Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 15 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

TERSILAP BAGI SEDEKAH
 Posted on Sabtu, 27 November 2004 @ 21:26:18oleh Hanan
Tazkirah riyas menulis Maksud Hadis

Iman Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Seorang lelaki telah berkata bahawa aku akan bersedekah dengan suatu sedekah maka dia telah keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Maka dia telah memberi apa yang disedekahkan itu kepada tangan pencuri. Maka keesokan harinya mereka ( penduduk) telah bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah kepada pencuri.

Dia telah berkata : Wahai Tuhanku! Bagi Engkaulah segala pujian itu maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah. Maka dia keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Dia telah memberi sedekahnya kepada tangan pelacur. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah pada malam tadi kepada pelacur. Maka dia mengucapkan : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian..(aku telah terbahagi sedekah)ke atas pelacur!. Maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.

Dia telah keluar bersama apa (yang mahu) disedekahnya maka dia telah memberi kepada tangan si kaya. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap tentang dia telah memberi sedekah kepada si kaya.Lalu dia mengucap : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu.(aku telah terbahagi sedekah) kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya. Dia telah didatangkan (pemberituan dalam mimpi) maka diberitahu kepadanya : Ada pun sedekah engkau kepada pencuri semoga dia akan berhenti(insaf) daripada mencuri, ada pun pelacur semoga dia akan berhenti daripada berzina dan ada pun si kaya semoga dia akan mengambil pengajaran maka dia akan memberi nafkah daripada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya..



Ringkasan Kisah

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kita bagaimana ada seorang lelaki yang soleh di mana dia ingin memberi sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Memanglah bagi mereka yang telah subur dalam diri mereka kemanisan iman dan juga sentiasa beramal soleh sentiasa memikirkan bagaimana mahu menambahkan amal kebajikan bagi mengejar keredhaan Allah. Lelaki ini merupakan salah seorang daripadanya di mana telah timbul dalam hatinya untuk bersedekah.Lelaki ini mahu bersedekah dalam keadaan sembunyi di mana tidak siapa pun akan mengetahuinya melainkan Allah. Ini adalah kerana hanya sedekah secara sembunyi sahaja mampu memadamkan api kemurkaan Allah dan sedekah secara sembunyi juga merupakan selebih-lebih sedekah berbanding sedekah secara terang-terangan.

Pada suatu malam lelaki ini telah keluar bertujuan untuk memberi sedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seseorang yang mana pada anggapannya dia merupakan seorang yang miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pencuri. Pada keesokan harinya pencuri itu menceritakan kepada oarng ramai bahwa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. Akhirnya berita mengenai sedekahnya telah terbahagi kepada seorang pencuri telah sampai ke telinganya sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pencuri.

Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana pada perkiraannya sedekah yang tersalah bahagi kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah. Pada malam yang kedua dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pelacur.Pada keesokan harinya pelacur itu menceritakan kepada oarng ramai bahwa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Akhirnya berita mengenai sedekahnya telah terbahagi kepada seorang pelacur telah sampai ke telinga lelaki tadi sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa bertambah kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pelacur.

Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana pada perkiraannya sedekah yang tersalah bahagi kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah.Dia cuba bersedekah kepada mereka yang miskin bukannya sebagaimana apa yang berlaku padanya sebelum yang mana terbahagi sedekah kepada pencuri dan pelacur. Dia berbuat perkara ini semata-mata mencari keredhaan Allah. Pada malam yang ketiga dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang lelaki yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang kaya. Apabila dia mengetahui perkara sebenar tentang dia tersalah bahagi buat kali ketiganya di mana kali ini tersilap bahagi sedekahnya kepada si kaya maka bertambah sedihnya lelaki ini sehingga dia mengucapkan: Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu.Aku telah tersilap bahagi sedekah kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya.

Lelaki ini tidak tahu bagaimana Allah tetap mengirakan segala amalan sedekahnya walau pun dia merasakan bahawa sedekahnya yang silap dibahagi kepada merekia yang bukan selayaknya telah ditolak oleh Allah. Akhirnya melalui pemberitahuan dalam mimpinya maka dia dapat tahu bahawa sedekahnya telah dibalaskan oleh Allah dengan pahala yang setimpal dengan amalannya itu.Allah juga memberitahunya bagaimana setiap sedekahnya telah membawa hikmat tersendiri kepada perkara ke arah positif iaitu pencuri akan berhenti daripada mencuri, pelacur akan bertaubat daripada berzina dan si kaya akan turut bersedekah dengan harta yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah.



Pengajaran Kisah

1. Wujudnya dalam umat sebelum kita orang soleh yang mengerjakan amalan kebajikan seperti sedekah kerana mencari keredhaan Allah di mana mereka bersedekah secara sembunyi pada waktu malam agar tidak diketahui oleh orang ramai.

2. Kadang-kadang sesuatu amalan yang kita anggap tidak diterima oleh Allah sedangkan pada hakikatnya Allah akan memberi ganjara setimpal dengan apa yang dilakukan sebagaimana apa yang berlaku kepada lelaki ini. Dia menyangka bahawa sedekahnya yang tersilap dibahagi itu tidak diterima oleh Allah sedangkan Allah telah menerima ia sebagai amalan kebajikan.

3. Kita mesti redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas apa yang berlaku dan jangan cuba mengingkarinya.

4. Rukya Sodiqah atau pun penglihatan benar (melalui mimpi contohnya) merupakan salah satu daripada pemberitahuan dan ia juga merupakan satu juzu' daripada 46 juzu' daripada kenabian. Penglihatan lelaki ini dalam mimpinya merupakan pemberitahuan daripada Allah tentang penerimaan segala amalannya walau pun sebelum ini dia menyangka bahawa segala sedekahnya tidak diterima oleh Allah kerana tersilap bahagi.



Biografi:
1. Sohih Qisos an-Nabawi, D. Umar Sulaiman Abdullah al-Ashqar, Darul an-Nafais

 

  Tazkirah


Komen


"TERSILAP BAGI SEDEKAH" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.28475 saat. Lajunya....