Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Sekadar Renungan....
 Posted on Jumaat, 13 Jun 2003 @ 9:14:43oleh Engku_Salina
Tazkirah faina menulis Hidup kita cuma dalam 3 hari:

1.Semalam-sudah menjadi sejarah
2.Hari ini-apa yang sedang kita lakukan
3.Esok-hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama, semoga hari kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Hidup cuma dalam dua nafas:

1. Nafas naik
2. Nafas turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dab carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Hidup yang abadi hanya ada dua tempat:

1.Kekal di dalam neraka
2.Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terfikir oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang lima itu dan puncaknya adalah SOLAT… Amat sukar dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang ingin menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai 'boarding pass'. Mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem, apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

1.Dia mungkin didenda
2.Segala suratnya masuk tong sampah

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-nya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang…lalu masuk ke syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

10 PERINGATAN BUMI

Anas bin Malik .a: Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara:

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalam perutku
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah engkau akan menangis di dalam perutku
4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan menyesal di dalam perutku
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
10. Engkau hidup di atas belakang beramai2, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku.

~faiNa-AnfaL~

 

  Tazkirah


Komen


"Sekadar Renungan...." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127898 saat. Lajunya....