza hanya tercegat melihat keadaan suaminya yang cemas. “ Ibu masuk hospital, siap cepat kita ke sana!”Ringkas ujar Azlan.Azlan memandu pecut keretanya untuk cepat tiba di hospital. Azlan menyuruh isterinya mengambil fail peribadinya dan membacakan surat di dalam sampul coklat. Ermiza hanya mengikut kata-kata suaminya. Kereta terus laju dipandu oleh Azlan. Dalam samar –samar lampu jalan, Ermiza membacakan surat Hanis.

“ Assalamualikum kepada abang Azlan, Hanis dan Zainal datang ke pejabat abang hari ini. Abang tiada di pejabat. Untuk pengetahuan abang ibu sudah seminggu sakit , ibu rindukan abang sehinggakan ibu tak mahu makan dan minum. Setiap hari ibu asik menangis dan menangis sehingga mata ibu.....”

“ Cukup!”Azlan menyuruh isterinya berhenti membaca surat itu. Dalam surat itu ibu sakit sudah semingu lamanya. Tetapi surat itu sudah sebulan Azlan menyimpannya.Setengah jam berlalu. Bayang HKL sudah kelihatan. Mujurlah pada malam itu tidak banyak kereta. Setelah membelok masuk ke hospital tercongok wajah Zainal di muka pintu. Wajah Zainal banyak berubah. Itulah kata hatinya yang menunjukkan sudah lama tidak menjengok adik dan ibunya. Setelah keluar daripada kereta Zainal terus mendapatkan abangnya dan bersalam denagn penuh hormat walaupun hatinya amat terguris. “ Ibu masuk ICU” Ujar Zainal. Setelah itu Hanis terus mendapatkan abangnya apabila melihat raut wajahnya. Mata Hanis masih lagi tidak berhenti mengalir.Ermiza mendapatkan Hanis dan memeluknya dan bersabar.

Kira- kira 15 minit berlalu doktor keluar daripada bilik ICU. “ bagaimana dengan ibu saya doktor..... Amin” Azlan terus bertanya.Tag nama Amin jelas tersemat di dadanya. “ alhamdulillah. Ibu kamu selamat tidak ada apa –apa . dia cuma lemah kerana kurang gula dalam badannya. pergilah jumpa ibu kamu” semua yang mendengar berita itu manarik nafas lega. Azlan orang yang mula –mula masuk ke dalam bilik ICU itu.

“Ibu.... ini Azlan ibu... Azlan minta ampun tak jaga ibu.....” Rintihan Azlan amat sayu siapa yang mendengarnya. Mata Mak Su terbuka perlahan-lahan . pandangan yang muka kabur beransur ansur terang. “ Azlan....” tangan Mak Su memegang tangan Azlan dan mengusap-ngusap pipi anak kesayangannya. Air mata Azlan mula menitik. Tangisan di dalam bilik itu amat sayu sekali. Jururawat yang ditugaskan menjaga bilik itu juga turut terharu dan hampir menitikkan air mata. Hanis dan Zainal mendapatkan ibunya. Semuanya menagis. Dalam suasana keesakan itu Mak Su bersuara. “ Akhirnya kau balik nak , mak rindu sangat dengan kau Lan.”Zainal dan Hanis membiarkan abangnya dan ibu berpelukan. Biarlah rindu semalam itu dapat di ubati. Pak Hussin hanya mampu membatu melihat drama sebabak yang amat memilukan. Cikgu Norzah juga menitikkan air mata melihat drama yang tidak pernah di tayangkan di kaca televisyen itu.

Pak Hussin pergi mendapatkan dokor Amin untuk kepastian. “ Mak Su kena tahan dalam wad kah?” “ ya, rasanya semalam sudah mencukupi. Apabila gula dalam badannya stabil bolehlah pesakit pulang.” Terang doktor Amin. “ Biar Lan sahaja yang teman ibu , yang lain bolehlah pulang.” Azlan bersuara. Setelah suasana reda, Ermiza barulah bersalaman dengan mak mertuanya. Mak su terus memeluk Ermiza agak erat. Ermiza mampu tergamam sahaja. Mak Su sudah berhenti menangis. Seumpama ada satu kuasa sahaja yang membuatkan Mak Su mampu berdiri dan pada masa yang sama Azlan cuba memapah ibunya. Tapi dihalang oleh ibunya. “ Mana cucu-cucu ibu?” Mak Su kehairanan apabila melihat cucu-cucu kesayangannya, Fadhil dan Muiz yang sudah lama tidak bertemu tiada. Puas Mak Su melilau sekeliling. Masih tidak ketemu. “ Mereka di rumah, orang gaji jagakan.Kalau ibu ingin jumpa esok lepas ibu keluar wad ibu duduk rumah saya ya .” Mak Su hanya mampu tersenyum. Namun senyuman itu tidaklah seperti senyuman yang biasa. Malam semakin larut. Setelah keadaan benar-benar reda pak Hussin dan isterinya memohon untuk pulang. Puan Norzah juga memohon untuk pulang . Azlan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak membantu. “Syukurlah abang dah balik , sakit ibupun hampir terubat.” Tiba- tiba Zainal bersuara. Azlan hanya mampu tersenyum . tetapi dia malu kerana tidak menjadi anak yang diharapkan oleh semua.

Sudah sebulan berlalu. Mak Su sihat seperti biasa. Tetapi kali ini kehidupan Mak Su tidak seperti biasa. Mak Su dikelilingi oleh rumah –rumah batu dan tidak lagi dikelilingi oleh pepohon yang merimbun. Azlan membawa ibunya duduk bersama dengannya. Zainal dan Hanis juga turut tinggal bersama. Itupun Agak susah memujuk ibunya untuk bersama- sama tinggal dengan Azlan. Kini, Azlan banyak berubah. Ermiza juga sudah mengambil keputusan untuk berheti kerja.Ermiza mahu menjaga ibunya selagi hayatnya ada. Bibik juga diberhentikan. Muiz dan Fadhil menjadi pengubat lara Mak Su. Hanis pula bekerja di Mawar Holding, pejabat abangnya. Zainal pula bersekolah di tengah-tengah kesebukan kotaraya Kuala Lumpur. Zainal semakin tekun belajar dan semakin kuat berusaha demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak. Kini satu perubahan besar telah berlaku. Walaupun terpaksa meninggalkan jiran- jiran lamanya, tetapi kini Mak Su mempunyai jiran yang baru.

Kebahagiaan telah menyinari keluarga Mak Su. Azlan pula tidak mahu melihat ibunya menagis lagi. Azlan juga tidak mahu ibunya menanggung rindu. Biarlah rindu semalam dapat di lupakan oleh ibunya. Kerana rindu semalam telah banyak mengubah hidup keluarganya............

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Rindu semalam" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Rindu semalam
oleh adie_abrar pada Ahad, 23 Disember 2007 @ 5:35:54
(Info AHLI)


ehm...
satu cerpen yang bagus..
teruskan berkarya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Rindu semalam
oleh jambu ([email protected]) pada Sabtu, 19 Januari 2008 @ 14:10:49
(Info AHLI)


ok juga..
sedihh sangat..
pad semua org ingat lah org tua yang menjaga kita selama ini..
jangan sia-sia kan mereka...
sejahat-jahat mereka tetap org tua kita..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085302 saat. Lajunya....