Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 165
Ahli: 0
Jumlah: 165




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu

Cerpen: Saya dan Dia, dan Senyuman
 Posted on Isnin, 15 Januari 2007 @ 10:47:44oleh istisafa
Karya kojez_sensei83 menulis Hari ini saya perlu temui dia lagi. Seperti pertemuan yang lalu, kali ini juga adalah kerana soal kerja. Sememangnya saya dan dia perlu sentiasa bertemu selagi kerja dan tugas kami ini belum selesai. Kami harus berbincang dan bermesyuarat sampai nanti segala yang dirancang oleh persatuan kami terlaksana.

Begitulah mulanya kisah perkenalan saya dan dia. Kami sama-sama bergiat dalam aktiviti pelajar. Sebenarnya antara saya dan dia, sama-sama mengikuti kelas Falsafah Pendidikan ketika semester satu dahulu. Tetapi memang saya tidak pernah melihat dia, dan tidak pernah perasan kewujudan dia. Ini pernah ku katakan padanya waktu kami masing-masing mula membuka bicara sewaktu awal perkenalan dulu.

“Saya tak pernah nampak muka kau dalam kelas?”ujarku.
“Manalah awak nak perasan muka saya, kalau asyik mengintai yang manis-manis saja,”balasnya.
“Tapi kau juga manis.”
“Tak usahlah awak bermain kata dengan saya. Saya cerminkan diri setiap hari, tau?”

Dan saya hanya tersenyum. Sememangnya dia hanya gadis biasa, yang bagiku tidaklah terlalu menonjol wujudnya. Kalau tidak teliti memerhati sekeliling, memang saya tak akan perasan tentang dia. Bukanlah dia tidak memiliki daya tarikan langsung. Sebenarnya keindahan dan kecantikannya tersembunyi disebalik sikapnya yang tidak menonjol itu. Dan kecantikannya bukanlah seperti kecantikan yang dimiliki oleh gadis-gadis pujaan di kuliah kami, tetapi memiliki keistimewaan tersendiri pula.

Sebenarnya dia yang mencadangkan saya menjadi pengarah program persatuan kami ini. Dan saya betul-betul tidak faham mengapa saya terpilih, kerana seperti ku katakan tadi, saya dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain. Dan dia hanya gadis biasa yang bukanlah sekali pandang akan membuat saya terus tertarik. Saya juga bukanlah lelaki yang mampu memikat pandangan para gadis. Saya dan dia sama-sama biasa. Kerana itu juga, dia sendiri tidak pernah menyedari kehadiranku di dalam dewan kuliah. Maka kami sama-sama biasa saja.

“Saya pun tak pernah lihat awak dalam kelas?”katanya padaku.
“Hai..kau pun suka memandang pada lelaki yang lawa-lawa, ya?”usikku.
“Bukan. Saya memandang penuh pada pensyarah di depan, tak punya waktu untuk mengambil tahu hal awak,”katanya tersenyum nakal.
“Kalau saya ini bintang pujaan, tentu kau tak mampu nak beri perhatian penuh pada pensyarah itu.”
“Kalau awak bintang pujaan, saya rasa kelas tak akan berjalan kerana takut pensyarah juga akan hilang tumpuan,”dia membalas kata-kataku.

