Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 115
Ahli: 0
Jumlah: 115




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

BOIKOT: SATU TUNTUTAN FISABILILLAH.
 Posted on Ahad, 08 Jun 2003 @ 11:01:49oleh SaLaFiaN
Semasa izad menulis Kita melihat pertembungan dunia hari ini antara kerakusan barat(baca:Amerika) memerangi Islam yang dikatakan ganas. Ramai yang melihat perkara ini sebagai pertentangan antara dua tamadun. Bagi diri penulis ia sebenarnya pertembungan antara golongan yang tidak bertamadun dengan ketinggian ketamadunan Islam. Jika barat sudah bertamaadun, sifat kebinatangan seperti ini adalah sesuatu yang perlu dijauhkan. Barat yang kononnya menyanjung tinggi tinggi nilai-nilai kebebasan dan hak asasi manusia berusaha terus menghalang kebangkitan Islam

Bismillahirrahmanirrahim……

Kita melihat pertembungan dunia hari ini antara kerakusan barat(baca:Amerika) memerangi Islam yang dikatakan ganas. Ramai yang melihat perkara ini sebagai pertentangan antara dua tamadun. Bagi diri penulis ia sebenarnya pertembungan antara golongan yang tidak bertamadun dengan ketinggian ketamadunan Islam. Jika barat sudah bertamaadun, sifat kebinatangan seperti ini adalah sesuatu yang perlu dijauhkan. Barat yang kononnya menyanjung tinggi tinggi nilai-nilai kebebasan dan hak asasi manusia berusaha terus menghalang kebangkitan Islam.

Islam yang Agung, kini semakin hilang keagungannya. Dari sehari ke sehari kita semakin hilang rasa, kita lupa tugas kita di dunia ini. Kita sibuk mengejar kemewahan, bercakaran sesama sendiri, tanpa terfikir kita sedang membudayakan satu nilai jahiliyah yang sepatutnya kita tinggalkan berkurun-kurun lampau. Kita lupa Islam, kita lupa Tuhan bila meninggalkan sembahyang, kita lupa Rasullulah s.a.w bila tidak berselawat kepadanya, kita lupa pada saudara-saudara kita yang perlukan pembelaan, kita juga lupa bahawa kita khalifah yang diamanah memakmurkan agama Allah dan setiap isi buminya.

Pergolakan hari ini semakin sampai ke kemuncaknya, Islam semakin ditindas dan ditekan. Tanpa ada yang mampu membelanya. Kita melihat bagaimana Bosnia diceroboh, bagaimana Chechnya dihujani peluru, bagaimana Afghanistan dibonekakan, bagaimana nasib Iraq yang ampuh menahan asakan Amerika akhirnya tumpas jua. Bagaimana pula kita melihat nasib umat Islam Palestin, mereka bermandi darah selama berpuluh-puluh tahun. Mereka menjadi mangsa kerakusan Israel. Mereka berjuang mempertahankan kiblat pertama kita. Kini BaitulMuqadis bukan lagi milik kita, ia pergi kerana kealpaan kita, kerana kebodohan dan perpecahan kita.

Apa lagi yang ada pada kita. Kita tak punya apa-apa. Kita sudah berada digolongan yang tewas. Kita hanya hidup dalam kenangan keagungan masa lalu. Kita hidup dalam mimpi yang telah lama berlalu. Kita menjadi umat yang teramat malang. Dan jadilah kita seperti apa yang telah diungkapkan Nabi s.a.w sebagai umat buih. Kita ramai, tapi kita tidak berupaya. Terkontang-kanting kita menempuh asakan golongan laknat ini.

Kini setelah apa yang telah berlaku. Setelah kita perolehi pengajaran darinya, marilah kita bersatu kembali. Kita tinggalkan bibit-bibit sengketa, kita leraikan dunia yang melalaikan. Kita bina kekuatan baru.

Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa, begitu jualah dengan ulamak-ulamak terkemuka yang lain. Adalah haram hukumnya, membeli apa-apa barang keluaran Amerika. Kerana setiap duit yang dikeluarkan itu, akan disalurkan kepada dana yang digunakan Israel untuk membantai umat Islam. Apakah kita rela demikian. Apakah kita mahu terus-menerus menjadi pengkhianat kepada saudara kita dan diri kita sendiri. Dan sanggupkah kita menjadi penderhaka kepada Agama Allah ini.

Wahai saudara-saudaraku, marilah sama-sama berikrar, atas nama Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa, atas nama Muhammad, rasul yang kita cintai, atas nama orang-orang yang syahid kerana mempertahankan kehormatan kita, atas nama anak kecil yang syahid diribaan bapanya, kita bulatkan tekad, peperangan pertama kita, adalah melumpuhkan ekonomi mereka.

Apalagi yang kita tunggu. Kita telah lama dijajah dan diperkotak-katikkan. Dari detik ini marilah kita leraikanikatan itu. Kita laksanakan tuntutan ini. Percayalah saudara, kita tidak mungkin mengharapkan panglima perang yang hebat selagimana jiwa kita masih terbemengu. Kitalah yang akan menjadi wira-wira Islam itu samaada kita sanggup atau tidak. Itu adalah tanggungjawab kita. Dan sesungguhnya di tangan kitalah bergantungnya harapan umat Muhammad s.a.w.

Wallahua'lam………

 

  Semasa


Komen


"BOIKOT: SATU TUNTUTAN FISABILILLAH." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127859 saat. Lajunya....