Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu

Indahnya ketulusan cinta
 Posted on Selasa, 26 Disember 2006 @ 9:15:52oleh istisafa
Umum mellisaleez menulis Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Menerima pendamping kita sebagaimana keadaannya dengan tidak berharap terlalu banyak, merupakan bekal untuk mencapai kemesraan dalam rumahtangga dan kebahagiaan di akhirat.

Sebagai hamba yang dianugerahi fitrah, kita memang perlu menyeimbangkan harapan. Tidak salah kita berdoa memohon pasangan yang sempurna, tetapi pada saat yang sama kita juga harus melapangkan dada untuk menerima kekurangannya.

Kita boleh memancangkan harapan, tetapi kita juga perlu bertanya apa yang sudah kita persiapkan agar layak mendampingi pasangan idaman. Ini bukan bererti kita
tidak boleh mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan kita, rumahtangga kita, serta pasangan kita. Akan tetapi, semakin besar harapan kita dalam pernikahan semakin sukar kita mencapai kebahagiaan dan kemesraan.

Sebaliknya, semakin tinggi komitmen pernikahan kita (marital commitment ) akan semakin lebar jalan yang terbentang untuk memperoleh kebahagian dan kepuasan.

Apa bezanya harapan dan komitmen? Apa pula pengaruhnya terhadap keutuhan rumahtangga kita? Harapan terhadap perkahwinan menunjukkan apa yang ingin kita dapatkan dalam perkahwinan. Apabila kita memiliki harapan perkahwinan yang amat besar, sukar bagi kita untuk menerima pasangan sebagaimana keadaannya.

Kita akan selalu melihat dia dengan penuh kekurangan. Jika kita menikah kerana terpesona oleh kecantikannya, kita akan segera kehilangan kemesraan sehingga
tidak dapat berlemah lembut apabila isteri kita sudah tidak menawan lagi begitu juga sebaliknya bagi kaum wanita. Betapa cepat dan berlalu dan betapa besar nestapa yang harus ditanggung.

Sementara itu, komitmen perkahwinan lebih menunjukkan rumahtangga seperti apa yang ingin kita bangunkan. Kerelaan untuk menerima kekurangan, termasuk
mengikhlaskan hati menerima kekurangannya membuat kita lebih mudah mensyukuri perkahwinan. Disebabkan oleh komitmen yang amat kuat pada Allah dan RasulNya,
isteri Julaibib mengikhlaskan hati untuk menikah dengan Julaibib. Yang baru semalam usia pernikahan mereka Julaibib mengakhiri hayat di medan syahid.

Ketika ibunya merasakan tidak rela disebabkan rendahnya martabat dan buruknya perawakan fizikal, dia meminta agar orang tuanya menerima pinangan itu kalau memang Rasulullah SAW yang menentukan.

Orang yang melapangkan hatinya untuk mengekang perbezaan, akan selalu bertemu dengan banyak kesamaan. Perbezaan itu bukan langsung tidak ada, tetapi
kesediaan untuk mengekang perbezaan membuat kita mudah untuk melihat kesamaan dan kebaikannya. Sebaliknya, kita akan merasa tidak bahagia
berhubungan dengan orang lain, tidak terkecuali pendamping hidup kita, apabila kita sibuk mempersoalkan perbezaan. Apalagi jika kita sering menyebut-nyebutnya, semakin terasa perbezaan itu dan semakin tidak bahagia membina hubungan dengannya.

Semuga Allah melindungi kita dari mempersoalkan perbezaan tanpa mengilmuinya. Semuga Allah menjauhkan kita dari kesibukan yang membinasakan. Semuga Allah
pula kelak mengukuhkan ikatan perasaan di antara kita dengan kasih sayang, ketulusan, dan kerelaan mengekang perbezaan. Sesungguhnya telah berlalu umat-umat sebelum kita yang mereka binasa kerana sibuk mempersoalkan perbezaan dan memperdebatkan perkara-perkara yang menjadi rahsia Allah.

