Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 215
Ahli: 0
Jumlah: 215




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 50 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kerana Dosa Diri Terhalang
 Posted on Rabu, 13 September 2006 @ 9:31:00oleh istisafa
Tazkirah NuR_HiKMaH menulis Seringkali kita didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita lakukan. Bukan saja orang lain berasa kagum, kita sendiri pun hairan. Ketika itu, hati rasa amat bahagia. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah s.w.t. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolongan-Nya.

Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, jika pada waktu yang lain, tiada apa kebaikan pun kita lakukan? Apa jua kebaikan dan amal soleh tidak berdaya dibuat dan bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Adakalanya ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup tidak keruan dan ketahuan. Contohnya macam solat sunat qabliah, ba’diah dan mengisi tabung masjid, paling tidak setiap Jumaat.

Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan. Ramai di kalangan kita yang mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah al-Jabbarul Muntaqim. Kita hanya melihatnya sebagai factor biasa, seperti saintis barat yang melihat sesuatu fenomena alam biasa apabila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah s.w.t di angkasa.

Sebenarnya factor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikan. Apabila berdosa, Allah pun murka. Kerana murka kita ditinggalkan dan tidak dibantu-Nya. Apabila Allah tidak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tidak berdaya hendak kita lakukan. Kita pun tidak dipermudahkan Allah untuk membuat amal. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat. Derma RM5 seminggu apalah sangat.

Itulah analoginya dan pengalaman kita. Andainya tiada hukuman dan denda bagi setiap dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa. Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘menjauh’ dari kita.

Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang daripada berbuat ketaatan sudah sukup dirasakan bagai tahi bintang yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta Yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu daripada ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya. Ada di kalangan Sahabat yang tertinggal Takbiratul Ihram dalam jemaah bersama Rasulullah s.a.w, berasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada jalan Allah. Fi sabilillah!

Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan dengan Allah s.w.t. bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukurinya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘demam’. Jauh sangat kita dari sudut ini. Apa tidaknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih menunjuk muka ‘biasa’, masih selamba dan nampak ketawa berjenaka.

SUMBER : Majalah ANIS

 

  Tazkirah


Komen


"Kerana Dosa Diri Terhalang" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kerana Dosa Diri Terhalang
oleh lisa_solehah pada Selasa, 26 September 2006 @ 11:08:51
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/


Assalamu'alaikum

memang itulah yang berlaku kini, selamba melakukan dosa malahan dibuat secara terang-terangan, tidak cukup bersaksikan Allah, mereka membuat wayang free di depan manusia yang lain, sungguh menyedihkan. Perkara ini diburukkan lagi apabila si pelaku yang melakukan dosa membawa imej islamik itu sendiri. Jika kita lihat, ramai wanita bertudung berdating di tempat terbuka. Tontonan yang mereka paparkan membuatkan nama Islam tercemar disebabkan pembawaan mereka yang sebegitu. Dimana perasaan malu mereka sebagai hamba Allah? Adakah mereka dikalangan yang jahil dalam menilai syariat Islam itu sendiri? Entahlah, terlalu banyak alasan jika ianya dipersoalkan.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kerana Dosa Diri Terhalang
oleh affenry pada Khamis, 19 Oktober 2006 @ 2:37:07
(Info AHLI)


salam............
ramai org risau atas perhubungan dengan sesama manusia.....
bila tak nampak kawan sejati sehari, mula lah tertanya2.....
bila xjmpa teman dkasihi sesaat, mula lah macam nak gila....
tapi...................
bila tanya hubungan dengan Allah???????????????????????/
ramai yang bt2 lupa.......................
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.224435 saat. Lajunya....