Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kembara ke alam cinta
 Posted on Selasa, 15 Mei 2007 @ 8:24:52oleh istisafa
Semasa apiz_craze menulis Keindahan cinta yang berbalas bagaikan tak terucap dengan kata-kata. Ia akan membungakan pamitan rindu yang mendalam dan mengharapkan ia sentiasa subur di persada hati. Tahukah kita bercinta kasih pada Allah, kita pasti dianugerahkan rasa sedemikian. Berbanding dengan cinta manusia. Kembara Cinta mengungkap sekelumit ranjau dalam mendamba Cinta Allah.

Telah ditentukan fitrah insani, ingin bercinta dan dicintai, cinta pada Tuhan,c inta pada insan. Fitrah manusia telah ditentukan oleh Allah memiliki rasa saling mengasihi. Alangkah indahnya andai rasa tersebut dipimpin menuju redha dan maghfirah Allah.

Namun, kembara menuju cinta Allah sudah pasti mengundang sejuta rintangan dan ranjau. Pengorbanan Cinta Demi cinta, jarang manusia yang tidak sanggup berkorban. Namun, apakah kita sanggup menggadaikan diri dan segala balutan kemewahan untuk benar-benar memburu cinta-Nya. Bandingkanlah diri kita dengan kisah para insan soleh yang bersungguh menghayati cinta Ilahi Warna Cinta Penuh Kekeliruan.

Namun cinta penuh kembara, mudah menyimpang bahagia dicita tapi sengsara. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang bagaimana menikmati kelazatan dan kemanisan iman."Tiga perkara yang perlu ada untuk merasai kemanisan iman ialah mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, mengasihi saudaranya kerana Allah dan membenci perkara yang dimurkai Allah sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka".

Begitulah, seandainya kita terpandu dengan suluhan Islam, masakan cinta kita akan tersasar dan jauh menyimpang. Kata orang, cinta itu buta. Cinta yang buta hanyalah cinta murahan yang menaruh rasa pada setiap nikmat duniawi yang sementara.

Sekadar renungan, penyuburan iman berpaksikan kesungguhan kita menjalin kesucian cinta kepada Pencipta. Kerana sesungguhnya mencintai-Nya adalah cinta teragung. Bersamalah kita merafa'kan kesyukuran bersulamkan ketaatan agar kita terpandu menuju Destinasi Cinta yang Abadi "

 

  Semasa


Komen


"Kembara ke alam cinta" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kembara ke alam cinta
oleh galapagos ([email protected]) pada Selasa, 15 Mei 2007 @ 10:49:26
(Info AHLI)


salam.......

cinta? memang indah bila tahu menggunakannya........malang sekali bila kita terlalu leka dengan cinta sementara, iaitu cinta manusia.......biarlah cinta itu kerana Allah......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kembara ke alam cinta
oleh azemi ([email protected]) pada Khamis, 17 Mei 2007 @ 11:56:32
(Info AHLI)


Sekadar berkongsi lirik lagu..kembara cinta dari Rabbani..sesuai dengan tajuk artikel..antara lagu favourite saya ni..

Telah Ditentukan Fitrah Insani
Ingin Bercinta Dan Dicintai
Cinta Pada Tuhan
Cinta Pada Insan
Demi Kebahagiaan Kesejahteraan

Namun Cinta Penuh Kembara
Mudah Menyimpang Bahagia Di Cita
Tapi Sengsara

Cinta Yang Di Mata Nafsu Melulu
Bahagianya Sementara
Manis Bahasa Kosong Dan Palsu

Oh...Kembalilah
Pada Cinta Hakiki
Cinta Pada Illahi
Cinta Fitrah Lagi Murni
Itulah Cinta Yang Abadi..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kembara ke alam cinta
oleh kestari pada Jumaat, 27 Julai 2007 @ 13:51:44
(Info AHLI)


cinta...adalah satu perasaan yang murni, tetapi ia akan lebih indah dan membahagiakan jika perasaan cinta ini hanya untuk Tuhan..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kembara ke alam cinta
oleh Imaniera pada Jumaat, 17 Ogos 2007 @ 10:18:01
(Info AHLI)


buat insan yang di alam cinta... jangan biarkan cinta membutakan perasaan kerana cinta yang kekal abadi hanyalah kepada Allah dan RasulNya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kembara ke alam cinta
oleh wardatunnajah_87 pada Isnin, 01 Oktober 2007 @ 10:29:17
(Info AHLI)


sekali terluka...selamanya berbekas di hati....ketahuilah wahai sahabat..cinta ALLAH adalah segala-galanya.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kembara ke alam cinta
oleh Wuddah pada Selasa, 16 Oktober 2007 @ 12:36:01
(Info AHLI)


Assalamualaikum..carilah cinta hakiki...bercinta pun biarlah berlandaskan agama & kerna ALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110585 saat. Lajunya....