Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Daeng_Jati: 34 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu

Al-Masih Ad- Dajjal
 Posted on Sabtu, 26 Jun 2004 @ 10:21:43oleh Hanan
Umum nur_islami menulis Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.
Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya tertulis "Kafir" (kaf,nothing,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.

Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya, mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara bahagian depan dan belakangnya. "Siapakah kamu?", teriak mereka dan dijawab oleh binatang itu, "Aku adalah Jassasah." Tanya mereka lagi,"Apakah Jassasah itu?" dan jawabnya lagi, "Wahai kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan berita daripada kamu semua."

Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,"Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini." Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ.

Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,"Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan." Mereka bertanya, "Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?" Beliau berkata," Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?" Jawab mereka,"Ya." Lalu beliau berkata," Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang danau Thabariyah."

Mereka bertanya lagi, "Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?" Balasnya, "Adakah ia masih berair?" Jawab mereka, "Banyak." Katanya, "Sesungguhnya airnya hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher."

Merekapun bertanya kepadanya, "Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?" Balasnya, "Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan menggunakan air tersebut?" Mereka menjawab, "Ya. Di dalamnya banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam."

Kata lelaki itu lagi, " Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?" Mereka menjawab, "Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah." Beliau bertanya lagi, "Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?". "Ya." Jawab mereka. Soalnya lagi," Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?" Mereka menjawab," Nabi itu telah menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah mentaatinya." Kata lelaki itu, "Itu sudah terjadi." "Benar." Sahut mereka.

Maka,berkatalah lelaki itu," Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya. Aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
Dajjal akan berkata," Aku adalah Tuhanmu," padahal sebelah matanya butadan terdapat tulisan 'kafir' di antara kedua matanya.
Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam 'syurga' itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam 'neraka' itu ternyata adalah syurga.
Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar.
Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,"Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?"
Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,"Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi." Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.
Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)
Wallahualam.

 

  Umum


Komen


"Al-Masih Ad- Dajjal" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.147777 saat. Lajunya....