|
cintaku cintaMu
|
|
|
Posted on Khamis, 23 Disember 2004 @ 0:24:08oleh Hanan
|
|
|
syafiqa_haziqa menulis cerita ini adalah hasil ciptaan saya, menceritakan tentang percintaan yang sering dilalui oleh insan-insan yang terpisah dek masa,jarak dan ruang. Namun kesetiaan adalah tunggak sesebuah perhubungan itu.
Memandangkan hari ini tiada kuliah aku bangun lewat, fajar telah pun meninggi. Sinaran cahaya menerobos masuk ke bilik melalui celah-celah tingkap. Terasa malas aku nak bangun tapi takkan nak berteleku terus kat katil. Jika aku kat kampung dah tentu emak akan berleter panjang melihat anak dara seperti ku bangun lewat. Aku melangkah malas menuju ke bilik mandi.
Hari ini aku tidak bercadang untuk keluar. Aku nak rehatkan minda setelah bertungkus- lumus menyiapkan assignment yang berlambak-lambak. Akhirnya dapat juga aku bernafas lega tanpa di bebani sebarang tugasan. Sekarang aku hanya perlu membuat persediaan untuk menghadapi final exam. Saat-saat bersendirian seperti inilah aku teringat kampung halaman, sungai yang mengalir dan kicauan burung menyentap kalbu. Aku bebas berlari bersama adik dikala petang merangkak ke malam. Sering kali juga kami bermain konda-kondi dan yang pasti adik selalu menjadi mangsa, lucu pula tatkala melihat riak wajahnya yang keletihan mencariku.. Semua itu tak mungkin ku lalui di sini kerana yang terbentang di mataku kini hanyalah hutan batu yang lesu tak bermaya. Airmata tak mampu ku bendung lagi, “ emak, bagaimana keadaan kalian disana? ”.
Aku mencapai buku Art of the management, ku cuba tumpukan perhatian namun perasaan begitu kuat menarik ku ke lembah ingatan , satu persatu perasaan hadir. Rindu kampung halaman, rindu keluarga dan yang pasti rindu akan si dia. Insan yang berjaya membuka pintu hati, Nasrul Ikhmal.
Kenapa aku perlu menerima cintanya sedangkan selama ini hatiku telah tertutup untuk menerima kehadiran seorang lelaki. Ku kunci pintu hati ini dan kuncinya telah ku buang jauh ke dasar lautan. KECEWA adalah sejarah lampau yang membuat hidupku terumbang-ambing. Cinta ku yang ikhlas satu masa dahulu di dustai setelah hati ini ku serahkan padanya. Sebelum peristiwa pahit itu aku merupakan seorang pelajar cemerlang, namun akhirnya pelajaran ku merosot. Aku kehilangan arah seketika, seringkali Juraidah memarahi ku kerana tewas dengan situasi. Dorongan daripada Juraidah aku bangkit kembali. STPM ku lalui dengan tabah, ingin ku buktikan pada Syukri yang aku boleh berjaya. Aku tahu Syukri memandang hina padaku ,hanya kerana dia berjaya ke menara gading selepas SPM. Aku pula hanya mampu ke tingkatan 6.
Syukri, akan ku lenyapkan nama ini buat selamanya. Cintaku kini hanya buat Ikh tak akan ku dustai cinta ini walaupun kami berjauhan. Jarak bukan penghalang buat kami malahan lebih menguatkan lagi sayang yang ada. Keikhlasannya jelas terbukti apabila dia bersusah payah mencari rumahku. Keberangkatan ku ke Sarawak mendorong dia untuk bertemu walaupun hari dah lewat. Kemunculannya malam itu membuat aku terkejut dan seolah-olah jantung ini bagai nak jatuh dibuatnya kerana sebelum ini aku tak pernah membawanya ke rumah. Mujurlah mak sibuk menyiapkan barang-barang ku waktu itu, kalau tidak sudah tentu aku akan di soal siasat lagak seorang banduan. Bagaimana dia tahu rumah ku? Persoalan yang timbul dibenakku.
“ Fiqa, pemergianmu bukan bermakna sayang kita akan pergi juga. Sayang abang akan sentiasa bersamamu. Abang harap sepanjang Fiqa di sana, Fiqa akan sentiasa ingatkan abang.”
“ Abang, telah Fiqa katakan sejak dahulu lagi hati ini hanya milik abang seorang. Sepanjang pengajian di sana Fiqa akan pekakkan telinga, butakan mata dan bisukan mulut”
“Kata itu akan abang pegang, jika Fiqa curang hidup abang akan musnah kerana abang sayangkan Fiqa”
“InsyaAllah, Fiqa pun dah tak sanggup untuk menerima perpisahan lagi. Fiqa tahu bagaimana sakitnya kecewa.”
