Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

MENGENALI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
 Posted on Khamis, 08 Julai 2004 @ 9:49:36oleh Engku_Salina
Umum rijalulmuslim menulis Apabila kita memperkatakan tentang Khalifah Umar bin Abdul Aziz mungkin ada di antara kita yang beranggapan bahawa beliau adalah individu yang sama atau serupa dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Tetapi sedarkah kita bahawa tanggapan sedemikian adalah salah dan dusta sama sekali. Maka siapakah Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah merupakan seorang cicit kepada salah seorang Khalifah Ar-Rasyidin iaitu Saidina Umar bin Al-Khattab. Beliau merupakan salah seorang khalifah yang memerintah Madinah selepas daripada tamatnya zaman pemerintahan Khalifah yang empat iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra, Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Othman bin Affan ra dan Saidina Ali ra. Berikut jelas menunjukkan salasilah keturunan khalifah Umar Abdul Aziz iaitu beliau adalah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abu al-‘As bin Umayyah bin Abd Syams bin Abdul Manaf al- Qurasyi al-Umawiy. Manakala ibunya pula ialah Ummu ‘Asim Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al- Khattab ra yang mana di gelar sebagai Abu Hafs.

Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz adalah manusia yang mulia. Beliau mempunyai latar belakang keturunan keluarga yang baik. Lihat sahajalah ketika mana ayahnya yakni Abdul Aziz bin Marwan ingin berkahwin dengan ibundanya, di suruhnya Abdul Aziz kepada bendaharinya supaya menyediakan empat dinar daripada sebaik-baik hartanya kerana ingin di jadikan maskahwin untuk perkahwinannya dengan Laila yakni ibunda Khalifah Umar sepertimana yang telah di ceritakan oleh Ibnu Syawzab. Begitu teliti sekali pemilihan dan tindakan yang telah di lakukan oleh ayahandanya ketika ingin berkahwin dengan keluarga Rasulullah S.A.W. yang sememangnya terkenal dengan kebaikannya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah di lahirkan di Halawan iaitu satu nama bagi sebuah kampung yang terletak di Mesir. Beliau di lahirkan pada tahun 61 Hijrah. Kebetulan pula tahun tersebut bertepatan dengan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin Ali. Catatan tarikh ini adalah catatan yang di akui oleh kebanyakan ulama’. Berkata pula Muhammad bin Sa’id: “ Beliau telah dilahirkan pada tahun 63 Hijrah iaitu bersamaan dengan tahun kematian isteri Nabi Muhammad S.A.W., Sayyidatina Maimunah”.

Kelahiran Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebenarnya telah di khabarkan oleh Allah Subhanallahu Taala secara tidak langsung kepada hamba-hambanya di muka bumi ini. Diriwayatkan daripada Umar: “ Bahawasanya Abdul Rahman bin Syurahbil suatu hari telah bercerita: “ Ada seorang lelaki bermimpi pada malam kelahiran Umar bin Abdul Aziz atau pada malam pertabalan beliau menjadi khalifah, melihat seseorang sedang berdiri di antara langit dan bumi sambil berteriak dengan katanya: “ Akan muncul dari kalangan engkau seorang yang peramah, pembela hak dan kebenaran dan seorang yang akan menzahirkan amalan soleh pada diri orang yang sembahyang,”. Tanya lelaki itu : “ Siapakah gerangan orang itu?”. Lelaki yang berteriak itu pun turun ke bumi dan menggoreskan pada permukaan bumi huruf –huruf ع م ر”. Lihatlah amat besar sekali kekuasaan Allah Subhanallahu Taala.

Perkara ini jelas membuktikan kepada kita tentang kebesaran dan kekuasaan serta keagongan Allah Taala dalam mentadbir alam ini dan selainnya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Tiada lagi makhluk yang mampu menandingi kekuasaan Allah SWT. Walaupun kita pada masa kini di bayangi dengan kecanggihan teknologi serta alam siber yang mula memuncak di muka dunia ini, namun tanpa kebenaran dari-Nya semuanya pasti tidak akan terlaksana dan akan musnah binasa. Seharusnya kita mestilah menjadi hamba yang bersyukur kepada-Nya dengan mentaati segala perintah dari Allah SWT serta menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya kerana Islam tidak pernah sama sekali melarang pembangunan.

Apabila menceritakan tentang kehidupan Khalifah Umar bin Abdul Aziz semasa beliau masih kecil, sudah pasti kita akan berasa kebahagiaan dan keindahan dengan nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah S.W.T. kepada beliau. Lihat sahajalah kecenderungan beliau yang tidak berbelah bagi terhadap ilmu pengetahuan dan adab-akhlak sehinggakan beliau sanggup berpisah dengan keluarganya secara umum dan ibu bapanya secara khusus. Hal ini sedikit sebanyak telah menggambarkan satu contoh suri teladan yang baik kepada para penuntut dan pengkaji ilmu pengetahuan serta mampu menjadi sebagai satu motivasi,penggerak serta pemangkin kepada diri kita untuk terus berjaya di dalam mencari ilmu yang sebenar bagi membolehkan kita meneruskan survival kehidupan sebagai hamba-Nya di muka buana ini.

Di ceritakan bahawa suatu ketika ayahnya ingin mengambil Umar menjadi sebagai pembantunya untuk menyelesaikan tugas-tugas hariannya di Mesir . Tetapi malangnya apabila Umar tidak berminat untuk memenuhi permintaan ayahnya itu, sebaliknya beliau berkata kepada ayahnya: “ Wahai ayahku! Bolehkah ayah terima cadanganku, yang rasanya lebih berfaedah untuk diriku dan ayah?” ayahnya bertanya: “ Apa dia?” jawab Umar: “ Bolehkah ayah hantarkan saya ke Madinah supaya saya boleh bergaul dan berguru dengan ulama’-ulama’ di sana dan mempelajari adab-adab dan akhlak yang baik dari mereka”. Lalu ayahnya bersetuju dengan cadangannya itu lantas di hantarnya Khalifah Umar ke Madinah bersama-sama dengan beberapa pembantunya. Di Madinah, beliau telah bersahabat dengan golongan tua dan menjauhi golongan muda.

Khalifah Umar juga telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap agama Islam semasa beliau masih di awal kehidupan lagi. Buktinya ialah beliau telahpun menghafal Al-Quran semenjak beliau masih kecil lagi. Di tambah pula dengan sikapnya yang baik dan bersungguh-sungguh terhadap Islam serta mempunyai kematangan yang amat ketara sekali. Hal ini jelas sepertimana yang telah Dhimam bin Ismail meriwayatkan daripada Abu-Qabil: “ Suatu hari iaitu di saat Umar masih kecil lagi, beliau menangis. Apabila ibunya mengetahui, beliau menghantar utusan bertanya khabar mengenainya. Jawab Umar: “. Aku menangis kerana mengingati mati”. Lalu ibunya turut menangis menginsafi sifat Umar yang sedemikian.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga merupakan seorang Tabi’e yang terbilang. Beliau sempat meriwayatkan ilmu dan hadis daripada Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Amru bin Abu Salamah, al- Saaib bin Yazid, Yusuf bin Abdullah bin Salam yang merupakan seorang sahabat kecil. Khalifah Umar juga ada merakamkan ilmu dan hadis daripada sebilangan besar ulama’-ulama’ dari kalangan Tabi’e antaranya ialah Sa’id bin al-Musayyab, Abdullah bin Ibrahim bin Qariz, Salim bin Abdullah bin Umar dan ‘Urwah bin al-Zubair.

 

  Umum


Komen


"MENGENALI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152869 saat. Lajunya....