Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 183
Ahli: 0
Jumlah: 183




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 56 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Puteriku…..dengarkanlah
 Posted on Khamis, 05 Mei 2005 @ 15:33:07oleh Hanan
Umum ketenteramanku menulis Seorang ibu memberi nasihat kepada puterinya ketika melepaskannya untuk dibawa si suami dengan ucapan, “ Hai puteriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan akan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya.

Dengan kekuasaan suamimu atas dirimu, dia menjadi pengawas dan penguasa. Jadilah pengabdi baginya, supaya dia menjadi pengabdi bagimu.

“ Hai puteriku, ingatlah pesanku yang sepuluh sebagai pusaka dan peringatan bagimu.

“Bergaullah (berkawan) atas dasar kerelaan (ikhlas). Bermusyawarahlah dengan kepatuhan dan ketaatan yang baik. Jagalah selalu pandangan matanya, jangan sampai dia melihat seseatu yang buruk dan tidak menyenangkan hatinya.

“ Jaga bau – bauan yang sampai ke hidungnya dan hendaklah dia selalu mencium wewangian darimu. Celak mata memperindah yang indah dan air dapat mengharumkan bila tidak ada wewangian.

“ Jagalah waktu – waktu makannya dan ketenangan saat tidurnya, sebab perihnya perut disebabkan rasa lapar dapat mengobarkan amarah dan kurangnya tidur sering menimbulkan rasa jengkel.

“ Peliharalah rumah dan harta bendanya, dirinya, kehormatannya, dan anak-anak nya. Sesungguhnya menjaga harta bendanya ialah suatu penghargaan yang baik dan menjaga anak –anakanya adalah suatu perbuatan yang mulia.

“ Janganlah engkau sekali kali membocorkan rahsianya dan jangan menentang perintahnya. Bila membocorkan rahsianya kamu tidak akan aman dari tindakan balasannya dan bila menentang perintahnya beerti kamu menanam dendam dalam dadanya.


“ Janganlah engkau terlihat gembira di saat dia sedang sedih dan susah, dan jangan bersikap murung saat dia bergembira. Kedua hal ini dapat menimbulkan kesalah fahaman yang akan membuat keruh rumahtanggamu

“ Muliakanlah dia agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu.

“ Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakan keredhaannya atas keredhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senangi dan kamu benci.

 

  Umum


Komen


"Puteriku…..dengarkanlah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110119 saat. Lajunya....