Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

Sajak: Angin Teman Bicara
 Posted on Isnin, 19 September 2005 @ 9:03:14oleh istisafa
Karya PUTERI_FUZA menulis Wahai saudaraku angin,
Nampak gayanya di sini,
selain daripada Allah,
engkau saja yang ada
Jadi walaupun tiada kawan,
saudara pun berguna juga
Sekurang-kurangnya engkau boleh ku jadikan teman bicara....

Isy!! Baru saja ku lepas puji
Bukankah engkau muslim, dan saya pun muslim?
habis tu.. Kenapa engkau tergamak benar dan sampai hati
bertiup deras menyepak sampai terselak menampakkan lutut kaki?
Marahkah padaku yang rajin ke mari?

Aduhai angin,
Bertiuplah tidak apa, marahku sebenarnya tak seberapa
Tinggal lagi, janganlah kasar sangat...
kerana auratku perlu kujaga
Jangan sampai kupiahku melayang hingga tinggal cuma rambut kepala,
ataupun kain pelekatku mengalah padamu
dan terlampau melekat di dada
dan kertas-kertasku habis berterbangan melayang entah ke mana-mana!

Angin oh angin,
Sekali-sekali cubalah engkau berlembut bertiup sepoi-sepoi bahasa
Guna memujuk dan menyejukkan hatiku yang tengah merana
Resah gelisah dek berpisah dengan sahabat yang rapat dan saudara mara
Yang entah bila gerangan baru dapat bertemu semula agaknya
Tidak inginkah kau pahala berganda-ganda dengan menolong manusia?
Jadi tolong hembuskanlah jauh-jauh rasa rinduku dan sebak di dada
Agar masyarakat biasa kalau melihat keadaan diriku jangan sampai tersalah teka
Nanti disangka mereka saya ini mungkinkah angau bercinta dengan sidara mana
Walhal tiap kali ku datang, ku berbicara denganmu dan Dia sahaja
Dan hanya Rabbunahlah yang mengetahui cerita hatiku yang sebenarnya....

Angin oh angin,
Angin Sungai Linggi, angin Telok Sisek, angin Telok Cempedak, angin Taman Gelora
serta sekalian suku-sakat angin-angin diseluruh pelusuk dunia
Indahnya engkau di hatiku sebab semuanya sama sekepala belaka
Pakat-pakat dengar, tunduk dan taat kepada perintah Allah sahaja
Tinggal saya dan kaumku saja yang masih tidak tentu hala
Dalam semua benda serta hal ehwal pekara
Buatnya tidak malahan masih gemar dan rajin bertanya
Mungkin agaknya ramai yang terleka ditipu masa
Terlupa rasanya bahawa usia kami tidak selamanya muda
Dan tiap-tiap seorang dari kami walaupun fitrahnya islam tapi Allah
bagi kebebasan belaka.

Sementara waktu di dunia..
ikut sukalah hendak pilih cara hidup islam atau apa saja
Entah apalah nak jadi...
saya cuma dapat gelengkan kepala
Memikirkan gelagat dan tabiat makhluk Tuhan yang bernama manusia
Susah-susah sangat baik kulari ke hutan belantara dekat Jengka
Lebih mudah agaknya berkawan dengan harimau, gajah, monyet, kera dan singa
Tapi nanti ditanyai Allah Kenapa saya tinggalkan medan jihad?
jawapan apa nak kuberikan pada-Nya???

 

  Karya


Komen


"Sajak: Angin Teman Bicara" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.075378 saat. Lajunya....