Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-01-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
MaMaT1505: 19 hari yang lalu
Iswadi: 25 hari yang lalu
Martyr: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 31 hari yang lalu

LUCU BuKaN??
 Posted on Rabu, 18 Jun 2003 @ 10:09:13oleh Engku_Salina
Semasa espiranza menulis Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang kadang kala kita tak terfikir akan kebaikan dan kemudaratan kepada diri kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kadang kala kita lupa yang Dunia ini hanya lah sebagai tempat persinggahan untuk mengumpul bekalan ke negara Akhirat yang kekal abadi. Seharusnya setiap pekerjaan yang dilakukan di dunia adalah berlandaskan satu matlamat-iaitu untuk alam selepas mati.

Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, Tapi begitu kecil bila di bawa ke StarHill.

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, Tapi begitu pendek untuk menonton "Friends".

Lucu ya.. Betapa lama nya 2 jam berada di masjid, Tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung.

Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,boyfriend atau girlfriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, Tapi betapa bosannya bila imam soalt terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

Lucu ya.. susah sangat baca Quran 1 juzuk saja, Tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya.. orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, Tapi berebut saf paling belakang bila soalt jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya.. Kita perlu diundang awal untuk ke majlis agama supaya boleh dimasukkan dalam agenda kita.. Tapi untuk agenda lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea,on the spot pun jadual kita boleh diubah.

Lucu ya.. susahnya untuk orang mengajak menyebarkan dakwah, Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

Lucu ya.. semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara, ataupun melakukan apa-apa.

Sekian,wallahualam.wassalam.

 

  Semasa


Komen


"LUCU BuKaN??" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119365 saat. Lajunya....