Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

Cerita Bersiri: ..:: Dia Yang Kucinta (Bahg. 2) ::..
 Posted on Selasa, 06 September 2005 @ 18:01:58oleh Kang
Karya diny menulis Message: Hidup sebagai pelajar kolej ada masanya gembira dan ada masanya masalah pasti melanda. Hidup sebagai remaja, penuh cabaran.

Salah pilihan, masa depan pasti tergugat. Harapan ibu bapa, kemahuan sendiri dan masalah cinta sering memberatkan fikiran remaja. Iza tidak terkecuali. Cuma semangat dan iman sahaja dijadikan pegangan supaya tidak mudah terpesong ke jalan yang salah. Hidupnya masih lagi jauh untuk dilalui jika usianya panjang. Dia tidak rela andai masa depan hilang entah ke mana kerana kesilapan di usia remajanya.

Tengah hari itu, setelah menikmati juadah tengah hari Iza melangkah ke Student Service Center. Sementara menunggu kelas seterusnya, dia ingin melayari internet untuk mencari bahan bagi tugasan yang diberi pensyarah. Dari jauh dilihatnya kedai agak sesak dengan pelajar.

Hai Iza. Dah makan? Tegur Kak Lun sebaik saja dia melangkah masuk. Iza hanya tersenyum sambil mengangguk.

Ada komputer kosong, kak?

Hmyang satu tu tak ada orang pakai. Iza guna sajalah, beritahu wanita itu sambil menunding jari ke sebuah komputer di hujung sekali. Iza mengukir senyuman lantas melangkah ke komputer itu. Dua orang pelajar perempuan berada di komputer sebelah. Iza mengeluarkan buku catatannya untuk melihat maklumat yang ingin dicarinya.

Semasa asyik menghadap komputer, Iza perasan akan kehadiran dua orang pelajar lelaki di sebelahnya. Dari perbualan mereka dengan dua pelajar perempuan tadi, dia dapat mengangak yang mereka datang untuk membantu. Iza buat endah tak endah walaupun dia ternyata kurang senang dengan kehadiran dua pelajar itu.

Hinggalah suatu ketika, Iza menoleh ke arah empat orang pelajar yang sedang berbincang tentang tugasan mereka itu. Tersentak hati gadis itu seketika apabila menyedari bahawa di sebelahnya adalah Faizul Amin, lelaki yang telah menarik minatnya seminggu yang lalu.

Iza menganjakkan kerusinya sedikit apabila menyedari keadaan mereka yang kelihatan tidak selesa. Lelaki bernama Faizul Amin itu tersenyum tanda mengucapkan terima kasih. Iza membalas senyuman dengan rasa debaran di dada. Seperti mana kali pertama dia bertemu lelaki itu, begitulah perasaannya kini. Kelu dirasakan lidah dan degup jantung yang bagaikan dapat memecahkan dindng dadanya.

Entah mengapa Iza begitu mengharapkan Faizul Amin akan menegurnya. Tetapi lelaki itu terus berpaling, berbincang tentang tugasan tanpa menghiraukannya. Hampa rasa hati gadis itu. Lupakah lelaki itu akan dirinya. Hatinya mengeluh sendirian.

Namun kemudian ditenangkan hatinya. Mungkin benar lelaki itu tidak mengingati wajahnya. Pertemuan pertama mereka terlalu singkat dan bukanlah dirancang. Tetapi bagi Iza, untuk melupakan wajah itu tidak sekali-kali. Bagaimana harus dilupakan wajah yang telah meruntun hatinya. Wajah itu jugalah yang telah membuatkan dia merasakan suatu perasaan yang indah buat pertama kali dalam hidupnya.

Hidup perlu diteruskan walau banyak masalah melanda. Itulah prinsip hidup Iza, seorang gadis yang tabah berdikari dalam mengharungi zaman remajanya. Pinjaman PTPTN yang sepatutnya diterima seawal semester masih belum diterimanya. Kerana itu dia terpaksa membuat kerja sampingan di kedai serbaneka yang dipanggil Student Service Center itu. Dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya. Dengan bayaran dua ratus ringgi sebulan, cukup untuk dia menampung hidupnya di kolej itu.

Selain itu kerja sampingan itu juga membolehkan dia menggunakan komputer dan mencetak tugasan dengan percuma serta mendapat potongan harga bagi barang yang dibelinya. Kak Lun juga banyak mengajar dia tentang banyak perkara. Walaupun ada masanya kedai sibuk dan dia hanya berseorang menjaga kedai namun keadaan tetap dapat dikawal.

