Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu
the_brOtherz: 32 hari yang lalu

Berakhlak, berilmu - Prasyarat maju dan membangun dalam Islam
 Posted on Selasa, 12 April 2005 @ 22:56:02oleh Hanan
Semasa kasih_kekasih menulis PENDIDIKAN berasal dari kata `didik'. Mendidik atau proses pendidikan bukan sekadar suatu proses bagaimana maklumat disampaikan atau ilmu dipindahkan dari guru kepada murid, pensyarah kepada pelajar atau ibubapa kepada anak. Didik atau pendidikan membawa makna pembentukan diri, sikap dan watak. Maklumat yang dipindahkan dan ilmu yang disampaikan sewajarnya memberi pedoman dan nilai di samping maklumat bagaimana manusia dapat dibentuk peribadi dan dirinya dengan maklumat yang benar, ilmu yang benar dan bermanfaat dan pengalaman yang berguna. Oleh itu pendidikan bukan sekadar proses transfer atau pindah tetapi lebih utama lagi ialah proses transform iaitu bentuk atau bina.

Pendidikan dalam konteks Islam ialah bagaimana ilmu, maklumat, data, pengalaman dititipkan atau dipindahkan supaya proses faham, fakir, titip (internalizing) dan penghayatan berlaku supaya menerusi pendidikan manusia berubah dari keadaan yang tidak baik kepada baik dan dari keadaan yang baik kepada lebih baik.

Remaja merupakan sumber yang amat berpotensi. Remaja memiliki kesegaran emosi dan idealisme. Remaja memiliki kesuburan akal dan upaya berfikir. Remaja juga mempunyai ketangkasan fizikal dan jiwa penerokaan (adventure). Potensi ini jika dibangunkan dengan proses pendidikan berasaskan ilmu yang benar dan bermanfaat, ketrampilan yang berguna, maklumat yang berfaedah, bakal membentuk watak dan sikap yang baik kerana dalam konteks Islam ilmu yang menjadi sumber didik ialah ilmu yang mendukung nilai yang benar, baik dan bermanfaat.

Sekiranya yang benar, baik dan bermanfaat itu menjadi amalan ia mengekalkan manusia dalam keadaan fitrah. Inilah matlamat pendidikan sebenarnya. Dan remaja adalah kelompok yang sangat penting dibangunkan jiwa dan pemikirannya supaya akalnya yang masih segar dicernakan dengan ilmu yang berguna dan bermanfaat, idealismenya yang tinggi dihubungkan dengan visi dan misi hidup yang berhala tuju dan kekuatan fizikalnya terarah untuk pembangunan diri yang memberi guna.

Pendidikan agama adalah wajib bagi remaja. Agama adalah asas membentuk akidah dan pembentukan akhlak. Ajaran agama memberikan remaja asas nilai. Nilai amat penting bagi remaja untuk mendapatkan ukurtara tentang salah-benarnya sesuatu, hak dan batil, halal dan haram. Nilai ini sangat penting bagi pembentukan cara hidup remaja. Apabila remaja sudah kenal baik buruk sesuatu, ia akan memandu hidup dewasanya menjadi baik. Oleh itu, pendidikan agama membantu remaja mempunyai nilai diri yang baik dan ia sebagai asas pembangunan akhlak.

Sementara pendididkan akademik yang bercorak sains, sains kemanusiaan, teknologi adalah penting. Ia mustahak kerana daripada pendidikan ini bakal memberikan asas remaja menguruskan kehidupan nanti. Apabila berlakunya integrasi antara ilmu agama dan akademik, ia bakal menyediakan remaja menghadapi cabaran hidup yang sebenar.

Sekiranya pembangunan diri remaja dipupuk dengan nilai-nilai murni yang datangnya dari ajaran agama dan ketrampilan sains, ilmu kemanusiaan , vokasional dan teknik ia mampu mengaturkan kehidupan yang lebih terarah.

Asas pendidikan bagi remaja mesti bermula di rumah. Di rumah sepatutnya berlaku pemindahan budaya kekeluargaan seperti bimbingan, kasih sayang, perhatian dan belaian. Ibubapa sewajarnya menjadi contoh terbaik dan harus memiliki ketrampilan keibubapaan. Anak-anak dan para remaja harus didekati dengan sabar, dibimbing dengan ikhlas dan ditegur dengan jiwa mendidik. Kalau tidak, akan berlaku proses `cicir' yang menyebabkan tempoh sebelum aqil balighnya lompang dengan didikan yang fitrah dan tempoh remajanya yang hilang arah dan keliru.

