Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 91
Ahli: 0
Jumlah: 91




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

DOA JODOH.... :-)
 Posted on Isnin, 16 Jun 2003 @ 9:19:27oleh Engku_Salina
Umum sitimutiah menulis Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin.

 

  Umum


Komen


"DOA JODOH.... :-)" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: DOA JODOH.... :-)
oleh nuriz ([email protected]) pada Isnin, 16 Jun 2003 @ 14:57:36
(Info AHLI)


Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya
amin...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: DOA JODOH.... :-)
oleh suatumasa pada Isnin, 16 Jun 2003 @ 15:30:30
(Info AHLI) http://-


Andainya tiada jodoh...
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
IMPIAN KASIH....:-)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: DOA JODOH.... :-)
oleh honeystar_ ([email protected]) pada Jumaat, 11 Julai 2003 @ 11:18:37
(Info AHLI)


sesungguhnya jodoh itu adalah di tangan Allah..kita manusia hanye mampu merancang..Die menentukan..yg ptg kita berusaha dan doa byk2 utk bertemu jodoh yg sesuai..insyaAllah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: DOA JODOH.... :-)
oleh ladybirdy pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 13:10:33
(Info AHLI)


ada yg brpendapat xelok doa jodoh.xtau la nk ikut mane satu.tp sy doa je.kita xleh sombong dgn Allah dgn xbrdoa ok.Tp jenisnya mcm2 pendapat....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: DOA JODOH.... :-)
oleh ismi_syaz pada Isnin, 28 Julai 2008 @ 14:53:41
(Info AHLI)


salam...

bagi saya doa yang terbaik adalah yang diambil dari Al-Quran... untuk doa jodoh ni..seeloknya amalkan ayat dari surah Al-Furqaan, ayat 74...walaupun dalam ayat ni sebut "isteri-isteri"....tapi untuk suami pun boleh juga... so sesuai diamalkan untuk semua muslimin muslimat....

terjemahan ayat tersebut:

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.


wassalam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101931 saat. Lajunya....