Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 13 hari yang lalu
Rashdin: 29 hari yang lalu
khalifah: 35 hari yang lalu

Ciri-ciri penulis dalam Islam
 Posted on Isnin, 26 Mac 2007 @ 14:38:08oleh istisafa
Tazkirah zero_cool menulis Nak kongsi satu perkara berkenaan ciri-ciri penulis seperti yang disebutkan dalam Al-Quran.

Sifat penulisan dalam Islam seperti yang ditegaskan oleh Prof. Ismail Al-Faruqi rahimahullah, "Gabungan isi kandungan yang luhur dengan bentuk yang luhur". Hal ni telah ditulis dalam Al-Quran dalam surah Ibrahim:

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (14:24-27)

Kesusasteraan yang demikian hanya dapat ditulis oleh para penulis yang mempunyai akhlak yang baik, beriman dan mengerjakan amal soleh serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama. Al-Quran mengutuk penulis-penulis yang berbohong, munafik, yang bermain dengan kata-kata tanpa sebarang tujuan atau dengan kata lain sekadar menginginkan popularity semata-mata. Kutukan itu terkandung dalam ayat-ayat yang berikut:

Mahukah. Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. Dan penyair-penyair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. (2:221-227)

Intisari ayat-ayat dalam dua kutipan daripada Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa kaum penulis, dalam Islam, diwajibkan membentuk peribadi yang sempurna berasaskan konsep insane yang diajarkan oleh wahyu dan pada waktu yang sama ia harus menentukan isi kandungannya tidak melanggar batas-batas syariat, dan dengan menjadikan kalimah tayyibah sebagai pegangan dalam berkarya.


Bibliografi:
Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid, Mohd Affandi Hassan

 

  Tazkirah


Komen


"Ciri-ciri penulis dalam Islam" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ciri-ciri penulis dalam Islam
oleh azzak pada Sabtu, 01 Disember 2007 @ 16:53:57
(Info AHLI) http://universititeknologimara.ning.com/


dulu beriya sangat saya nak jadi macam penulis2 barat yang hebat(dari segi jualan buku) macam stephen king, jk rowling, tolkien...&macam-macam...las2 ni lah hakikatnya ..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077137 saat. Lajunya....