Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 26 minit yang lalu

Teknologi berhujjah
 Posted on Isnin, 10 April 2006 @ 14:57:57oleh istisafa
Semasa nano menulis Orang kita ni memang suka berhujjah. Bila berlaku perbezaan pendapat, ketika bertemu dua pihak yang berbeza pendapat ni biasanya akan berlaku perdebatan atau perbincangan. Dalam pada itu masing-masing pihak akan mengemukakan hujjah, sudah tentu setiap pihak akan cuba mematahkan hujah lawannya.

Mereka akan cuba buktikan bahawa pihaknya yang benar dan pihak lawan yang salah. Dalam proses mengemukakan hujjah ini kadang-kadang berlaku tindakan menyindir-nyindir, merendah dan memperlekeh. Berlaku juga cubaan mencabar dan menaikkan emosi pihak lawan, mereka tak sedar pihak lawan tu juga saudara mereka, maksudnya sama-sama Islam. Maka berlakulah ketegangan antara dua pihak, sekurang-kurangnya ketegangan emosi yang ketara.

Akhirnya satu pihak menang berhujjah, satu lagi kalah. Rasanya pihak yang kalah itu tidak bersedia untuk mengikut pendapat pihak yang menang. Hal ini berlaku kerana emosi yang kalah itu terluka dan mungkin mereka terasa dendam, marah, benci dan lain-lain. Mengikut ilmu psikologi biasanya sentimen begini boleh menghalang awareness (kesedaran) dan juga menghalang insight (celik akal).

Kedua-dua pihak yang berhujjah ni wajar merujuk kepada. Objektif mereka, kalau inginkan pihak lawan mengikuti pendapat mereka, maka wajarlah cara berhujjah tu diperbaiki. Jangan asyik mahu menang saja, perlulah diselitkan juga keinginan untuk buat pihak lawan menerima pendapatnya.

Semasa berhujjah biasanya setiap pihak akan mengemukan hujjah berupa maklumat, data, perbandingan dan sebagainya agar pihak lawan mendapat tahu apa yang sepatutnya. Tapi jangan lupa untuk memeriksa persepsi lawan sejauh mana mereka dapat menerima hujjah-hujah yang dikemukakan, aspek mana dari hujjah tersebut mereka bersetuju dan aspek mana pula mereka tak bersetuju. Bagaimana pendapat anda?

 

  Semasa


Komen


"Teknologi berhujjah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Teknologi berhujjah
oleh ladybirdy pada Rabu, 28 Jun 2006 @ 3:05:08
(Info AHLI)


assalamualaikum kepada saudari2 di ukhwah.......apa yang penting dalam menyampaikan hujah ialah membuat orang lain berfikir apa yang kita cakap,, menang atau kalah tak penting..hihihi..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.075255 saat. Lajunya....