Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

14 keistimewaan WANITA
 Posted on Rabu, 31 Januari 2007 @ 9:38:37oleh istisafa
Umum ilhamku21 menulis 1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah lah.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
solat dan puasanya.


12. Aisyah lah.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

 

  Umum


Komen


"14 keistimewaan WANITA" | Login/Mendaftar | 9 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh hosni_mubarak pada Khamis, 01 Februari 2007 @ 18:53:23
(Info AHLI)


alhamdulillah...
setiap ciptaan Allah di muka bumi ini ada kelebihannya...
subhanallah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh attuffah_humairah ([email protected]) pada Jumaat, 09 Februari 2007 @ 0:49:43
(Info AHLI)


wanita sememnagny ainsan kuat dan hebat...tengok saja mak kita...dahsyat!hebat!superwomen...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh muslimah_jun ([email protected]) pada Selasa, 27 Februari 2007 @ 22:58:14
(Info AHLI)


Terima kasih kerana meningatkan kembali, istimewanya wanita...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh husnul_khotimah pada Jumaat, 13 April 2007 @ 20:49:48
(Info AHLI)


sesungguhnya Allah itu Maha Adil....syukur,,
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh husnul_khotimah pada Jumaat, 13 April 2007 @ 20:51:07
(Info AHLI)


sesunguhnya Allah itu Maha Adil....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: 14 keistimewaan WANITA
oleh Nuranys ([email protected]) pada Khamis, 11 Oktober 2007 @ 12:23:30
(Info AHLI)


alhamdulillah...atas keistimewaan kita..

"oh wanita..kembali kearah kemuliaan..contohi peribadi ummul mukminin..Rasulullah dijadikan suami..tertawan kerna keluhuran pekerti..bukan kerana nama..bukan kerana harta..tapi kerana budi yang disanjungi... kembalilah....."

"Athoyyib litthoyyibah.."
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080207 saat. Lajunya....