Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Memandang Dunia
 Posted on Selasa, 21 September 2004 @ 13:17:09oleh Hanan
Tazkirah khairoo84 menulis Beliau pernah mengatakan : "Sesungguhnya urusan agama dan dunia amat berat. Urusan agama, engkau menanggungnya sendiri. Sedang urusan dunia, setiap kali tanganmu hendak mencapainya, sudah ramai orang yang mendahuluinya." Meskipun demikian, dia tetap meletakkan segalanya di atas neraca yang benar.

Suatu hari, Abdur Rahman bin Zaid datang menemui beliau dan meminta nasihat tentang keadaan hatinya yang terlalu cinta kepada dunia. Setelah mengetahui maksud rakannya itu, beliau berkata, "Saudaraku, soal suka kepada dunia. Aku sendiri tidak mampu untuk mencelanya. Hatiku juga telah dijadikan Allah suka kepada sebahagian arinya. Namun mudah-mudahan bukan kerana fitrah ini menggugat diri kita. Yang penting, rasa suka itu jangan sampai menjadikan kita melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sebagaimana pula keengganan kita kepada dunia, jangan sampai menjadikan kita menolak apa-apa yang disukai Allah. Jika kita mampu menata hati kita sedemikian rupa, nescaya rasa suka kita kepada dunia tidak akan memberi mudharat apa-apa kepada kita."

Sesungguhnya inilah sikap yang mulia. Dengan berbekalkan sikap inilah manusia akan mampu menemui bahtera yang menyelamatkan dirinya dalam mengharungi lautan ombak dan badai kehidupan dunia yang fana ini.

Walau pun mencintai dunia di atas neraca yang benar dibolehkan, beliau tetap meyakini bahawa dunia adalah godaan yang begitu mudah memungkinkan manusia itu tergelincir dari landasan yang betul.

"Banyak perkara-perkara kecil dari urusan dunia yang boleh melalaikan urusan-urusan besar di akhirat," katanya. Oleh itu, di luar keperluan normal, beliau tetap memandang dunia sebagai sesuatu yang yang tidak seberapa berbanding kehidupan akhirat. Perhatikanlah kata-katanya ini : "Apalah ertinya dunia ini, yang telah berlalu adalah mimpi. Dan yang tersisa adalah khayalan dan harapan."

Dalam menghadapi hidup yang penuh dengan kekejian dan kotor ini, beliau telah menunjukkan suatu rumusan ringkas yang berbunyi: "Apa yang kau lihat akan membawa kepad kebaikan, lakukanlah. Walau pun orang lain memandang itu buruk. Dan apa saja yang kau lihat akan membawa kamu kepada kebinasaan, tinggalkanlah. Meskipun orang lain memandangnya suatu kebaikan."

Pada ketika lain beliau juga pernah mengatakan : "Ada dua langkah mudah untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Lakukanlah apa yang kau benci jika hal itu adalah sesuatu yang disukai oleh Allah. Dan tinggalkanlah apa yang kau sukai jika hal itu adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah."

Nikmat yang dianugerahkan Allah kepada manusia tidak selamanya bererti menjai tanda cinta Allah kepadanya. Demikian juga musibah dan bencana yang ditimpakan Nya kepada para hamba, belum tentu menjadi bukti kebencian Nya kepaa hamba tersebut. Hanya seorang mukmin yang beriman dengan sebenarnya, yang mampu merasakan bahawa segala yang ditetapkan Allah atas dirinya adalah yang terbaik bagi dirinya.

Oleh itu, beliau telah memberi nasihat kepada kita akan pentingnya mensyukuri nikmat dan kurnia Allah. Meyakini bahawa apa yang diberikan oleh Allah adalah kebaikan yang tidak terkira jika dibandingkan dengan kesulitan yang di alami manusia. Pesan beliau : "Barangsiapa mengetahui hakikat dunia, tidak akan terlalu gembira dengan nikmat dunia dan tidak akan berdukacita dengan musibahnya."

 

  Tazkirah


Komen


"Memandang Dunia" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.236041 saat. Lajunya....