Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 20 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
MTMKi: 36 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 49 hari yang lalu

Terkenang Semasa Dulu
 Posted on Rabu, 17 Mei 2006 @ 10:20:29oleh istisafa
Kenangan salina1968 menulis Allah Tuhan kami
Allah matlamat kami
Rasul pemimpin kami
Rasul penghulu kami
Al Quran ikutan kami dan perundangan kami
Menyatukan jemaah muslimin itu kerja kami
Negeri akhirat adalah matlamat dan kesudahan kami
Hanya syurga tempat rehat dan kebahagiaan kami
Berjihad pada jalan Allah itu jalan kami
Syahid pada jalan Allah cita-cita kami..........


Itulah antara rangkap-rangkap nasyid yang sering kami nyanyikan di Pusat Asuhan Tunas Islam di Jalan Haji Busu, Kuala Terengganu. Setiap pagi, sebelum bermulanya pembelajaran, anak-anak pusat asuhan akan berbaris dan menyanyikan nasyid tersebut diikuti dengan doa.

Tidak seperti taman asuhan yang lain, yang mengajar anak asuhan mereka dengan lagu "Oh Bulan Mana Bintang" atau pun "Twinkle, Twinkle, Little Star". Sebaik sahaja pembelajaran ditangguh keesokan hari, ibu akan datang menjemputku kembali ke rumah. Pernah saya tanyai ibu, "Ibu, mengapa kita tidak menyanyikan lagu "Oh Bulan Mana Bintang" atau pun "Twinkle-Twinkle Little Star" di pusat asuhan ?"

Jawab ibu, "Setiap pertuturan kita adalah doa. Seandainya baik pertuturan kita, maka baiklah yang akan menjadi imbuhan kita. Seandainya buruk pertuturan kita, maka buruklah yang akan menimpa"

Ibu menyambung lagi, "Nasyid tersebut hanya layak didendangkan oleh orang yang ingin berjuang. Lafazkanlah dengan ikhlas agar Allah akan memakbulkannya sebagai doa mu. Kelak puteri ibu akan
menjadi benteng pertahanan buat iman dan Islam"

Walaupun sudah hampir 18 tahun saya meninggalkan Taman
Asuhan. Nasyid tersebut dan kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di hati ku. Saban malam, sebelum mata ku pejam. Sering saya merenung diri, dan bertanya "Apakah saya sudah berada
di jalan jihad fisabilillah ? Atau apakah saya masih bersenang-lenang dengan jalan kemaksiatan ?"

Sering saya tanyakan diri ku "Apakah sudah kujadikan syurga sebagai tempat yang bakal saya sudahi kehidupan yang fana ini? Jika sudah, mengapakah jalan-jalan ke syurga masih belum saya lalui? Sebaliknya mengapakan jalan yang mengundang murka Allah yang sering ku pilih ?"

Ya Allah. Ketakutan sering menghimpit diri ku. Kerana sebagai seorang hamba Mu, usaha ku masih jauh dari yang sepatutnya.
Namun jika saya tidak mengharapkan rahmat Mu Ya Allah,
pasti sudah saya berputus asa untuk menadah tangan ke
hadrat Mu. Ku pohon agar Kau rezkikan saya sebagai hamba Mu yang mukmin lagi muttaqin. Siramilah saya dengan ampunan Mu.
Naungilah saya dengan rahmat dan kasih sayang Mu.
Pimpinlah saya untuk terus mentaati Mu dan mencintai Rasul Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin....

 

  Kenangan


Komen


"Terkenang Semasa Dulu" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Terkenang Semasa Dulu
oleh syauqahaziqah ([email protected]) pada Sabtu, 12 Ogos 2006 @ 7:54:33
(Info AHLI)


sungguh ku bangga kerana menyanyikan lagu itu
walaupun rakan-rakan menyanyi riang lagu oh bulan mana bintang,
zaman kanak-kanak pelula di pupuk dengan sebaiknya
jika tidak bencana besar untuk masa depan mereka
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076418 saat. Lajunya....