Nah, jika mempersoalkan perbezaan, menyebut-nyebutnya, dan mengeluhkannya akan membuat hubungan renggang, mengapa tidak melapangkan hati untuk mengekangnya? Sesungguhnya mengekang perbezaan akan membangkitkan kasih sayang dan kemesraan yang hangat. Ada perasaan mengharukan yang sekaligus membahagiakan jika kita memberikan untuknya apa yang ia sukai.

Untuk itu, ada tiga perkara yang perlu kita fahami agar ia mempercayai ketulusan kita.

Pertama; berikanlah perhatian yang hangat kepadanya. Besarnya perhatian membuat dia merasa kita sayang dan kita cintai.

Kedua; terimalah dia tanpa syarat. Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kita mencintainya dengan tulus. Tidak mungkin menerima dia apa adanya jika kita tidak memiliki ketulusan cinta dan kebersihan niat.

Ketiga; ungkapkanlah dengan kata-kata yang tepat.

Berkaitan dengan ungkapan ini, ada sebuah tips yakni terminologi "saya" dan "Kamu". Saat kita merasakan bahawa masakan yang dibuat pasangan kita kemasinan umpamanya, maka gunakanlah kata "saya" menggantikan kata "Kamu". "saya lebih suka kalau sayurnya lebih manis, sayang" daripada berkata "Apalah Kamu ni..... masak lauk masinnya". Tetapi saat kita merasakan sesuatu kelebihan
pada diri pasangan, umpamanya ketika di berjaya menggoreng telur dadar
( biasanya dia goreng berkerak ), maka kita gunakan kata ganti "Kamu". "Kamu memang pandai, isteriku". Kita gunakan kata "saya" untuk sesuatu yang sifatnya
negatif dan "Kamu" untuk sesuatu yang sifatnya positif. Untuk semua perkara. Tampaknya memang benar, kerana penggunaan kata ganti "Kamu" untuk sebuah kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita cenderung membawa pada ertikata menghukum dan tiba-tiba memosisikan pasangan kita sebagai yang tertuduh.

Dalam perspektif pragmatik ( linguistik ), terminologi ini merupakan sebuah upaya penggunaan tertinggi kesopanan dengan tetap mempertahankan ketinggian kerjasama. Dengan tujuan agar tidak terjadi konflik pada keduanya. Berpandu dari petunjuk Allah ini tidak layak bagi kita untuk sibuk mempersoalkan kekurangan ataupun kesalahan, apalagi kekurangan yang sukar dihilangkan,
sepanjang dia tidak melakukan kekejian yang nyata.

Betapapun banyaknya yang tidak kita sukai darinya, kemesraan dengannya tidak akan pudar jika kita mencuba untuk berbaik sangka kepada Allah, barangkali di
sebalik itu Allah berikan kebaikan yang amat besar. Sebaliknya, sesedikit apapun keburukannya, bila kita sibuk menyebut-nyebut dan mengingatinya, akan amat
memberatkan jiwa. Kesan seterusnya tidak hanya bagi hubungan suami isteri, tetapi menjalar pada hubungan kita dan si kecil.

Terimalah dia sebagaiman keadaannya. Terimalah kekurangannya dengan keikhlasan hati; maka akan kita temukan cinta yang bersemi indah. Sesudahnya
berupaya memperbaiki dan bukan menuntut untuk sempurna. Bukankah kita sendiri mempunyai kekurangan, mengapa kita sibuk menuntut suami / isteri untuk sempurna?

Ada amanat yang harus kita laksanakan ketika kita menikah. Ada ruang untuk saling berbagi. Ada ruang untuk saling memperbaiki. Dan bukan saling mengeluhkan, alih-alih menyebut-nyebut kekurangan.

Fahamilah kekhilafannya agar dia merasa ringan dalam memperbaiki, meski bukan bererti kita terus menerus membiarkan kesalahan. Berikanlah bimbingan dan
kehangatan kepadanya sehingga dia berbesar hati menghadapi rintangan dan halangan yang ada di hadapan. Tunjukkanlah bahawa kita memang amat menghargainya, menerimanya dengan tulus, mahu mengerti dan bersemangat mendampinginya.

