Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu
the_brOtherz: 32 hari yang lalu

CINTA oh CINTA...
 Posted on Khamis, 06 Oktober 2005 @ 10:01:30oleh istisafa
Semasa love_fillah menulis Sebuah kata singkat yang memiliki makna luas. Walaupun belum di identifikasi secara pasti, namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan.

Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkannya asap dalam api dan ditunjukkannya buah dan pohon.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk
sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tetapi kesemua cinta itu tentunya tidak melebihi cinta kita pada Allah, kerana Allah mengatakan, "Katakanlah! 'Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan merugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik."

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh
cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil
memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat. Ya Allah, jika saya jatuh cinta, cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika saya jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta
semu.

Ya Rabbana, jika saya jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika saya rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai saya
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika saya menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika saya jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan saya
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan saya merindui kekasih-Mu, jangan biarkan saya
melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


 

  Semasa


Komen


"CINTA oh CINTA..." | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CINTA oh CINTA...
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Jumaat, 07 Oktober 2005 @ 9:25:47
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


Cinta perlu dibuktikan dengan perbuatan. Cintakan Allah dan rasulNya perlukan pengorbanan...Korbankan segala yang kita cintai, diri, harta dan masa untuk agama Allah, tegakkan kalimah Allah di muka bumi
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CINTA oh CINTA...
oleh Iman_Hayati pada Selasa, 11 Oktober 2005 @ 12:26:09
(Info AHLI)


Amin, Ya Rabbulalamin..semoga dipertemukan dengan insan yang mencintai Ilahi.
Manusia meniti diatas cinta ILAHI untuk mencari cinta manusia dan menerima cinta manusia untuk menambhakan cinta kepa ILAHI..OLeh itu, carilah cinta insan yang membawa kita kepada cinta ALLAH Yang Satu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CINTA oh CINTA...
oleh rasha_aleeya ([email protected]) pada Ahad, 23 Oktober 2005 @ 15:23:01
(Info AHLI)


milikilah insan yang apabila kamu pandang wajahnya, kamu ingatkan ALLAH. Apabila kamu dengar kata-katanya, ilmu kamu tantang ISLAM bertambah. Apabila kamu lihat kelakuannya kamu teringatkan AKHIRAT. Dan apabila kamu bercakap dengannya kamu berusaha untuk BERTAUBAT.....Hidup ini akan lebih bermakna bila seseorang mengubah kita ke arah jalan yang benar
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0785 saat. Lajunya....