Peranan di rumah akan disambung di sekolah. Sekiranya bakat dan sahsiah anak-anak atau remaja terbentuk baik di rumah, sekolah hanya mengukuhkan lagi bawaan baik yang ada pada anak-anak dan remaja. Sekiranya `keciciran' berlaku di rumah, kemungkinan hal sama di sekolah akan berterusan dan akan terus berlaku di tengah-tengah masyarakat.

Oleh itu pendidikan yang berlaku di rumah dan disambung oleh pihak sekolah bakal menyediakan remaja untuk lebih bersedia menempa kecemerlangan dan mengharungi cabaran. Sekiranya `keciciran' pula yang berlaku, remaja bakal menjadi orang dewasa yang mungkin menimbulkan beban kepada masyarakat.

Hari ini cabaran pendidikan adalah amat sengit sekali. Jenis ilmu dan ketrampilan yang harus dikuasai adalah pelbagai. Di Barat, kepelbagaian ilmu yang dipelajari dan diteroka membolehkan mereka hebat dalam ilmu Mengurus Sistem tetapi mereka menghadapi masalah dalam hal-hal mengurus diri. Aspek nilai, agama dan akhlak bukan menjadi pertimbangan mereka untuk maju. Nilai yang digunakan berkait rapat dengan kepentingan hidup di dunia. Agama sudah menjadi sesuatu yang private dan akhlak adalah sesuatu yang nisbi atau relatif.

Tradisi keilmuan Islam tidak menghalang kita untuk maju dan membangun. Tetapi fokus maju ialah terhadap manusia atau rijal itu sendiri. Oleh itu para remaja harus insafi bahawa pra syarat maju dan membangun dalam Islam ialah pembangunan terhadap diri. Diri yang membangun ialah diri yang berakhlak, sekali gus berilmu. Diri yang maju ialah diri yang menguasai ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem.

Rasulullah s.a.w. menyebutkan pada zamannya bahawa baginda menghasilkan generasi yang cemerlang berasaskan peribadi al-Quran. Dalam maksud lain ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik mereka dengan kekuatan akidah, kehebatan peribadi, kekentalan jihad, jiwa amanah yang tinggi dan akhirnya generasi pada zamannya dan pada zaman-zaman seterusnya telah mampu membangunkan sistem contoh dan akhirnya merintis ke arah pembangunan tamadun.

Antara faktor yang menghasilkan kecemerlangan tersebut ialah kecintaan Rasulullah s.a.w., para sahabat, para tabie-tabien dan ulama-umara'-ilmuan seterusnya terhadap ilmu. Mereka juga agak terbuka untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat walaupun dari sumber tamadun orang lain. Dalam masa yang sama, tradisi ilmu itu dikembangkan menjadi sumber amal. Kesan amal inilah yang melahirkan jejak-jejak peradaban yang membimbing umat manusia Barat dan Timur.

Dalam masa yang sama tradisi berbincang, berbeza pandangan, menghasilkan karya-karya besar, melakukan tadabbur atau penyelidikan menjadi tradisi unggul mereka. Natijahnya, lahir pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan memberi pengaruh kepada Eropah dan Barat selama lebih 600 tahun.

Menginsafi kecemerlangan silam para remaja harus bersifat futuristik dengan tidak saja nostalgik atau kagum dengan kekuatan silam tetapi bersikap reflektif dan kreatif terhadap cabaran terkini dengan mempersiapkan diri mempelajari ilmu-ilmu di samping, kesediaan melakukan tadabbur atau meneroka kekuatan ilmu-ilmu yang berasaskan faktor al-Quran supaya ilmu yang dikuasai dan pendidikan yang dilalui mempersiapkan para remaja untuk menghadapi cabaran masa depan dengan kecemerlangan ilmu yang sepadu dan semangat yang perkasa.

Pendidikanlah yang seharusnya menjadi fokus para remaja untuk menyumbang terhadap proses bina-negara dan bina-umat. Malah aspek pendidikan juga bakal menghasilkan sumber daya manusia yang berkualiti atau sebaliknya. Sekiranya pendidikan yang dilalui oleh para remaja mengisi keperluan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem, dewasanya para remaja nanti adalah aset dan bersifat menyumbang terhadap kemajuan dan perubahan negara dan umat. Itulah sebenarnya matlamat pendidikan yang harus dilalui oleh para remaja yang ingin cemerlang dan menyumbang.

* DR. SIDEK BABA, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

 

  Semasa


Komen


"Berakhlak, berilmu - Prasyarat maju dan membangun dalam Islam" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.163532 saat. Lajunya....