Kita juga berupaya belajar bukan hanya terbatas menerima apa adanya, tetapi juga diikuti dengan belajar mendengar dengan sepenuh hati. Kerana tidak jarang kita bukan tidak faham jawapan yang sesungguhnya diinginkan di sebalik
pertanyaan pasangan.

Terkadang masalah-masalah kecil dialam rumahtangga, kita mungkin terlalu memandang remeh tetapi kadangkala bahkan ia akan menjadi batu karang yang cukup terjal yang kemudian melahirkan benih-benih konflik dan alih-alih
perceraian.

Cukup banyak perkara-perkara yang dapat kita anggap sebagai remeh temeh tetapi sebenarnya perkara itu ternyata jauh meleset dari dugaan. Kita bukan mendengar pasangan tetapi mendengar diri sendiri, kita bukan memberi penyelesaian tetapi malah menambah bahan ( umpama menyiram minyak pada api ). Kita bukan memberi
jalan keluar alih-alih menghakimi. Kita bukan memberikan jawapan, tetapi malah memberikan pertanyaan. Kita bukan meringankan tetapi malah memberatkan. Benarkah?

Akhir kalam, kekayaan itu ada di jiwa. Dan keping kekayaan itu dimulai dari ketulusan menerima. Dengan kekayaan jiwa kita akan lebih mudah memberikan perhatian, lebih mudah untuk memahami, lebih mudah untuk berbagi dan lebih
mudah mendengar dengan sepenuh hati.

Hari ini, ketika kita bermimpi tentang sebuah pernikahan yang romantik sementara ikatan batin di antara kita dan pasangan begitu rapuh, sudahkah kita berterima kasih kepadanya? Sudahkah kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita? Jika belum, mulailah dengan meminta maaf atas kesalahan-kesalahan kita dan ungkapkan sebuah panggilan sayang untuknya.

Mulailah dari yang paling mudah, hatta yang paling remeh atau kecil sekalipun. Mulailah dari yang paling kecil. Little things means a lot. Agar cinta bersemi dalam keluarga kita, agar cinta senantiasa berbunga dalam kehidupan kita. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillahirabbil alamiin.

Wallahua’lam Bisshawab.
( Bagi yang belum menikah tidak usah khuatir, jika engkau jaga risalah Allah, adalah sebuah kenescayaan jika Allah kan berikan yang terbaik buat antum, sekali lagi terbaik dalam perspektif Allah, dan bukan perspektif kita )

 

  Umum


Komen


"Indahnya ketulusan cinta" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Indahnya ketulusan cinta
oleh anmahar ([email protected]) pada Selasa, 02 Januari 2007 @ 2:56:57
(Info AHLI)


Jazakallahukhairan kasira.... Syukran Jazilan.... :-)
Suatu pengajaran yang amat berguna... Allahuakbar..... :-)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Indahnya ketulusan cinta
oleh ulfah_widad pada Rabu, 10 Januari 2007 @ 13:14:43
(Info AHLI)


Artikel yang memang ana cari2 buat pedoman di hati..Ya..menerima kekurangan pasangan dan bersangka baik pada Allah...kadang-kadang kita nak mencari yang terbaik kita kan terlepas pasangan yang baik...berapa ramai yang dapat menerima kekurangan pasangan masing-masing...selalunya hanya kesempurnaan yang di lihat...muhasabahlah diri kita agar dapat mencari yang terpilih buat diri kita...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Indahnya ketulusan cinta
oleh attuffah_humairah ([email protected]) pada Jumaat, 09 Februari 2007 @ 1:03:07
(Info AHLI)


indahnye ketulusan cinta...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Indahnya ketulusan cinta
oleh Wuddah pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 11:29:22
(Info AHLI)


Assalamualaikum...sebuah pengajaran yang bagus....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079899 saat. Lajunya....