Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 9 jam, 1 minit yang lalu
Daeng_Jati: 7 hari yang lalu
skater: 9 hari yang lalu
HIKAL: 28 hari yang lalu

Siaran Media ABIM: Hormati Nasihat Mufti-Mufti!
 Posted on Khamis, 05 Ogos 2004 @ 10:58:12oleh Engku_Salina
Semasa meknor menulis 1. Berlatarbelakangkan pandangan Majlis Mufti-Mufti Malaysia serta pelbagai reaksi masyarakat terhadap pandangan tersebut, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat bahawa isu ini harus juga dilihat dari perspektif yang lebih luas oleh semua pihak yang terlibat.

2. ABIM berpandangan bahawa isu sebenar yang menjadi kontroversi adalah Konsert Sure Heboh dan bukannya keseluruhan Karnival Sure Heboh itu sendiri. Kita maklum bahawa gerai-gerai pameran dan jualan serta kutipan sumbangan dalam karnival tersebut bukanlah menjadi isu utamanya. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar isu Konsert Sure Heboh ini dikelirukan dengan merujuk kepada aspek-aspek lain yang terdapat dalam keseluruhan Karnival Sure Heboh anjuran TV3 tersebut.

3. Kedudukan konsert-konsert hiburan seumpama Konsert Sure Heboh dalam ajaran Islam sudah jelas. Konsert-konsert hiburan seumpama itu sememangnya dilarang agama kerana isi kandungan dan kaedah perlaksanaannya yang bertentangan dengan hukum syarak.

4. Walaupun tidak semua jenis hiburan muzik dilarang di dalam ajaran Islam, namun bentuk muzik dan gelagat sebahagian pelaku dalam Konsert Sure Heboh umumnya bertentangan dengan ajaran Islam. Kalaupun ada kandungan nasyid atau “lagu-lagu positif” diikut-sertakan, hukumnya masih tidak berubah kerana masih terdapat kandungan yang haram di dalamnya. Umumnya, kandungan konsert yang dilarang lebih banyak dan lebih menonjol.

5. Dari segi perjalanan Konsert Sure Heboh itu pula, terdapat suasana yang menggalakkan beberapa perbuatan yang jelas dilarang agama seperti pergaulan bebas, suasana yang melalaikan, pengabaian solat fardhu, remaja pulang lewat malam, pembaziran masa dan tenaga dan lain-lain lagi. Di dalam ajaran Islam, sesuatu yang boleh membawa dan membuka pintu kepada yang haram adalah haram hukumnya.

Kedudukan Pandangan Mufti

6. ABIM menerima baik pandangan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Datuk Haji Harussani Zakaria, sebagai mewakili Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang telahpun bersidang. Sesungguhnya peringatan, pandangan dan penjelasan ini merupakan keprihatinan yang mendalam oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan-kerajaan negeri masing-masing untuk membina sahsiah dan peribadi masyarakat beragama di Malaysia. Kita juga memahami hakikat bahawa Majlis Mufti-Mufti Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan suasana di mana sesuatu amalan yang salah diamalkan secara meluas, keterlaluan dan terbuka dalam masyarakat. ABIM merasakan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia tentang Konsert Sure Heboh ini adalah lebih berbentuk nasihat dan peringatan. Oleh yang demikian, walaupun ia bukanlah satu fatwa rasmi, nasihat dan penjelasan tersebut wajar dialu-alukan dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak. Pandangan tersebut masih perlu dihormati kerana ia merupakan penjelasan hukum-hakam agama Islam oleh pihak yang berautoriti dan berkepakaran dalam bidang tersebut.

Langkah Ke Hadapan: Penambahbaikan dan Pembinaan

7. ABIM memahami bahawa pandangan seumpama ini mungkin sukar diterima oleh sesetengah pihak terutamanya pihak yang mendapat manfaat langsung daripada penganjuran konsert seumpama itu. Dalam keadaan ketiadaan undang-undang rasmi melarang sesuatu perbuatan, terserahlah kepada individu atau pihak-pihak yang terbabit menentukan sikap masing-masing.

8. Dalam kesempatan ini, ABIM merasakan bahawa sejak kebelakangan ini, terlalu banyak program hiburan dan konsert. Fenomena kebanjiran hiburan ini dikhuatiri membawa lebih banyak kesan negatif terutamanya kepada generasi muda. Walaupun hiburan memang sesuatu yang perlu dan diizinkan, namun ABIM berpandangan bahawa penekanan dan penonjolannya sudah melebihi kadar yang sepatutnya. Apapun yang terlampau banyak dan keterlaluan akan membawa lebih banyak mudarat dari kebaikan. Dalam hal ini, hiburan juga tidak terkecuali.

9. Adalah diharapkan agar pihak Kerajaan dapat mengkaji semula pelaksanaan dasar yang berkaitan agar ia tidak terus menjejaskan pembinaan jati diri dan identiti bangsa dan melunturkan nilai moral dan agama masyarakat kita khususnya generasi muda. Sehubungan ini, gesaan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan agar Kerajaan mengeluarkan garispanduan pelaksanaan konsert hiburan sangatlah dialukan.

10. Sebagai langkah ke hadapan, ABIM sememangnya yakin dengan keupayaan TV3 sebagai sebuah syarikat rangkaian televisyen yang baik dan berhemah agar dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti sihat yang memupuk nilai-nilai murni yang tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran agama. Dengan himbauan ini, ABIM mengharapkan agar semua pihak dapat berganding bersama-sama dengan TV3 menampilkan rancangan-rancangan yang dapat membina akal-budi masyarakat kita di tanahair.

Yusri Mohamad
Naib Presiden ABIM

 

  Semasa


Komen


"Siaran Media ABIM: Hormati Nasihat Mufti-Mufti!" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141087 saat. Lajunya....