Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 64 hari yang lalu
al-biruni03: 93 hari yang lalu

Diri Tak Selamanya Betul..
 Posted on Khamis, 04 Ogos 2005 @ 22:15:01oleh Hanan
Umum jash menulis Kalau dilihat dewasa ini, teknologi seolah berlari memintas upaya manusia. Namun di sebalik teknologi yang dianggap pencetus inovasi bangsa, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan pengupayaan kita sendiri ke satu tahap di belakang.
-sekadar satu mukadimah, namun ada realiti sebaliknya-

Saya tidak melihat teknologi sebagai musuh, jauh sekali as a useless.. Saya melihat teknologi sebagai anjakan paradigma yang mampu membawa kita melangkah jauh ke hadapan, andai kita seiring dengan teknologi tersebut. Saya secara peribadinya ingin mengajak kalian menyelongkar dan menjejak, apakah sebenarnya kesan teknologi ini kepada manusia sejagat.

Teknologi bukan hanya menjurus kepada perkembangan komputer, malah kini terdapat pelbagai new technology tools. Sebagai contoh, dalam dunia komunikasi, teknologi baru 3G membuka mata banyak pihak yang begitu mendambakan kemudahan tersebut. Walaubagaimanapun, apabila segelintir pihak menyalah gunakan teknologi sebegini(sebagai contoh), maka timbullah gejala-gejala tidak sihat yang akhirnya memalukan bangsa sendiri.

Jika sebelum ini, "aku begitu berBANGGA dengan telefon 3G aku", maka bila terjadinya perkara yang tidak diingini, dan di saat ini lah, baru nak terngadah, mengaku "diri tak selamanya betul".. Saya tidak memesongkan ayat ini kepada individu tertentu, tapi fikirkan sendiri. Semakin canggih teknologi, semakin perlu untuk kita lebih berwaspada.

Silap kita bukan bodoh tak tahu menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada, tapi kita "kurang pandai" bila terlebih tahu menggunakan kemudahan teknologi. Mulalah menyalahkan iklan di media, menunding jari kepada pihak atasan kerana tidak meng'kontrol' kemasukan teknologi. Kenapa tidak kita tepuk dada, tanya iman di hati? Evaluate diri kita dulu, barulah kita pandang orang lain.

Secara tipikalnya, teknologi tidak ada cacat cela dalam kehidupan insani selagi batas keimanan wujud dalam diri setiap insan. Selagi kita bergelar manusia, makhluk yang dianugerahkan oleh Allah akal fikiran yang sempurna, maka fikir-fikirkan lah..

Wa'allahuallam.. Salam Takzim;.

 

  Umum


Komen


"Diri Tak Selamanya Betul.." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09004 saat. Lajunya....