Pemergiannya malam itu ku hantar dengan tangisan yang tak siapa pun lihat. Hati ini menangis untuk meninggalkannya, namun kerana sebuah cita-cita dan cinta aku terpaksa pergi.
Ku ingat lagi riak wajahnya yang murung ketika aku memaklumkannya aku di tawarkan ke UNIMAS. Dia membisu seribu bahasa, namun wajahnya menerangkan perasaannya saat itu.
“ Fiqa, akan pergi minggu hadapan. Janganlah tunjukkan riak muka macam tu, abang pun tahu Fiqa pergi belajarkan?”
“ Abang sedih kerana kita baru sahaja ingin menyemai kasih namun kini terpaksa berjauhan. Walau bagaimanapun abang akan tunggu kepulangan Fiqa bersama segulung ijazah. Bukannya pulang membawa teman baru.”
“ Terima kasih, Fiqa tak akan kecewakan abang dan keluarga. Fiqa akan kembali sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang. Itu janji Fiqa.”
“ Kelak kita akan menjadi pasangan yang berintelek. Anak-anak kita pula akan berbangga mempunyai ayah yang berjaya dalam bidang perubatan dan ibunya pastilah seorang penggiat seni termashyur.”
Lengannya menjadi mangsa cubitan ku apabila dia berkata begitu. Sempat lagi bergurau saat-saat perpisahan yang akan tercipta. Kami diam membisu, saat itu hanya kedengaran kicauan sang burung pulang menuju ke sarang. Sinaran suria mula kemerah-merahan menunjukkan malam akan bertandang. Kami melangkah pulang menuju ke destinasi masing-masing. Aku tidak pernah mengizinkan Ikh menghantar ku pulang walaupun dah berkali-kali dia menawarkan diri. Bukan aku tak sudi namun aku belum sedia untuk memperkenalkannya dengan keluarga ku.
Kring…kring… deringan telefon bimbitku melenyapkan semua kenangan manis yang bermain di fikiran ku sebentar tadi. Aku menjawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“ Assalamualaikum sayang buat apa tu, dah mandi ke? ”. Suara yang teramat ku rindui memecah gegendang telinga.
“ Wa’alaikumusalam, abang ni tak ada soalan lain ke. Mestilah dah mandi hari dah nak ke senja pun. May be abang tu yang belum mandi .” Aku menyerkap jarang dia pula.
“ Memanglah abang belum mandi kerana asyik teringat kat sayang saja, kalau mandi pun tak basah , so baik tak mandi kan? ”.
“ Patutlah Fiqa bau semacam saja, jauh macam ni pun dapat hidu”. Aku bergurau sama..
“ Bau macam mana sekali pun bakal suami sayang juga…” ah…kantoilah pulak, memandai saja dia ini.
“ Sapa yang nak jadi isteri abang ni ? ”
“ Sayang tak sudi jadi isteri abang, tak apa lah abang kahwin saja dengan orang utan ” Merajuk pula dia, apa aku nak kata ni?
“ Fiqa gurau saja abang jodoh ketentuan tuhan, kita hanya mampu merancang selebihnya kita serah pada takdir ”.
“ Betul kata sayang tu abang harap kita akan dapat bersatu hingga nafas terakhir…”
Perbualan kami sebentar tadi semacam kisah percintaan romeo dan Juliet pula. Kehadiran Ikh telah merubah corak kehidupan ku, dialah hero hidupku.
Sewaktu melangkah ke balai pelepasan hanya tuhan yang tahu perasaan ini sedih, takut, gelisah dan sayu bersatu, selamat tinggal tanah air ku. Sepanjang perjalanan menuju ke Sarawak air mata tak mampu lagi ku bendung, ku cuba mengawal perasaan namun setiap kali itulah aku teringat wajah insan tersayang yang ku tinggalkan. Langsung tidak ku hiraukan siapa di sebelah
ku sepanjang penerbangan itu. Aku asyik memandang keluar dan menitiskan air mata. First time tanpa emak, abah, adik, kakak dan abang di sisi, begitu murah nilai air mata ku. Kini aku dah mampu biasakan diri. Perjalanan hidup ku di sini di hiasi dengan kawan-kawan, kehadiran mereka menceriakan hidup ku yang hambar.
Aku dan Juraidah pulang dari sekolah, waktu itu kami baru sahaja mendapat result STPM, seronok kami bercerita. Maklumlah dengan result yang kami perolehi peluang untuk masuk universiti sangat cerah. Keseronokan kami terganggu apabila seorang lelaki tiba-tiba menyapa kami.
