|
Posted on Isnin, 05 September 2005 @ 19:58:09oleh Kang
|
|
|
nurlynn menulis aku, Ku renung dada langit, Bintang-bintang melauti kegelapan awan, Ku dengar suara unggas malam, Mengalun lembut bicara tersirat, Mungkin memuji Kebesaran Tuhan.
aku, Ku terpaku sejenak di sini, Mula berbicara sendiri, Kerdilnya aku di sisi Mu Tuhan, Betapa Agungnya KebesaranMu, Tiada yang mustahil bagiMu, Kerana Engkaulah pencipta alam.
Ya Allah, Ku hayati tiap ciptaanMu, Ku pasrah dengan apa yang berlaku, Ku akui kebesaranMu, keagunganMu, Setiap ciptaanMu, Terkandung seribu pengertian... Yang tak terjangkau dek pemikiran…
Ya Allah, Ku berdiri di sini, Di hadapan kiblat Mu, Menadahkan tanganku, Memohon pengampunanMu, Semoga aku Engkau ampuni, Setiap kelalaian ku.
|
|
|
Komen