Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu

Cerpen: Suria terbit kembali
 Posted on Selasa, 19 Disember 2006 @ 10:35:44oleh istisafa
Karya hatateruterubozu menulis Saya kembali merebahkan diriku dia atas katil. Namun mataku masih jatuh pada detikan jam di dinding bilik. Mengapa anakku masih belum pulang? Sedangkan azan Maghrib akan dilaungkan sebentar sahaja lagi. Ah, mungkin ke rumah kawan agaknya! Rintikan hujan makin kuat kedengaran di atas permukaan bumbung.

Entah mengapa, pada saat sunyi dan sepi ini, sering mengundang peristiwa lama dalam diriku. Bagiku, peristiwa lama itulah yang paling indah dan paling sadis dalam sejarah hidupku sebagai seorang “lelaki mualaf” di bumi yang penuh dengan cabaran ini. Dengan segala ilmu Islam yang telah saya pelajari. saya anggap saya akan terlepas daripada segala dugaan dan cabaran yang dasyat. Tetapi, ternyata jangkaanku meleset.

“Selamat pagi. Saya Safiyyah”.

Saya di sapa mesra. Sekilas saya memandangnya. Hairan. Masakan seorang perempuan sudi berkenalan dengan saya yang tidak sesempurna orang lain.

Safiyyah tersenyum manis. Tudungnya yang labuh, sesekali melambai- lambai ditiup angin sepoi- sepoi bahasa. Mukanya yang ibarat laut yang disinari lampu limpah yang terang, suci dan penuh cahaya.

“Saya Jazlan”

“Jazlan?”

Safiyyah seakan-akan terkejut. Dan saya hanya menguntum senyuman.

“Jazlan Oii Abdullah”

“Oh, maafkan saya! Pandai anda memilih nama. Sedap.”

“Terima kasih.”

“Saya senior anda disini. Jadi kalau anda perlukan apa-apa , jumpa saya. Mungkin saya akan dapat membantu.”

Saya mengangguk.

Kami sama- sama berbalas senyuman. Begitulah mulanya saya rapat dengan Safiyyah. Lantaran saya saudara baru, juga pelajar baru di kolej ini dan memandangkan biasiswa yang saya terima saban bulan tidak mencukupi untuk membayar segala- galanya, Safiyyah bermurah hati mempelawa saya tinggal bersama keluarganya di Taman Perdang di ibu kota. Memang banyak bezanya apabila tinggal di rumah orang asing yang tiada pertalian darah. Namun saya bersyukur, kerana mempunyai tempat tinggal untuk saya berteduh.

Saya dan Safiyyah diibaratkan seperti belangkas. Begitulah kata- kata teman yang rapat denganku. Malahan ada juga yang menggelarkan kami merpati dua sejoli. Dia melayan saya dengan baik seolah- olah saya ini adalah seorang lelaki Islam yang tulen.

Di samping itu. saya masih lagi menghadapi masalah dengan keluargaku. Yang sebenarnya saya adalah anak kepada seorang hartawan cina dari Negeri Sembilan. Tanpa pengetahuan keluargaku, saya sudah memeluk Islam sejak saya di Tingkatan Dua lagi. saya mula berjinak- jinak dengan agama Islam apabila papa mengambil orang gaji beragama Islam, Mak Limah. Saya selalu melihat Mak Limah menunaikan solat di dalam biliknya. Saya memeluk Islam dengan bantuan Mak Limah. saya juga banyak bercampur gaul dengan rakan- rakan yang berbangsa melayu. saya mempelajari agama Islam daripada Ustaz Hamil. Malahan pada tiap-tiap penggal peperiksaan. saya akan menjawab kertas Pendidikan Islam sebagai matapelajaran wajib.

Di sebabkan terikat dengan kesibukan kerja, keluargaku tidak memperdulikan hal- hal di rumah. Jadi, apabila saya membawa pulang kad Laporan Pelajar. saya memberikannya kepada Mak Limah untuk ditandatangani. Tanpa pengetahuan keluargaku juga, Mak Limah mengajar saya menyempurnakan solat lima waktu sehingga saya sudah pandai untuk menyempurnakannya sendiri tanpa tunjuk ajar Mak Limah. Hal ini berlarutan selama beberapa tahun sehingga saya menuntut di tingkatan lima.

Sewaktu cuti persekolahan. saya menyatakan keinginanku keapda mama dan papa untuk mengikut Mak Limah pulang ke kampung. Saya pernah mendengar daripada rakan- rakan bahawa kampung boleh dianggap sebagai syurga dunia. Menurut kata mereka lagi, orang yang menginginkan ketenangan hati, jiwa dan rohani boleh memperolehnya disana. Barangkali mama dan papa tidak langsung menyimpan perasaan syak wasangka. saya diberikan lampu hijau.

Di kampung. saya berkenalan dengan ramai penduduk kampung yang ramah- tamah dan mereka tidak memendang serong terhadapku. Setiap malam. saya mengikut Mak Limah pergi ke surau menunaikan solat berjemaah dan mendengar tazkirah.

Pada satu hari, dengan tidak disangka- sangka , kelibat kereta papa masuk ke perkarangan rumah Mak Limah. saya yang pada masa itu baru pulang dari surau, terkejut. Papa dan mama keluar dari kereta . Mata papa yang merah bagaikan biji saga tepat memandang ke arahku yang masih lagi lengkap berbaju melayu dan berkopiah putih. saya jadi serba salah. saya nampak Mak Limah berada di tingkap rumah, mengetap bibir. Gementar barangkali.

Untuk menjernihkan keadaan. saya dan Mak Limah menghampiri mama dan papa.

“Oh, tuan dan puan! Dah lama sampai? Naiklah ke rumah.”

