Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Tinta Buat Bakal Suami
 Posted on Khamis, 08 Disember 2005 @ 10:57:36oleh istisafa
Semasa sahlon menulis Assalamualaikum wrt wbt. Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang saya jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangimu. saya menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.     

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. saya seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aeisyah lah.A “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”. saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di matamu. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau memandang perempuan lain. saya dululah yang perlu menundukkan pandanganku. saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau saya inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. saya secara keras menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku.

saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing kebinasaan. saya beristighfar memohon keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja saya berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah saya yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

saya pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintanu padaku. Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insane biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. saya tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

 

  Semasa


Komen


"Tinta Buat Bakal Suami" | Login/Mendaftar | 14 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Tinta Buat Bakal Suami
oleh jAiLuL_mAnsHuDaH pada Khamis, 08 Disember 2005 @ 22:06:40
(Info AHLI) http://mycita.blogs.friendster.com/


Assalamualaikum...
moga2 kita dapat bersama2 menjadi mawar yang berduri...
duri yang laksana batasan aurat...alhaya' wal iman...

Wallahu A'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



















Re: Tinta Buat Bakal Suami
oleh akwa pada Isnin, 12 Disember 2005 @ 16:00:32
(Info AHLI)


alhamdulillah

tinta buat bakal suami ni best dibaca dan dapat bagi info kepada semua ahli ukhwah...tahniah!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Tinta Buat Bakal Suami
oleh yusri_cute pada Jumaat, 16 Disember 2005 @ 12:27:25
(Info AHLI)


bagus. ia memberi kefahaman kepada saya(lelaki) untuk lebih memahami pemikiran dan hati hawa. kadang-kadang hal macam ni perlu di perjelaskan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110337 saat. Lajunya....