Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 17 jam, 27 minit yang lalu
isa777_musa: 22 jam, 9 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu

Wasiat Imam Sufian Ath-Thauri
 Posted on Rabu, 07 Julai 2004 @ 9:34:30oleh Engku_Salina
Tazkirah wafa_mawaddah menulis 1. Bekerjalah untuk dunia sekadar kekalnya engkau dalamnya dan beramallah untuk akhirat dengan kadar kekalnya engkau dalamnya.

2. Memuji Allah merupakan zikir dan ucapan kesyukuran dan tiada suatu zikir dan ucapan kesyukuran selainnya

3. Telah dikatakan : akan datang kepada manusia suatu masa yang mana mati padanya hati-hati dan hanya batang tubuh sahaja yang hidup

4. Manusia merasa redha dengan tujuan yang dia tidak dapat mencapainya dan mengejar dunia yang mana tujuannya tidak dapat dicapai.

5. Zuhudlah hidup di dunia dan tidurlah

6. Berhati-hatilah dengan kecintaan kepada kedudukan, maka sesungguhnya zuhud pada mengejar kedudukan merupakan zuhud yang paling payah di dunia

7. Tidak menyuruh seorang pemerintah dengan kebaikan melainkan dia merupakan seorang lelaki yang alim dengan apa yang disuruh dan alim dengan apa yang ditegah, mengawasi segala apa yang disuruh, mengawasi apa yang ditegah serta adil pada apa yang disurh dan adil pada apa yang dilarang

8. Aku menuntut ilmu yang mana aku tidak mempunyai apa-apa niat sebelumnya dan kemudiannya Allah menganugerahkan kepadaku niat.

9. Apabila engkau melihat seseorang lelaki melakukan perbuatan yang mana telah menyalahi padanya dan engkau akan melihat orang lain serta engkau bukannya cuba menegahnya

10. Bukanlah dikatakan menuntut ilmu itu hanya belajar dari pulan daripada pulan yang lain tetapi ilmu itu merupakan apa yang menimbulkan perasaan takut kepada Allah

11. Fitnah dalam percakapan adalah lebih bahaya daripada fitnah ahli keluarga dan harta serta anak-anak. Bagaimana engkau tidak menggeruninya.

12. Telah berkata Basyar bin al-Harith : telah ditanya Sufian ath-Thauri : Adakah boleh berlaku seorang lelaki yang zuhud sedangkan dia mempunyai harta?
Jawab beliau : Ya! jika dia ditimpa bala dia bersabar dan apabila dia dikurniakan harta dia bersyukur

13. Apabila seseorang hamba itu zuhud di dunia maka Allah akan menganugerahkan hikmat dalam hatinya, melancarkan lidahnya, menampakkannya keburukan dunia dan penyakit dunia serta ubatnya.

14. Engkau mesti bersifat zuhud supaya Allah menampakkan kepada engkau keburukan dunia.Engkau mestilah bersifat warak agar Allah memudahkan kepada engkau ketika hisab. Tinggallah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meraguimu. Hilangkanlah perasaan syak dengan keyakinan agar ia menyelamatkan agama engkau.

15. Zuhud di dunia adalah zuhud pada manusia dan awal zuhud pada manusia itu terhasil apabila engkau zuhud pada dirimu sendiri.

16. Hiasilah ilmu itu dengan dirimu dan jangan hiasi dirimu dengan ilmu.

17. Amalan yang buruk itu adalah penyakit dan ulama' itu merupakan ubatnya. Jika ulama' rosak maka siapa lagi yang mampu mengubati penyakit itu?

18. Orang alim itu merupakan doktor agama dan wang itu merupakan penyakit agama. Apabila doktor sendiri dijangkiti penyakit maka bilakah dia mampu merawat orang lain?

19. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah bertujuan untuk taqawa kepada Allah. Maka untuk itulah ilmu mempunyai kelebihan. Jika tidak terhasil maka ilmu itu adalah sebagaimana perkara yang lain.

20. Adalah dikatakan : Permulaan ilmu adalah diam, Kedua : Mendengar serta Menghafaznya, Ketiga : Beramal dengannya, Keempat : Menyebar dan mengajarnya.

21. Tidak terhenti menuntut ilmu itu selagimana ada orang yang mengajar kita.

22. Tiada amalan selepas amalan fardhu yang lebih baik daripada menuntut ilmu.

23. Umpama orang alim itu seperti doktor yang mana dia tidak meletakkan ubat melainkan pada tempat sakit.

24. Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan sama ada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu.

25. Ambillah dunia untuk badan engkau dan ambillah akhirat untuk hati engkau.

26. Sebaik-baik dunia engkau selagimana tidak memberi mudharat kepadamu dan sebaik-baik apa yang dibalakan ke atasmu adalah apa yang terkeluar daripada apa yang ada pada tanganmu(milikmu).

27. Apabila engkau mengenali dirimu maka tidak akan memberi kesan apa yang ditohmah kepadamu.

--------------------------------------------

Biografi

1. Mawa'iz lil imam Sufian ath-Thauri, tulisan Soleh Ahmad as-Shami, Maktab Islami

 

  Tazkirah


Komen


"Wasiat Imam Sufian Ath-Thauri" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125478 saat. Lajunya....