Saya mulai berdikit-dikit mengenali dia, memahami sikapnya, mengkaji sifatnya, dan mulai tahu kesukaan dan kebenciannya. Baru dua kali kami bertemu, dan saya telah pandai menyesuaikan diri dengan gadis biasa itu. Sebenarnya ada juga pertemuan-pertemuan yang tidak rasmi terjadi antara kami. Misalnya ada suatu ketika saya bergegas mahu masuk ke perpustakaan untuk tidur, saya bertembung dengannya yang waktu itu mengepit buku tebal.
“Wah, rajin belajar ya?”tegurku.
“Orang tak pandai, harus lebih rajin daripada orang yang pandai,”dia membalas kataku. Dan seperti biasa bibirnya tak lekang memberi senyum.
“Ah, saya lebih tak pandai daripada kau. Janganlah merendah diri.”
“Tapi orang lelaki selalunya cepat dapat berbanding kami orang perempuan.”
“Tak betul teori itu. Siapa usaha, dialah yang berjaya,” kataku menyangkal pendapatnya.
“Kalau benar begitu, mengapa masih suka tidur di perpustakaan? Kan lebih elok belajar?”dia tersenyum sinis padaku.
“Wah, perli nampaknya cik adik ni. Bagaimana kau tahu saya selalu tidur di sini?”saya mengerutkan kening.
“Saya selalu belajar di tingkat tiga. Jadi saya nampak awak dari tingkat atas. Bukankah awak selalu tidur di meja yang menghadap ke Dewan Rahman Talib di tingkat dua itu?”.
saya terdiam. Tajam sekali mata gadis ini. Sebenarnya saya juga kadang-kadang memanjat tangga ke tingkat tiga perpustakaan itu. Tingkat tiga menempatkan buku-buku berkaitan sains dan teknologi, dan tingkat dua pula untuk buku-buku sastera. Tak pernah pula saya bertembung dengannya. Mungkin terbenam dalam susunan buku-buku yang bagaikan kubu di sekelilingnya itu. Dan saya yang gemar membaca cerpen, novel, sajak dan segala macam karya sasterawan negara itu, tentu saja memilih untuk duduk di tingkat dua.
“Kalau tahu baguslah. Tak perlu saya terangkan lagi mengapa saya harus lekas ke tingkat dua,”senyumku padanya. Dia membalas senyumku dan berlalu mengepit buku tebalnya itu.

Waktunya hampir tiba. Sebentar lagi saya harus turun menuju ke kafe untuk menemui dia. Ini pertemuan rasmi kami yang keempat. Kali ini saya mengemaskan diri sedikit. Pada pertemuan yang lepas-lepas, saya yang lewat muncul. Biarlah kali ini saya yang menanti dia. Pertemuan ini seperti yang lepas-lepas juga, berkaitan soal kerja. Tapi ada sedikit rasa menyenangkan dalam hatiku tiap kali mengenang yang saya dan dia akan bertemu hari ini. Seperti bahagia dan nyaman sekali.

Telefon berdering.
“Saya tunggu di depan dobi,”suaranya kedengaran.
“Tunggu ya,”pesanku.

Dan sebenarnya saya agak pantas melangkah atau lebih tepat, berlari-lari anak mengatur jalan menuju ke dobi. Namun saya terlewat lagi. Dan dia seperti selalu, betul-betul dia menepati janji. Sampai di hadapan dobi, saya melihat dia bersama senyuman yang berlari pada bibirnya. Manis sekali.

“Lama sudah menunggu?”sapaku.
“Saya pun baru sampai,”balasnya tersenyum lagi.

Saya jadi leka sebentar menatap senyum itu. Ukiran senyum pada bibir itu indah. Bukan saya tak pernah melihat gadis-gadis senyum padaku. Tapi senyuman ini menarik perhatianku. Dan diam-diam saya jadi cinta pada senyuman itu.

“Bagaimana kertas projek kita?”saya mula berlagak seperti seorang ketua yang profesional.
“Siap,bos! Cuma menanti tandatangan awak dan Timbalan Naib Chanselor saja,” dia mengangkat tangan memberi hormat padaku dengan gaya berseloroh.
“Kenapa tak diberi pada setiausaha saja? Itu kan tugas dia?”
“Tak apa. Ini pun saya ambil daripada kertas kerja yang lepas-lepas, saya ubah semula. Kerjanya tak banyak..”
“Tapi dia juga perlu bekerja,” saya memprotes.
“Laporannya nanti saya akan beri pada dia. Okay,bos?”dia tersenyum lagi.
Senyuman itu buat saya benar-benar jadi lembut. Damai sekali. Setelah menandatangani kertas kerja itu, dia meminta diri.

