|
Rancang dengan apa yang ada di tangan
|
|
|
Posted on Selasa, 03 Ogos 2004 @ 0:01:55oleh Hanan
|
|
|
emi menulis ~Mengapa kita perlu merancang dengan apa yang ada di tangan ?
>Ha..! mungkin ada yang menjawab begini, “agar kita tidak hanya berangan-angan” atau dalam erti kata lain “agar kita tidak berpijak di bumi yang nyata”?
>Sebenarnya lagu “merancang kerja” daripada kumpulan nowseeheart ini selain sedap didengar mendalam benar maknanya, kawan-kawan pun sudah pasti mengemarinya bukan.(sama lah kitar). Tetapi tahukah kita bahawa, sebagai seorang pelajar kita sepatutnya bukan hanya tahu membuat kerja yang di beri, tatapi juga tahu cara untuk buat kerja.
> Dan kalau kawan-kawan nak tahu antara ciri-ciri yang menunjukkan seseorang rasa seronok untuk belajar(rasa macam main game) ialah sehingga kita sanggup menerima cabaran.
>Ketahuilah bahawa semua orang di lahirkan pandai. Tuhan anugerahkan otak kepada semua orang, cuma terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya.
>Orang yang gagal dalam pelajaran bukan kerana mindanya lemah tetapi disebabkan oleh hatinya. Misalnya takut terhadap subjek matematik(mereka percaya begitu). Sebenarnya kawan-kawan matematik itu menyeronokkan ubahlah sikap negatif tu!!
>Baiklah sekarang mari kita cerita serba-sedikit cara yang betul untuk belajar. Segalanya bermula dari cara kita berfikir. Guru seharusnya tunjuk jalan, kedua kena terangkan Kenapa perlu ikut jalan ini. Agar pelajar mudah faham dan dapatkan jalan penyelesaian, Betul tak tenaga-tenaga pengajar semua?.
>Yang terpenting sekali, ingatlah bahawa kita tak boleh melayari hidup ini berseorangan, cuba fikir dalam-dalam. Tanya pada diri sendiri “adakah aku boleh lakukan segalanya seorang diri tanpa bantuan individu lain”. Oleh itu sentiasalah bersatu dan bersama dalam setiap tugasan kita.
>Carilah cara mempelajari teknik belajar yang betul dari pakar motivasi(Lepas tu kan sama-samalah kita mencubanya). Kejayaan itu akan beri kepuasan dan motovasi, ha..! nanti bolehlah kongsi dengan kawan-kawan yang lain ke.
>Belajar juga bagi melahirkan manusia yang jika berjaya, mereka lebih tawaduk, jika gagal tidak berputus asa.
>Kesimpulanya setiap tugas yang di pertanggugjawabkan haruslah bersandarkan kepada nilai-nilai kemanusiaan seperti mengajak orang lain untuk sama-sama tolong menolong antara satu sama lain.
>Lastly dah berjaya jangan sombong diri, sebaliknya tolong orang lain kerana orang yang suka tolong orang lain, Allah akan menolongnya pula.
>Jika kita ikhlas, Allah akan permudahkan.
>Jadilah bangsa melayu yang dinamik melalui pembangunan mental dan spiritual seiring dengan pembagunan lahiriah.
‘Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan sebuah bagunan yang saling mempekuat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain ’
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen