Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Sajak: SEGALANYA KIAN BERERTI
 Posted on Jumaat, 03 Ogos 2007 @ 20:19:41oleh istisafa
Karya indraputra_trg menulis Aku pergi semalam sewaktu keringatmu masih bercucuran
mengejar mimpi kelmarin yang kecundangan
melangkah dalam redha,
biar digalang payah yang merantai
jua hamparan mimpi yang berkecai
dan rindu yang sering mengejar
di kala aku mula mengerti
dan melangkah sendiri

aku tinggalkan jua teratak gemulah ayah, biar batin meratap
menjejak angan yang ku lakar sepanjang keremajaan
meredah dalam sukar
biar dipaut duka yang merentap
jua lukisan pengalaman nan kelam
dan silam ku yang sering menekan
di waktu aku mula berlari
dan mengejar mimpi...

aku berdiri jua biar sendiri
bertatih jua biar tempang membelenggu
ku gagahkan jua senyumku biar sakitnya tersungkur semalam –
masih mendera
ku tabahkan jua langkahku biar darah merah yang mengalir –
belum berhenti

ku pandang dada langit yang masih menguntum sinar
ku kenang wajah ibu yang setia merangkai doa
dan ku tatap luka yang mula berparut sepanjang perjuangan yang panjang ini...
segalanya membuat aku kian yakin...
kembara ini akan berhasil jua
dengan senyuman yang lebih bermakna

Faizul Mohamad
Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin,
Universiti Malaya,
26 Januari 2006

 

  Karya


Komen


"Sajak: SEGALANYA KIAN BERERTI" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: SEGALANYA KIAN BERERTI
oleh farahzulaikha ([email protected]) pada Selasa, 21 Ogos 2007 @ 10:19:28
(Info AHLI)


Perjuangan ikhwan bukan seorang. Ingatlah jua, syurga itu, mahal harganya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083831 saat. Lajunya....