Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 36 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMDHAN
 Posted on Rabu, 04 Oktober 2006 @ 13:46:56oleh Hanan
Tazkirah maya_sakura menulis Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah
diadakan dengan memahami cara beramal di bulan
Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah
Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah
bersabda didalam hadisnya :

:

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak
umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid.
Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya
mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang
baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini
dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau
Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan
selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut
juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al
Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk
Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan
Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat
pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali
dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7
kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu
Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka
petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk
bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan
kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk
mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana
waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang
belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau
buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat
Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri
pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan
disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah
pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti
pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya
disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah
Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa
akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah
amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan
bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul
Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk
beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh
berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,
Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul),
Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al
Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat
Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat,
Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan
terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul
Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh
terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi
dengan Ramadhan yang akan datang.

 

  Tazkirah


Komen


"CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMDHAN" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMDHAN
oleh saifuddin_92 pada Isnin, 18 Disember 2006 @ 16:55:28
(Info AHLI)


Mungkin niat maya sakura baik,tapi ada Hadis Maudhu'si situ.minta berhati-hati.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100282 saat. Lajunya....