Di dalam kelas, Iza agak pendiam. Pergaulannya terlalu terhad. Mungkin kerana kesibukannya, dia jarang keluar bandar seperti rakan-rakan yang lain. Cuma pada rakan sebilik sahaja dia banyak berbual. Bagi gadis itu dirinya adalah biasa, tiada yang istimewa. Namun bagi yang melihat gaya hidupnya ramai yang menganggap dia seorang yang unik.

Bagi Iza, masalah cinta tidak terlepas dari hidupnya. Dalam kesibukan, dia masih sempat mengenali seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya. Bukan bermakna perkenalan itu tanda dia telah melupakan Faizul Amin. Nama, wajah dan suara lelaki itu masih lagi melekat di fikirannya. Walaupun sering bertembung namun lelaki itu tetap seakan tidak perasan akannya. Cuma dia sahaja yang sering merasakan sesuatu tiap kali bertembung dengan lelaki itu di kolej.

Perkenalan Iza dan Faiz juga secara tidak sengaja. Walaupun jarak memisahkan namun itu tidak menghalang mereka saling berkenalan dengan lebih dekat. Hinggalah suatu hari, mereka bertemu setelah dua bulan saling berhubung melalui telefon.

Selepas selesai menduduki kertas peperiksaan terakhir, Iza bersiap untuk bertemu Faiz di Bandar Batu Pahat. Dia mengenakan baju kurung kerana teringat akan kata-kata Faiz yang dia suka gadis yang berbaju kurung. Dia mahu kelihatan cantik di hadapan lelaki itu.

Iza tidak menafikan dia sedikit berdebar untuk berhadapan dengan Faiz buat pertama kali. Walaupun dia pernah melihat gambar lelaki itu namun debarannya masih lagi terasa. Tetapi debaran itu tidak sama ketika dia kali pertama bertemu Faizul Amin.Iza mengeluh sendiri apabila teringat lelaki itu. Dia sedar dirinya sudah jatuh hati pada lelaki itu. Kalau tidak, tidak mungkin dia akan terasa kaku hanyak kerana terlihat lelaki itu. Wajahnya terasa panas hanya memandang lelaki itu dari jauh. Tetapi sayang Faizul Amin seakan tidak pernah bertemunya. Tidak pernah memandang apatah lagi menegurnya seperti pertama kali dahulu.

Perlahan dia menghela nafas panjang. Matanya dipejam erat. Dia ingin melupakan bayang Faizul Amin dari ingatannya. Mungkin lelaki itu bukanlah untuknya. Buat apa dia mengingati orang yang tidak pernah mengingatinya.

Setelah beberapa ketika, Iza merasakan hatinya sedikit tenang. Dia mencapai beg sandang yang menjadi trend pada masa sekarang. Beg itu dipinjam dari Nurul, rakan sebiliknya. Jika selama ini dia jarang berbaju kurung dan kelihatan seperti tomboy namun hari ini imejnya ketara berubah. Dia mahu Faiz berpuas hati melihat perubahannya.

Iza melangkah meninggalkan bilik dengan rasa debaran. Di fikirannya dia cuba membayangkan bagaimanakah pertemuannya dengan Faiz nanti. Namun jauh di sudut hati dia tahu, bayang Faizul Amin masih lagi gagal disingkir dari ingatannya.

 

  Karya


Komen


"Cerita Bersiri: ..:: Dia Yang Kucinta (Bahg. 2) ::.." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: ..:: Dia Yang Kucinta (Bahg. 2) ::..
oleh Al-Hanifah pada Khamis, 09 Februari 2006 @ 12:43:09
(Info AHLI)


bagus cerita ini... ada cerita kisah sahabat tak.. sebab ulamak bagi tahu, sahabat ibarat bintang dilanggit jika ikut salah satu bintang nescaya kita tidak akan sesat
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: ..:: Dia Yang Kucinta (Bahg. 2) ::..
oleh MARIAH_SMILE ([email protected]) pada Isnin, 26 Mac 2007 @ 14:54:14
(Info AHLI)


best lah cerita ni.. memula baca tak berapa perasan keistmewaan cerita ni... hehe...

tapi cerita ni memang istmewa lah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07431 saat. Lajunya....