Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 134
Ahli: 0
Jumlah: 134




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Amalan isteri digantung jika mencela suami
 Posted on Jumaat, 22 Oktober 2004 @ 8:43:13oleh istisafa
Tazkirah itsjustme menulis "KAK Yati, bukannya tak nak pakai tudung lagi, teringin juga nak bertudung, tapi suami tak benarkan, sebab tak nampak cantik dan bergaya."
Alasan itu kerap didengari bagi wanita berkahwin mengapa mereka tidak bertudung, menutup aurat.
Isteri baik sememangnya perlu patuh dan mentaati
suami.

Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Memakai tudung menutup aurat adalah perintah Allah. Isteri seharusnya mengutamakan perintah Allah sebelum mematuhi perintah suaminya. Firman Allah bermaksud: "Hendaklah mereka itu (kaum wanita) melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya." (Surah an-Nur, ayat 31)

Setiap wanita Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan belahan dada, termasuk leher supaya tempat yang boleh membawa fitnah itu tidak terbuka yang mungkin boleh dilihat oleh lelaki bukan mahram.

Sekiranya perkara yang diperintahkan oleh suami itu bertentangan dengan hukum Allah dan boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah atau tidak mematuhi arahan itu. Demikianlah dalam perkara memakai tudung, isteri tidak seharusnya mematuhi arahan suami yang melarangnya memakai tudung.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah." (Hadis riwayat Ahmad) Ketaatan isteri terhadap suami ialah kepatuhan yang dituntut Islam. Suami, di samping bertanggungjawab memberikan nafkah lahir dan batin, bertanggungjawab membimbing isterinya ke jalan benar. Sekiranya tidak mampu untuk mengajarnya, hendaklah dibenarkan isteri keluar rumah untuk menuntut ilmu.

Oleh itu, isteri harus setia kepada suami yang soleh dan sedia mengikuti segala perintahnya. Firman Allah bermaksud: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka." (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Isteri yang tidak patuh kepada nasihat suami, malah mencela dan tidak menghargai suaminya, di samping tidak mendapat keberkatan di dunia, akan menerima pembalasan di akhirat kelak.

Saidina Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Wanita yang berkata kepada suaminya bahawa dia tidak melihat kebaikan yang ada pada suaminya, maka Allah menggantungkan amalan baiknya selama tujuh puluh tahun, walaupun dia berpuasa sepanjang hari dan beribadah pada malam hari." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i)

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Aku melihat dalam neraka, ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanggungjawab wanita sebagai hamba Allah adalah dengan melaksanakan ketaatan kepada ibu bapanya sebelum berumah tangga. Apabila berumah tangga ketaatan paling utama selepas Allah dan rasul-Nya ialah kepada suami.

Isteri adalah orang paling hampir yang boleh memberikan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa suaminya. Allah menjanjikan balasan paling istimewa kepada isteri solehah dan taat kepada suaminya. Memuliakan suami balasannya adalah syurga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke syurga lebih daripada suaminya, kerana dia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan wangi-wangian syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya." (Hadis riwayat Ibnu Mas'ud)

Sekiranya dikaji kisah isteri Rasulullah dan sahabat, selain mengurus rumah tangga dan anak, mereka membantu dalam meninggikan syiar Islam. Ini adalah hasil iman mendalam serta didikan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Cuba hayati kisah Ummu Sulaim atau nama sebenarnya Ramlah Mulaikah, iaitu isteri kepada Abu Talhah. Ketika Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, beliau belum memeluk Islam. Namun Ummu Sulaim sedia menerima pinangan Abu Talhah asalkan beliau mahu memeluk agama Islam.

Ummu Sulaim berkata: "Aku sanggup berkahwin denganmu tanpa mahar berbentuk barang, tetapi kerana Islammu."

Ini berlainan dengan sesetengah wanita Islam hari ini yang berkata: "Tinggallah agama dan saudara kerana cinta. Aku sanggup turutkan." Mereka sanggup menukar agama Islam, semata-mata untuk mendapatkan cinta seorang lelaki bukan Muslim.

Dalam medan perjuangan, Ummu Sulaim terkenal sebagai pembantu Mujahidin. Beliau mengurus makanan, menyediakan air serta mengubati mereka yang cedera parah.

Hasil perkahwinan dengan Abu Talhah, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Umair. Abu Talhah sangat menyayangi anaknya itu. Pada suatu hari, ketika Abu Talhah tiada di rumah, Umair meninggal dunia. Ummu Sulaim menerima kenyataan itu dengan hati tabah. Ummu Sulaim kemudian dengan tenang menceritakan kejadian itu kepada Abu Talhah. Bagaimanapun, suaminya marah dan kecil hati. Dengan tenang, Ummu Sulaim berkata : "Wahai suamiku, bagaimana jika seorang meminjam sesuatu daripada orang lain, namun ketika pemiliknya ingin meminta kembali haknya itu, orang yang meminjam tadi menjadi marah?" Suaminya menjawab: "Sangat tidak wajar dia bersikap
demikian."

Kemudian Ummu Sulaim memberitahu: "Anak kita itu adalah pinjaman belaka dan tiba saatnya Allah meminta agar dia dikembalikan." Selepas mendengar ucapan Ummu Sulaim itu, maka Abu Talhah reda menerima ketentuan Allah. Begitulah contoh isteri yang sentiasa berbakti kepada suami serta taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.

Rumah tangga akan bahagia, jika suami isteri dan anak menjalankan perintah Allah. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Sepuluh syarat dalam surah al-Ahzab ini jika dilaksanakan dalam kehidupan rumah tangga, insya-Allah akan diberikan keberkatan dan pahala besar oleh Allah. Rumah tangga bukan saja bahagia, malah dilimpahi dengan ketenangan, kasih sayang dan mendapat keredaan Allah.

 

  Tazkirah


Komen


"Amalan isteri digantung jika mencela suami" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.286856 saat. Lajunya....