“Nanti kalau ada kerja lagi, saya hubungi awak,”katanya padaku.
“Kalau hendak berbual pun apa salahnya..”
“Saya perlu kejar masa. Berbual kalau penting-penting saja,”dia menggulung kertas kerja di tangannya itu. Sambil tersenyum, dia melangkah ke arah blok siswi.

Saya belum melepaskan pandanganku padanya. Terlalu cepat, teramat pantas perasaan in berubah. Daripada kosong dan hambar, hari ini saya terasa hatiku berisi dengan sesuatu perasaan. Saya belum mengerti lagi apa sebenarnya perasaan ini. Jujur saya katakan pada kalian, saya belum pernah begini. Sekali pun belum pernah lagi. Tapi saya belum mahu melayannya lagi. Sambil melangkah memanjat tangga blok siswa, saya cuba membuang senyuman itu jauh-jauh. Tapi semakin ia dekat pada hatiku. Senyuman itu, senyuman pembunuh. Membunuh dan memecahkan benteng kekebalanku terhadap perasaan itu. Perasaan sayang, rindu dan mengambil berat..

Cinta?

Lalu saya tersenyum sendiri. Akhirnya, saya jelas dan faham sekali perasaan yang terbit pada petang 22 Ogos 2003 itu adalah cinta. Ia terbukti,kerana pada tanggal 22 Ogos 2005, dia sah menjadi permaisuri rumah dan hatiku…Dan senyumannya, tetap manis seperti hari itu..

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Saya dan Dia, dan Senyuman" | Login/Mendaftar | 13 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh sahlon pada Khamis, 18 Januari 2007 @ 22:28:43
(Info AHLI)


tahniah...perkara terbaik untuk dua orang yang mencintai adalah nikah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh ndb ([email protected]) pada Jumaat, 16 Februari 2007 @ 12:59:12
(Info AHLI) http://-/


semoga anda dan pasangan anda dilimpahi rahmat Allah S.W.T selalu
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh ima280387 pada Jumaat, 09 Mac 2007 @ 10:00:45
(Info AHLI)


sungguh indah ciptaan Allah, tanpa sedar terpaut hati hanya kerana senyuman.. semoga berbahagia & dilimpahkan rahmat dariNya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh Wuddah pada Jumaat, 09 Mac 2007 @ 21:53:56
(Info AHLI)


Assalamualaikum...sungguh comel kisah cerpen ni..semoga saudara bahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat..Hargai isteri anda selalu tak kira apa jua keadaan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh nurul_huda3110 pada Jumaat, 16 Mac 2007 @ 16:31:35
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


true story ke ni?
jika true story ana doakan moga kalian bahagia dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang ALLAH.hargailah mereka yang menyayangimu..ana sayang ikhwan..adik ana..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh cute_unlimited pada Ahad, 15 April 2007 @ 16:31:37
(Info AHLI) http://www.misijutawan.com, www.friendster.com/1490087/


sweetla story ni......

meaningful!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh sofi (ns_khair@yahoo) pada Khamis, 30 Ogos 2007 @ 11:10:01
(Info AHLI)


suka sangat
kan indah kalau semua org bercinta macam itu
xpyah buat dosa sangat
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh dhiani pada Selasa, 25 September 2007 @ 13:00:56
(Info AHLI)


sweetnya
cara penceritaan yang bagus
dan mempunyai makna yang mendalam

semoga berbahagia sampai bila2
nikmat Allah itu indah =)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh Imaniera pada Khamis, 15 November 2007 @ 12:37:46
(Info AHLI)


ehm........indahnya percintaan begini. semoga dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Saya dan Dia, dan Senyuman
oleh siti_rabiatul88 pada Jumaat, 16 November 2007 @ 22:04:44
(Info AHLI)


itulah kelebihan senyuman,marilah sama-sama kita mengukir senyuman kerana senyuman adalah pengubat duka..:)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083304 saat. Lajunya....