“ Hai boleh berkenalan, Saudari berdua dari mana ni ?”
Kami tak layan sapaan tersebut.
“ Tak baik jual mahal, nanti tak laku ”.
“ saudara kalau nak beli sayur bukan di sini, tu kat depan sana” Jawab Juraidah dengan nada menyindir.
“ Cik adik saya bukan nak beli sayur, saya cuma nak kenal kawan cik adik”. Nampaknya lelaki ni tak nak mengalah.
“ Adakah tindakan saya ni salah? Nabi Muhammad lagi suka kalau umatnya meramaikan kenalan”. Tambah lelaki tersebut.
“ Itu saya tahu tapi cara awak tu kurang sopan!”. Juraidah berkata dengan nada yang agak kasar.
“ Jom Fiqa jangan di hiraukan lelaki tak beradab ni”. Aku hanya menurut kata, lagipun aku memang tak suka layan lelaki yang tak di kenali.
“Saya akan pastikan satu hari nanti kawan saudari tu akan jatuh ke tangan saya”. Jerit lelaki tersebut sewaktu kami sudah berada jauh darinya.
Begitulah pertemuan pertama ku dengan Ikh, katanya yang aku akan jatuh ke tangannya benar-benar terjadi. Selepas peristiwa tersebut Ikh sentiasa mengganggu hidup ku, tak tahulah apa yang dia ingin daripada ku. Dia pernah datang di tempat aku bekerja dengan sejambak bunga kegemaran ku. Ketika itu hanya tuhan yang tahu betapa malunya aku dengan rakan sekerja. Percintaan kami begitu indah ku rasa kerana dia begitu mengambil berat tentang ku layak seorang suami pula.
Dia pernah mencadangkan agar kami mengikat tali pertunangan sementara aku menamatkan pengajian. Namun cadangannya itu ku tolak dengan baik kerana aku belum bersedia, hakikatnya aku terima tapi aku tak mampu. Aku tahu cintanya begitu tulus untuk ku. Aku hanya berserah pada takdir bagaimana akhirnya kisah cinta kami. Aku impikan mahligai bahagia dengannya tapi semua itu hanya impian, kesudahannya terletak pada jodoh.
HAK CIPTA TERPELIHARA
SERINDIT KENCANA
|
|
| |
|
|
|
|
|
Kenangan
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Kenangan:
Kekasih Dalam SakuRecent News About Kenangan:
Misc
|
|
|
Komen
oleh MuSe ([email protected]) pada Jumaat, 24 Disember 2004 @ 23:33:38
(Info AHLI)
Citer menarik,tapi hakikat yang perlu kita hadapi tentunya tak semenarik itu.tak semua yg kita impikan akan jadi kenyataan tapi takde masalah kalau kita cuba bergantung harap tapi salah juga if kita terlalu mengharap.hehehe...apa benda yg saya cuba sampaikan ni...???????paham2 sendirilah ye...yg penting kalau kita gagal skalipun, jgn trus hanyut kerana Tuhan Itu Maha Adil.rezekiNya sentiasa ada.perpisahan terjadi mungkin bukan sebab kita yg kurang,tapi mungkin dia yg tak layak untuk kita....yg pasti jodoh kita adalah yg terbaik tercipta untuk kita.just watch it out!
oleh Tetamu pada Jumaat, 29 April 2005 @ 2:19:29
bismillahirahmanirahim..
cinta tu memang mengasyikkan tetapi setakat mana keasyikan dan keseronokkan yang diimiginasikan akan menjadi realiti...
bagi pasangan-pasangan yang bercinta sabar la dulu...
jangan hari ini kita buat keputusan esok kita menyesal...
bagi ana biarlah percintaan yang hakiki itu wujud selepas kahwin..
terlalu hipokritlah kalau kita mengaku kita sayang kita cinta tapi kita mainkan perasaan nya..
maaf kalau ana tersalah bagi pendapat...
wallahua'lam
oleh Norhaslina pada Jumaat, 13 Januari 2006 @ 1:32:05
(Info AHLI)
apapun DOALAH SEBAGAI PENGHUBUNG HATI
YA ALLAH JIKA DIA BENAR UNTUKKU
DEKATKANLAH HATIKU DENGAN HATINYA..
oleh mirwana_87 (cahaya_raudhah) pada Ahad, 22 Januari 2006 @ 16:37:34
(Info AHLI)
bercintalah...ikutlah...masing2 dah besar,manusia ni takkan boleh lepas dari bercinta,itu memang dah fitrah kaum adam dan hawa,cuma berhati-hatilah,jangan sampai ada orang ketiga(syaitan).