Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 294
Ahli: 0
Jumlah: 294




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Abu Ubaidah berkorban demi Rasulullah
 Posted on Rabu, 04 Ogos 2004 @ 9:16:40oleh Engku_Salina
Tazkirah tuyup menulis ABU Ubaidah bin al-Jarrah adalah sahabat Nabi Muhammad yang juga perawi hadis terkemuka.

Beliau mempunyai keperibadian mulia, seperti jujur, tawaduk dan pemalu. Bagaimanapun, di sebalik sikap pemalu itu, tersemat semangat juang kental dan tinggi di jiwanya.

Sebagai perawi hadis yang sanad dan pegangan imannya begitu kukuh, Abu Ubaidah al-Jarrah sering membawa beberapa teladan yang sangat berkesan kepada seluruh umat Islam.

Dalam hubungan ini, Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar as-Siddiq pernah menyampaikan satu kisah mengenai jasa dan pengorbanan Abu Ubaidah yang perlu dihayati oleh semua umat Islam.

Peristiwa itu berlaku dalam peperangan Uhud apabila tentera Islam sedang bertempur dengan golongan Musyrikin yang tidak henti-henti menentang Islam.

Menurut satu riwayat, Abu Bakar berkata, ketika peperangan Uhud meletus, Rasulullah saw terkena panah. Dalam riwayat lain ada disebutkan dalam peperangan itu, Baginda terkena lemparan batu daripada pihak musuh.

Batu yang dilemparkan kepada Rasulullah itu terkena rantai pakaian perang (topi berantai besi) Baginda. Apabila terkena rantai itu, kepingan rantai yang patah itu tertusuk ke dalam rahang hingga dua gigi geraham Baginda tercabut. Ketika itu darah mengalir dari pipi Baginda dengan banyak.

Dalam suasana hiruk-pikuk peperangan itu, Abu Bakar berusaha mendekati Rasulullah, tetapi ketika itu ada seorang lain yang meluru dengan pantas seperti kilat ke arah Baginda.

Melihat ada orang yang berlari begitu pantas ke arah Rasulullah, ramai sahabat cemas dan bimbang kerana menyangka musuh Islam.

Bagaimanapun, akhirnya jelas didapati orang yang berlari kencang itu ialah Abu Ubaidah.

Sewaktu berada di sisi Rasulullah, Abu Ubaidah berkata: "Wahai Abu Bakar. Aku mohon dengan nama Allah agar engkau membiarkan aku mencabut besi yang tertusuk di pipi Rasulullah.”

Selepas dibenarkan berbuat demikian, Abu Ubaidah menggunakan dua gigi depannya untuk mencabut besi tajam yang tertusuk di pipi Rasulullah. Ini kerana ia tidak boleh ditarik keluar dengan tangan. Kalau menggunakan tangan, serpihan dan kepingan besi itu mungkin sukar dikeluarkan.

Riwayat ini adalah kisah yang sangat tragik mengenai perjuangan Rasulullah dan sahabat untuk menegakkan Islam.

Entah bagaimana Abu Ubaidah mendapat ilham yang dianugerahkan Allah kepadanya hingga dia mendekatkan mulutnya ke pipi Rasulullah untuk menggigit besi itu. Sejurus kemudian dia terus menariknya keluar.

Pada masa merapatkan mulutnya ke pipi Rasulullah itu, hidungnya tercium darah yang sedang mengalir pada pipi Baginda. Hal ini tidak sedikit pun menggusarkan Abu Ubaidah untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh kewaspadaan.

Apabila serpihan besi itu tercabut keluar, dua gigi geraham Rasulullah turut tercabut bersamanya.

Sebenarnya, Abu Ubaidah bukan saja bimbang gigi geraham Baginda tercabut tetapi dia takut bahagian yang lain turut tercedera. Dengan cara tindakan yang bijak itu, Abu Ubaidah dapat menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk lagi.

Melihat peristiwa yang berlaku di depannya itu, Abu Bakar berkata: "Aku dan Rasulullah amat terharu di atas kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah itu."

Memanglah benar, kalau kita teliti riwayat berkenaan, kita akan dapati ada unsur kesetiaan dan pengorbanan yang amat tinggi daripada Abu Ubaidah terhadap Rasulullah.

 

  Tazkirah


Komen


"Abu Ubaidah berkorban demi Rasulullah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124092 saat. Lajunya....