Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 86
Ahli: 0
Jumlah: 86




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 7 hari yang lalu
fayyzah: 8 hari yang lalu

Lupa Diri Sendiri??
 Posted on Isnin, 17 Julai 2006 @ 8:31:07oleh istisafa
Tazkirah NuR_HiKMaH menulis Bagi seorang hamba yang soleh, satu perkara yang amat menakutkan ialah bilamana Allah s.w.t. melupakan dirinya. Apabila Allah lupakan kita, maka tidak bermakna lagi antara hidup dan mati. Semuanya penderitaan belaka. Bagaimana Kalau ummi kita lupakan kita. Itu pun sudah tak tahan. Masya Allah, gambarkanlah situasi seorang hamba yang dilupakan Penciptanya.

Jika Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri, tak kira siang atau malam, ia hanya sentiasa terarah mengabai dan membinasakannya. Bagaimana andai situasi ini membelenggu hidup kita? Apa tindakannya kalau suasana ini melingkari batang tubuh kita, isteri dan anak-anak kita? Apa caranya untuk mengembalikan semula ingatan itu?

Ada orang ragu, apakah benar wujud orang yang melupakan diri sendiri? Apa yang tidak benarnya? Bukankah kita sering mengatakan bahawa si polan itu telah lupa diri, lupa daratan dan sebagainya? Kebenaran perkara ini lebih jelas dan nyata bilamana kita merujuk kepada Kitabullah sepertimana maksud firman-Nya: �Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lalai (lupa) kepada (terhadap) diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.�(Al-Hasyr: 19)

Sama ada Allah melupakan seseorang atau menjadikan dirinya lupa pada diri sendiri, kedua-duanya adalah hukum kepada mereka yang melupakan Allah di dalam kehidupan seharian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: �Mereka (orang-orang munafik) melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka.�(At-Taubah:67).

Mari kita lihat bagaimana yang dikatakan Allah menjadikan seseorang lupa kepada dirinya sendiri:
1. Allah akan membiar dan mengabaikan hidupnya di dalam kehidupan yang merugikan itu. Kalau jadi perokok misalnya, ia akan merokok berterusan. Kalau jadi penagih dadah, ia akan menagih berterusan. Kalau ia jadi penzina, ia akan berzina berterusan. Kalau ia peminum arak, ia akan minum berterusan. Inilah beberapa contoh seseorang yang Allah jadikan dia lupa pada dirinya sendiri. Itulah bayangan kebinasaan yang melanda. Ia semakin hampir padanya. Lebih hampir dari tangan yang menyuapkan makanan ke mulutnya.

2. Allah akan menjadikannya lupa kepada segala bentuk keuntungan yang hakiki. Dia lupa kepada hakikat kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, keberkatan, kebaikan, kesihatan, kekeluargaan dan sebagainya. Bukan sekadar terlupa, perkara-perkara tersebut langsung tidak terlintas di dalam fikirannya. Semua itu tidak menjadi keutamaan dalam hidupnya. Untuk mengendahkannya jauh sekali.
Lihat bagaimana seorang perokok �tegar� membelanjakan dari RM300 hingga RM400 dari pendapatan bulanannya untuk rokok, malah lebih lagi.

Bayangkan kalau ia boleh mendermakan jumlah tersebut kepada masjid dan pembangunan berapa banyak keberkatan dan kejayaan yang akan sicapainya dari Allah swt. Ia bukan sekadar lupa pada �saham akhirat�nya, malah terlupa pada kesihatan dirinya sendiri. Perkara ini rasanya dah �tak nak� (malas) kita hendak sebutkan lagi. Kita yang tak hisap rokok lebih risau pasal kesihatan daripada tuan tubuh yang merokok itu. Dia tak ambil pusing pun. Ini contoh paling kecil bagaimana Allah menjadikan seseorang lupa pada dirinya sendiri. Itu belum cerita penagih dadah, peminum arak, pelacur, penzina, kaki judi dan lain-lain.

3. Allah akan menjadikannya lupa pada segala keaiban, kelemahan dan bahaya yang terdapat pada dirinya. Dia melupakan segala penyakit mazmumah yang bersarang di dalam jiwanya seperti sombong, hasad dengki, sangka buruk, pendendam, riak, dan banyak lagi. Kalaupun ia tahu tentang kerosakan jiwanya, tetapi ia tidak pernah terfikir untuk mengubati dan merawatinya. Inilah yang dikatakan hukuman Allah terhadap sebahagian dosa yang manusia lakukan selama tinggal di dunia yang fana ini.

Sama ada kita lupa, remaja kita lupa ataupun Melayu mudah lupa, cuba cari jawapannya dalam hakikat perjalanan manusia menuju Tuhannya sebagaimana yang dinyatakan di atas.

SUMBER : Majalah ANIS (Disember 2005)

 

  Tazkirah


Komen


"Lupa Diri Sendiri??" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Lupa Diri Sendiri??
oleh qibtiyah (laksa_cendol) pada Rabu, 23 Ogos 2006 @ 14:12:52
(Info AHLI)


astaghfirullah....

thanks sebab ingatkan sahabat2 ente..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080868 saat. Lajunya....