|
Jodoh Melalui Internet....
|
|
 |
Posted on Sabtu, 07 Jun 2003 @ 7:48:59oleh SaLaFiaN
|
|
|
jilul_QURAN menulis Islam merupakan sebuah agama yang amat menitik beratkan masalah pembentukan keluarga dan generasi,telah menggariskan kaedah dalam pemilihan jodoh.Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud"dikahwini seseorang perempuan itu kerana empat perkara iaitu,hartanya,keturunannya,rupa parasnya,dan agamanya.Pilihlah agamanya kerana kamu menempah kerugian jika tidak mengutamakan yang beragama."Daripada hadis tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memilih pasangan hidup perlu mencari calon yang bukan sahaja sesuai tetapi lebih penting mestilah memahami selok belok agama dan mengamalkan ajaran Islam.Justeru,untuk mengetahui sama ada seseorang itu beragama dan berakhlak,sudah semestinya perlu diselidiki dan dikenali terlebih dahulu.
Ekoran daripada itulah,jika kita lihat bagaimana Saidina Umar memilih seseorang untuk dijadikan saksi,beliau amat teliti membuat penilian.Dalam satu kisah,beliau telah bertanya kepada seorang lelaki sama ada dia mengenali peribadi orang yang diwakilinya pernahkah bermusafir bersama atau bermuamalah dengannya bagi mengetahui kewarakannya.Setelah dijawab tidak pernah oleh lelaki berkenaan maka Saidina Umar menyuruh lelaki tersebut pulang kerana lelaki tersebut sebenarnya tidak mengenali langsung orang yang diwakilinya."
Kaedah yang sama juga,menurut beliau,perlu mencari jodoh kerana perkahwinan merupakan suatu perkara penting yang melibatkan masalah zuriat dan pembentukan generasi akan datang.
Sekiranya seseorang mencari jodoh menggunakan internet,apakah bentuk taaruf atau perkenalan dalam erti kata yang sebenar ini dapat dilakukan.Rasanya kalau dengan hanya internet dijadikan perantaraan,sudah tentu matlamat tersebut tidak tercapai.Bahkan ia mungkin boleh menimbulkan perkara yang tidak sepatutnya kerana perbincangan yang dibuat akan menyebabkan terlahirnya perbualan yang tidak diharuskan oleh syara' atau mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui sebelum perkahwinan.Jika ini berlaku maka penggunaan internet bukan lagi membawa kebaikan tetapi boleh sampai ke tahap haram.
Sedangkan Islam begitu indah sekali menggariskan cara iaitu apabila sampai satu pinangan atau telah berkenan dengan seseorang,pertama sekali yang perlu dilakukan selidiki latar belakangnya dan nasab keturunannya.Ini penting kerana ia mempengaruhi seluruh kehidupan perkahwinannya.
Justeru,pada pandangan saya adalah tidak sesuai kaedah ini digunakan untuk mencari jodoh.Sekiranya ingin juga menggunakan cara ini,maka ia bolehlah digunakan sebagai permulaan dengan mengambil kira batas-batas yang ditetapkan oleh syariat,diikuti dengan kaedah yang diaturkan oleh syara' iaitu selidik latar belakang pasangan tersebut menerusi orang yang boleh dipercayai.
...............
Penggunaan internet untuk mencari jodoh bukanlah satu perkara yang haram mutlak,tetapi jika tidak dilakukan sebagaimana yang digariskan oleh syariat ia boleh menjerumuskan ke arah maksiat.Bagi mereka yang menjaga agamanya maka cara begini bukanlah cara terbaik untuk mendapatkan pasangan hidup kerana perlu diingat matlamat perkahwinan sebenar bukan sekadar menghalalkan apa yang diharamkan sebelum berkahwin tetapi lebih penting lagi ia bertujuan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta membentuk keluarga muslim yang mengamalkan ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan.
Allahu SWT A'lam
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
Komen