Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR
 Posted on Sabtu, 26 Jun 2004 @ 15:46:27oleh Hanan
Kenangan miqdad menulis sebagai peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah dan ibu...hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat..... sebelum mereka pergi meninggalkan kita... atau kita pergi meninggalkan mereka... wallahua'lam....

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....
saya terima info ni dari rakan

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama ini setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.


Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil
mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih
dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.


Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata
kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta
honda jatuh harga.Boleh lah bawa mak berjalan. Waktu tu abah dah
sihat...dah selera makan.
lepas itu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari saja buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. mereka guna digital kamera kat office saja.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nya aku pergi sana bukannya untuk buat kad pengenalan
aku,
sebaliknya buat sijil kematian abah.


Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.


Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van jenazah,
pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari,
pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur,
ertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali.
Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.


Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah. Aku mencium dahi....pipi kanan....
pipi kiri.....dan bangun....tiba-tiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.


Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.


Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.


Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria
hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00
pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan
anaknya.
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat
Kak Se keguguran.....
Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi itu....


Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka
mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang
lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja.
Ada kawan kampung abah baru ini cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal
anaknye.
seorang kerja sana seorang kerja sini. Dia bangga ada macam anda".
Tapi jauh di sudut hati aku. Aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku
bukan anak yang baik.


Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku
nota kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"
...
abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di
kubur dan api neraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak siapa pasti
dia dukung...
bawa berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan untuk diteruskan...tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun ini nak kasi
abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya...
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
aru masuk 10hb Ogos 2002.Kali ini tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.


Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...lepas itu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek lepas itu ditimbus semula masih tak cukup
tanah."
"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu
dimandikan dah bersih...tak ada kotor najis pun tak ada"...perkara itulah
menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan
Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....
"Dulu abah kau yang tolong kira lepas itu tulis kat white board tu".........


Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja
apa sekali pun....


Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai haji Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang
hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung
dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah
dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak
mula bekerja setelah terlupa dengan nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan
solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam
menentukan Al -Mizan..


Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang ini mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.


Inilah perasaan aku sekarang. Buat anda yang masih ada....jadikan
iktibar..... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.


Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.

 

  Kenangan


Komen


"CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR
oleh raudhatulaqilah pada Jumaat, 02 Julai 2004 @ 16:06:21
(Info AHLI)


Alhamdulillah....artikel ni beri keinsafan pada diri ana...sedar-sedar air mata mengalir....buat sahabat-sahabat lain,semoga kita dapat membentuk diri menjadi anak yang soleh dan solehah...janganlah sesekali kita meninggikan suara dengan ibubapa kita...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]











Re: CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR
oleh mawarkuning pada Sabtu, 17 Julai 2004 @ 14:31:57
(Info AHLI)


assalamualikum....saya jg nak kongsi kesayuan ini bersama..... untuk kali terakhir saya mencium pipi ayah saya pada hari jumaat 5/12/2004. alhamdulillah....ayah sy dpt pergi dgn tenang sekali...... sy amat terasa kekosongan yg d tinggalkan oleh ayah setelah ibu sy menghembuskan nafas terakhir 5 thn dahulu.... kini semuanya hanya dalam kenangan...... untuk slamanya
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR
oleh mawarkuning pada Sabtu, 17 Julai 2004 @ 14:33:23
(Info AHLI)


assalamualikum....saya jg nak kongsi kesayuan ini bersama..... untuk kali terakhir saya mencium pipi ayah saya pada hari jumaat 5/12/2003. alhamdulillah....ayah sy dpt pergi dgn tenang sekali...... sy amat terasa kekosongan yg d tinggalkan oleh ayah setelah ibu sy menghembuskan nafas terakhir 5 thn dahulu.... kini semuanya hanya dalam kenangan...... untuk slamanya
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]











Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.811491 saat. Lajunya....