Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 270
Ahli: 0
Jumlah: 270




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

SERUAN, PANGGILAN DAN JERITAN KEPADA MAYAT
 Posted on Isnin, 27 September 2004 @ 11:14:06oleh Hanan
Tazkirah hani_wahida menulis Dalam suatu riwayat disebutkan takala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langgit dengan tiga kali jeritan :

WAHAI ANAK ADAM ;
1) Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kamu ?
2) Apakah kamu mengumpul dunia, atau dunia mengumpulkamu ?
3) Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu ?

Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakah :

WAHAI ANAK ADAM ;
1) Dimanakah tubuh yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah ?
2) Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu menjadi diam ?
3) Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang mengasingkan kamu ?

Dikala mayat diletakkan ditempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan :

WAHAI ANAK ADAM ;
1) Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal !
2) Keluarlah kamu dari rumahmu dan tidak usah kembali !
3) Ingatlah kamu akan mendiami di dalam rumah yang penuh kesedihan !

Sewaktu mayat diletakkan untuk di solatkan maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

WAHAI ANAK ADAM ;
1) Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat !
2) Jika amal perbuatanmu baik maka kamu akan melihat kebaikan !
3) Jika amal perbuatanmu buruk kamu akan melihat keburukan !

Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan :

WAHAI ANAK ADAM;
1) Sangat bhagiakah kamu jika kamu termasuk orang yang bertubat.
2) Sangat berbahagiakah kamu jika amalanmu baik.
3) Sangat berbahagiakah kamu jika sahabatmu dalam keredaan Allah dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat sudah berada ditepi kubur maka ia dipanggil lagi tiga kali teriakan:

WAHAI ANAK ADAM;
1) Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ?
2) Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?
3) Bukankah kamu membaw cahaya penerang ditempat yang gelap ini ?

Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur maka iapun dipanggil dengan tiga kali lagi:

WAHAI ANAK ADAM !
1) Kamu di atas punggungku bersebda gurau tapi kamu dalam perutku menjadi sedik.
2) Kamu berada di atas punggungku bergembira .a tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.
3) Kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam perutku menjadi bisu.

Setelah para manusia pulang meninggalkan kubur lalu Allah berfirman : WAHAI HAMBAKU KAMU TETAP TERPENCIL DAN SENDIRIAN, MANUSIA SUDAH PERGI DAN PULANG MENINGGALKAN KAMU DALAM KEGELAPAN. PADAHAL KAMU TELAH BERBUAT MAKSIAT KEPADA KU.. KERANA MANUSIA, KERANA ISTERI DAN KERANA ANAKMU. NAMUN AKU SANGAT KASIHAN KEPADAMU PADA HARI INI DENGAN LIMPAH RAHMAT YANG SANGAT MANUSIA KAGUMI. Aku LEBIH KASIHAN KEPADAMU DARIPADA KASIH IBU KEPADA ANAKNYA."

Demikianlah keterangan dalam satu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang ditujukan kepada MAYAT sejak rohnya dicabut keluar sehinggalah mayat diusung ke tanah perkuburan.

Mudah mudahan mendapat kebaikan dan keinsfaan.

petikan buku Alam Kubur


CeRiA SenTiasa..., SenYuMan BerKat...

 

  Tazkirah


Komen


"SERUAN, PANGGILAN DAN JERITAN KEPADA MAYAT" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125116 saat. Lajunya....