Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 16 jam, 20 minit yang lalu

Berfikir sebelum mengeluh
 Posted on Isnin, 26 Februari 2007 @ 9:29:34oleh istisafa
Semasa Masyira menulis Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

 

  Semasa


Komen


"Berfikir sebelum mengeluh" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Berfikir sebelum mengeluh
oleh arlwarnie pada Rabu, 28 Februari 2007 @ 0:53:17
(Info AHLI)


fitrah manusia..memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..
"bila ALLAH cepat memakbulkan doamu,maka DIA menyayangimu..
bila ALLAH lambat memakbulkan doamu,maka DIA ingin mengujimu..
bila ALLAH tidak memakbulkan doamu.maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.."
insyaAllah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Berfikir sebelum mengeluh
oleh azemi ([email protected]) pada Khamis, 22 Mac 2007 @ 10:48:06
(Info AHLI)


Madah yang penuh hikmah..terima kasih Masyira
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Berfikir sebelum mengeluh
oleh hunt_5 pada Ahad, 15 April 2007 @ 23:28:53
(Info AHLI)


bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
bukan mengeluh dengan apa yang kita tiada..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Berfikir sebelum mengeluh
oleh marzu98 pada Khamis, 03 Mei 2007 @ 14:11:51
(Info AHLI)


..thank you saudari masyira..tiap dari kita akan merasa kesusahan mungkin berbeza bentuk kesusahan yang kita alami..bersyukurlah mesti ad hikmah disebaliknya. belajar lah bersyukur dan we can start with this =)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077884 saat. Lajunya....