Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu

untukmu sahabat
 Posted on Khamis, 07 Julai 2005 @ 22:44:59oleh Hanan
Tazkirah farhanin menulis Tahukah wahai teman. Sahabat ini begitu bersyukur kerana telah dijentik sewaktu persahabatan itu. rasa kemanisan itu hadir kembali. rasa ALLAH melihat kembali. rasa bahagia untuk meneruskan kehidupan dalam menggapai cinta ILAHI. Kau kata kau takut api neraka. Sahabatmu lagi lah wahai teman. Cuma sahabatmu itu tidak boleh menunjukkannya di hadapanmu. Setiap kata-katamu sahabatmu ini simpan jauh di lubuk hati. Sahabatmu telah tersedar dari lena yang panjang. Sahabatmu itu makin kuat teman. Sahabatmu dapat menangkis fitnah yang datang. Sahabatmu belajar untuk fokus terhadap nawaitu hidup. Fokus dalam menggapai impian yang indah. Impian yang dicita-cita oleh segenap mukmin. Sahabatmu itu merasakan bahawa ALLAH telah melihatnya….

Em…. Memang pandangan ALLAH tidak pernah lari kepada hambaNYA…. Mungkin kemanisan ini dikecap kerana doa seorang teman kepada temannya yang lain. Menyebabkan ALLAH redha. ALLAH menghidupkan kembali hati sahabatmu ini.

Teman. Ketahuilah bahawa sahabatmu ini kembali hidup hatinya dengan kata-katamu. Pedas. Berbisa. Tapi kadang-kadang ia perlu untuk membangkitkan diri… Engkau harus bersyukur teman. Engkau punya banyak ilmu sehingga mampu menyampaikan kepada orang lain. Orang yang amat memerlukan. Engkau harus jadi lebih baik daripadanya. Andai engkau menasihatinya membaca Al-Quran sejuz sehari.. Engkau bagaimana? Bagaimana dengan qiammu? Bagaimana dengan puasamu wahai teman? Bagaimana dengan hubungan dan kecintaanmu kepada ILAHI? Adakah engkau telah berjaya meletakkan ALLAH di tempat teratas di dalam hatimu? Atau engkau masih takut? Engkau takut dengan bayang-bayang sendiri… Bagaimana dengan hatimu? Adakah ia tulus kerana ALLAH? Perjuangan yang engkau lakukan itu mutlaknya kerana ALLAH? Adakah engkau bisa menjaga jiwamu daripada riak dan takbur? Ingat teman…. Kehebatan itu hanya milik ALLAH. Benar. Jiwa temanmu hidup setelah mengenalimu tetapi ia yakin!!! Bukan engkau yang menghidupkan hati yang mati itu tetapi TUHAN yang kasih kepada dia lantas memberi peluang kepada hamba pilihanNYA itu untuk kembali kepadaNYA.

Teman… Ketahuilah… Andai engkau telah letakkan hanya ALLAH dalam hatimu, engkau pasti kan berjaya menghadapi ujian mendatang. Entahlah teman. Sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta ILAHI. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah. Doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih, merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya.

Benarlah seperti mana janji ALLAH….'Jangan kamu kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.' Teman…. Kini… Sahabatmu ini berhadapan dengan situasi yang pernah berlaku satu ketika dulu. Ia hadir tanpa diundang… Tanpa dipinta… Mungkin ALLAH mahu melihat keikhlasan temanmu ini dalam mengejar impian menggapai cinta ILAHI…. Entahlah teman. Hati yang sudah dicuci didatangi debu-debu hitam lagi. Disuruh pergi… Makin makin datangnya…Mungkin mereka takut sahabatmu ini lari jauh daripada mereka menyebabkan mereka yang membisu selama ini kembali mengharapkan sesuatu. Memang di luar dugaan. Temanmu rasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman….Seperti dirimu, sahabatmu ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNYA……Teman….Sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya di hadapan Kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar ALLAH pelihara sampai akhirnya.

Akhiru kalam. Renung-renungkan wahai teman. Jadilah seperti mana dikau yang dahulu. Jangan berubah. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi. Hanya ALLAH dan untuk ALLAH. Segalanya ALLAH. Hidup dan mati hanya untuk ALLAH. Penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Moga kita kan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa

 

  Tazkirah


Komen


"untukmu sahabat" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: untukmu sahabat
oleh nur_solyHAH1107 pada Selasa, 23 Ogos 2005 @ 15:23:13
(Info AHLI)


SAHABAT PERSIS SEBUAH TASBIH..
SUKAR UNTUK MENCARI SAHABAT yang SETIA DIKALA SUSAH DAN SENANG..SUKAR UNTUK MENCARI SAHABAT yang RELA MENUNDUKKAN EGONYA DEMI TEGURAN SAHABATNYA...SUKAR MENCARI SAHABAT YANG BOLEH MEMBIMBING BUKAN HANYA DIDUNIA TAPI SEDAYA MUNGKIN BERUSAHA MENGECAPI KEBAHAGIAAN BERSAMA DI AKHIRAT SANA....

DIDUNIA MUNGKIN ADA...TETAPI 1 DALAM SEJUTA...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078717 saat. Lajunya....