“Yalah mama, papa. Naiklah ke rumah.”

“Biar Mak Limah buatkan kopi.”

Mama dan papa masih lagi tercegat di situ. Kami hanya memdiamkan diri. Takut untuk mengeluarkan kata- kata. Tiba- tiba mama berjalan ke bonet kereta . Dia mengeluarkan sebuah beg besar dan sebuah bakul yang berisi buku buku sekolahku.

“Nah, ambil semua ni!”

“Apa semua ni, papa?”

“Mulai dari hari ini, saat ini, kau bukan anak kami lagi!”

Saya tidak menyangka papa akan mengeluarkan kata- kata sebegitu. Saya hanya bertukar agama, bukan berpisah dengan mereka.

“Kau tak akan dapat satu sen pun daripada harta saya. Dan kau Limah, kau dipecat. Kamu berdua jangan jejakkan kaki kamu di rumah saya lagi! Faham?”

Sejak dari itu. saya dan Mak Limah tinggal di kampung. Semasa saya disana juga. Saya menukarkan kad pengenalanku yang lama dnagn menggunakan nama Jazlan Ooi Abdullah.

Selepas mengambil peperiksaan STPM, saya berjaya meletakkan diriku di antara pelajar di kolej ini. Ini semua atas jasa Mak Limah yang banyak membantu.

Semasa menuntut di kolej. saya mengambil keputusan untuk menikahi Safiyyah. saya meminta Mak Limah pergi ke rumah keluarga Safiyyah untuk meminang. saya seperti tidak percaya apabila saya pulang pada petang itu, Pak Salim, bapa Safiyyah memarahi saya.

“Anak cina tak tau diuntung.”

“Apa maksud pakcik?”

“Menumpang di rumah orang, lepas tu mahukan anak kita pula.”

“Tak sedar diri langsung!” Mak Senah mencelah.

Saya hanya mampu mendiamkan diri.Tiada apa yang dapat saya luahkan pada masa itu. Hanya mampu bersabar.

“Kau boleh keluar dari rumah ini sekarang!”

Tanpa berfikir panjang lagi. saya terus naik ke atas lantas mengemas baju dan buku. Selepas bersiap saya segera turun ke bawah.

“Pakcik, makcik. Halalkan makan dan minum saya.”

Saya kaget apabila bertembung dengan Safiyyah ketika saya hendak melangkah keluar.

“Abang nak ke mana?”

Saya hanya mendiamkan diri.

“Safiyyah, kau masuk!”

“Kenapa ni ayah?”

“Kau jangan ikut anak cina ni lagi. Kalau kau keluar dari rumah ini, kau bukan anak kami lagi!”

“Safiyyah nak ikut abang!”

Saat itu saya dapat lihat perubahan pada wajah Pak Salim dan Mak Senah.Wajah mereka kemerah- merahan. Dan lewat senja itu, kami berdua keluar dari rumah dengan bantuan rakanku. Kami menumpang di rumahnya buat sementara waktu. Dua minggu selepas itu. saya dan Safiyyah selamat diijabkabulkan. Pakcik Safiyyahlah yang banyak membantu.

Sampai kini nama papa, mama, Pakcik Salim dan Mak Senah tetap tersimpan dalam lipatan sejarah hidupku. Kerana merekalah yang tlah memperkenaklan saya kepada alam yang tidak pernah saya tempuhi. Hingga kini. saya langsung terputus hubungan dengan mereka. Setiap kali. saya rasakan saya masih lagi berada bersama mereka. Segalanya masih utuh dan tetap teguh dalam ingatan ini.

“Abang. Abang dah solat ke?”

Ah, entah berapa jam saya bertapa di sisi jendela. saya melihat isteriku. Sudah selesai solat agaknya.

“Safiyyah, Athirah dah balik ke?”

“Sudah, abang. Baru lagi.”

Segalanya terhenti apabila loceng rumahku berbunyi tiga kali. Mungkin Mak Limah akan bukakan pintu. Segera saya dan Safiyyah turun ke bawah. Apabila sampai. saya terkejut. Berkali- kali saya menbejapkan mata, mana tahu, kalau pandanganku silap. Waktu mereka memberi salam dan mempekenalkan diri. saya tahu memang mereka. Pandanganku tidak silap.

“Jazlan.”

Saya kenal benar akan suara itu. Suara papa. Mama dan papa yang ku lihat pada masa ini, sudah bertudung dan berkopiah. Sungguh tak ku sangka.

Saya memeluk mama dan papa. Safiyyah juga memeluk Pakcik Salim dan Mak Senah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha agung dan maha mengasihani. rasa bahagia menyelinap ke dalam jiwa. Bahagia. Bahagia di samping, mama, papa, Pak Salim, Mak Senah Mak Limah, Safiyyah, dan yang teristimewa buah hatiku, Salwana Athirah.


oleh,
Jazlyn Jamaludin
(Hatateruterubozu)

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Suria terbit kembali" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Suria terbit kembali
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Khamis, 21 Disember 2006 @ 14:17:49
(Info AHLI)


sudah lumrah kehidupan bagi setiap ibubapa akan menyayangi anaknya walaupun suatu ketika dulu mereka telah membuang anak tersebut jauh dari hidup mereka..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Suria terbit kembali
oleh cute_unlimited pada Ahad, 15 April 2007 @ 18:34:04
(Info AHLI) http://www.misijutawan.com, www.friendster.com/1490087/


syahdu lah baca cerita ni.....

tersentuh hati......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Suria terbit kembali
oleh wardiah_alwani ([email protected]) pada Selasa, 22 Januari 2008 @ 6:51:34
(Info AHLI)


cerita yang sungguh menarik....
kasih sayang ibu bapa tak akan putus no matter what happened
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079764 saat. Lajunya....