Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Doa tidak diangkat tanpa disertai selawat
 Posted on Rabu, 28 Julai 2004 @ 22:37:40oleh Hanan
Tazkirah tuyup menulis BERSELAWAT ke atas Rasulullah saw bermakna berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad.

Tujuan berselawat ke atas Nabi Muhammad ialah:
Mematuhi perintah Allah seperti yang diterangkan dalam al-Quran (ayat 56, surah al-Ahzab) yang menggesa orang beriman supaya berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda.

Menunaikan maksud yang terkandung pada ayat 77 Surah al-Qasas yang memerintahkan kita melakukan kebaikan sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat ihsan pengurniaan Allah kepada kita.


Mengenang kembali budi dan jasa baik Nabi Muhammad yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda sudah wafat.

Perkara ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud, katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik. Aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat. Aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”


Mengamalkan kehendak hadis daripada Ibn Umar, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menerima budi orang, sama ada yang berupa harta benda, ilmu atau perkara lain, maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yang ada padanya.

Setidak-tidaknya dengan berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa banyak yang dia fikir berpadanan dengan budi yang dia terima; orang yang tidak berbuat demikian adalah orang yang kufurkan nikmat, orang yang tidak mengenang budi. (Hadis riwayat oleh Imam Ahmad, Abu Daud an-Nasai'i).

Dalam hadis lain, Usamah bin Zaid berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menerima budi orang lalu dia – setelah tidak berdaya hendak membalasnya – berkata kepada yang berbudi itu: ‘Tuhan jugalah yang membalasmu dengan kebaikan di dunia dan akhirat’, maka bererti ia sudah membalas budi itu dengan sepenuhnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Abu Hurairah pernah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak syukurkan dan tidak mengenangkan budi yang dibuat orang kepadanya adalah orang yang tidak menghargai dan tidak mensyukuri nikmat Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Hukum berselawat

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis, ulama sepakat menetapkan bahawa hukum berselawat kepada Nabi adalah wajib. Bagaimanapun, mereka tidak sekata waktu wajib berselawat dan berapakah kadar bilangan selawat.

Antara perselisihan waktu berselawat di kalangan ulama itu adalah:


Wajib berselawat ketika mengerjakan sembahyang.


Wajib berselawat ketika membaca Tasyahud (Tahyyat).


Wajib berselawat ketika membaca Tasyahud akhir selepas membaca dua kalimah syahadah.


Dalam seumur hidup cukuplah satu kali berselawat untuk menunaikan hukum wajibnya dan yang lebih daripada itu hukumnya adalah amalan sunat yang amat digalakkan Islam.


Wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad atau ganti namanya atau pun pangkat kenabian juga pangkat kerasulan Baginda.

Ini adalah pendapat sebahagian besar penyokong Mazhab Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.

Mereka berpendapat, sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa disebutkan itu, maka dia dikira melakukan dosa besar.

Mereka berhujah bahawa Rasulullah memberi amaran kepada sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda.

Diriwayatkan dalam hadis itu, apabila disebutkan nama Baginda, maka sesiapa yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut. Manusia jenis ini juga akan mendapat kehinaan yang memalukan.

Dia juga termasuk kalangan yang beroleh kesusahan, dijauhkan daripada rahmat Allah dan ahli neraka.

Hadis ini berdasarkan beberapa riwayat daripada Abu Zar al-Ghifari, Abu Hurairah. Begitu juga diterangkan melalui riwayat at-Tabari dan Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad.

Masa yang dituntut berselawat

Rasulullah sentiasa mahukan umatnya memperoleh kebaikan termasuk melalui faedah berselawat kepada Baginda.

Oleh itu, banyak hadis yang menggalakkan umat Islam meluangkan seberapa banyak masa untuk berselawat.

Antaranya digalakkan berselawat setiap malam Jumaat dan sepanjang hari itu. Hal ini kerana, Jumaat adalah hari raya kebesaran bagi umat Islam.

Berkenaan dengan waktu paling afdal berselawat, ulama menjelaskan beberapa hari dituntut melakukan ibadat itu antaranya:


Selepas selesai menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.


Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan yang baik dan pada masa meninggalkan tempat itu.


Ketika berdoa iaitu pada permulaannya, pertengahannya dan pada penghabisannya, bahkan ada hadis yang menyatakan bahawa doa tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepada Nabi Muhammad saw.


Sebaik selesai mengambil wuduk iaitu di antara tasyahudnya dan membaca doa.


Ketika masuk ke masjid dan ketika keluar darinya. Selepas berselawat elok ditambah dengan berdoa: ‘Ya Allah, ampunkan dosaku dan bukakan kepadaku pintu-pintu hikmatmu’ ketika masuk, dan dengan berdoa ‘Ya Allah, ampunkan dosaku dan bukakan kepadaku pintu-pintu kelebihanmu’ apabila keluar.


Ketika telinga berdesing iaitu dengan berkata: ‘Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, Allah berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda. Sesungguhnya akan diingati Allah sesiapa yang sentiasa mengingati-Nya dengan kebaikan’.


Ketika seseorang lupa terhadap sesuatu perkara. Mengenai hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berbuat demikian diberikannya kemudahan mengingati perkara itu Insya Allah.”

Cara berselawat

Selain berselawat dengan menyebut perkataan ‘selawat’ seperti mana yang disebut ketika tahiyyat dalam solat, disunatkan juga berselawat menggunakan kata-kata yang paling beradab sopan.

Maknanya dengan menzahirkan kesempurnaan sifat kemuliaan Nabi Muhammad dan keagungan darjat kehormatan serta kebaikan jasa dan budi Rasulullah.

Bagaimanapun, sebaik-baiknya, berselawat dengan mana-mana satu cara seperti mana diterangkan dalam hadis dan disepakati oleh ulama.

Paling afdal, selawatlah seperti seseorang berselawat ketika tahiyyat dalam solat.

Maksud selawat itu adalah seperti berikut : “Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad dan juga ahli keluarga Baginda sebagaimana kamu berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan ahli keluarganya. Dan berkatilah juga ke atas keluarga Baginda sebagaimana kamu memberkati keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Agung.”

 

  Tazkirah


Komen


"Doa tidak diangkat tanpa disertai selawat" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152974 saat. Lajunya....