Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Ayah...
 Posted on Rabu, 13 Julai 2005 @ 7:27:23oleh Hanan
Kenangan istisafa menulis Bila dikenang kembali kenangan lama, terasa sayu hati ini. Saat - saat kanak - kanaklah saat yang paling bahagia.. tak perlu fikirkan segala masalah yang melanda. Saat - saat ana mula mengenal dunia, ibu dan ayah berpisah. Entah apa yang melanda, ana pun tak tahu. Setelah bergelar dewasa baru kutahu kisah yang berlaku sebenarnya. Puncanya orang ketiga! Dialah yang merubah seluruh hidup keluargaku menjadi sebaliknya.

Selama ini analah permata ayah, kerana ana satu - satunya anak perempuannya. Kali ini ana tidak bernilai lagi dimatanya. Setiap hari ana menangis walaupun usiaku hanya berusia 2 tahun. Setiap saat dan masa ana bertanyakan ibu, mana ayah, mana ayah.. Ibuku berkata ayah sibuk bekerja. Sampai bila ibu harus menipu diriku. Seminggu, sebulan? Akhirnya ibu kata ayah dah meninggal dunia.

Bermulalah hidupku sebagai seorang anak yang tidak berayah. Kemana sahaja ana pergi ana akan mengatakan ayahku tiada. Ayahku meninggal dunia. Namun begitu Allah masih sayangkan ana. Ana disayangi dan dikasihi oleh makcik - makcik dan kakak sepupu yang ada.

Saat ana bersekolah, ana dihantar oleh jiran yang duduk selang tidak jauh dari rumahku. Walaupun jiranku berbangsa Cina, tapi hatinya sungguh mulia. Sejak umurku 7 tahun sehinggalah usiaku menjejak 12, dia sahajalah tempat ana menumpang pergi dan balik dari sekolah. Sesen pun dia tidak minta, malah dihulurkan pula duit raya sewaktu Tahun Baru Cina dan ketika tahun baru.

Saat ana menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ana bertemu semula dengan ayahku. Saat ini ana melihatkan ketabahan hati ibuku untuk menerima ayahku semula. Ayahku kini lumpuh sebelah dan dihalau oleh isteri barunya. Oleh kerana belas kasihan yang amat sangat, ibuku menerima walaupun dalam keadaan terpaksa.

Kini, ayah telah dijemput olehNya. Walaupun kehadiran ayahku untuk kali kedua tidak sempurna mana, tapi itu mengajar ana untuk menjadi lebih tabah dan berdikari. Ayahku insaf pada segala yang telah berlaku. Dua bulan sebelum dia dipanggil Ilahi, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Setiap hari ibu dan ana berulang ke hospital Universiti. Sungguh kuat semangat ibu. Dan semangat inilah ana jadikan inspirasi untuk berjaya. Dan akhirnya ayah menghembuskan nafasnya dengan sekelip mata.

Alhamdulillah, ayah sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya dengan aman. Kini telah 6 tahun ayah meninggalkan diriku dan keluarga. Kalau ayah masih ada, pasti ayah akan berbangga dengan keluarganya. Cucu ayah dah ada 10 orang. Comel - comel belaka. Dan kami tak pernah lupakan ibu. Setiap minggu kami akan menjenguk ibu. Kalau tidak berkesempatan kami akan menelefon ibu.. harap ayah tenang disana.. kami tak pernah lupa kirimkan bekalan untuk ayah.. ayahhhh.....

 

  Kenangan


Komen


"Ayah..." | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ayah...
oleh Tetamu pada Rabu, 10 Ogos 2005 @ 21:05:05


sedihnyerrrr citerrr nirrr...
anyway tahniah pada pada penuliss kerana tabah dalam menjalani hidup sebagai hamba ALLAH di muka bumi..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ayah...
oleh nurul_huda3110 pada Jumaat, 23 Disember 2005 @ 10:25:28
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


salam...
tahniah kerana story ni memang meninggalkan kesan pada ana..
first time ana baca story ni masa 13. julai..hari tu adalah hari lahir ayah ana..tiba2 rasa sedih sangat..mybe ana ada syak wasangka pada ayah, jadi ana rasa bersalah pada ayah..walaupun kesilapan ayah ana dah lama berlalu(1999) tapi ana tak dapat terima..dah berbuih mulut ibu,adik beradik dan lecturer yang nasihatkan tapi...kesan nya,ana lebih senang berkawan dengan perempuan kerana bagi ana semua lelaki sama..mulut cakap lain hati cakap lain..mudah2an ALLAH memaafkan ana..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ayah...
oleh putra_adi ([email protected]) pada Sabtu, 14 Januari 2006 @ 17:48:24
(Info AHLI)


Ayah.... kau tetap ayahku seburuk mana dan sekeji mana orang mencacimu kau tetap ayahku. Moga Allah memelihara dirimu dengan kasih sayangNya.
Ibu... aku ingin sepertimu, tidak tercalar sedikit pun ketabahanmu menghadapi semua ini. Moga Allah jua memelihara dirimu..aku sayang padamu ayahibu
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082958 saat. Lajunya....