Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Panduan Berhenti Merokok
 Posted on Selasa, 15 Jun 2004 @ 9:58:05oleh Engku_Salina
Umum yeop menulis Sekiranya anda bercadang untuk berhenti merokok, berilah tumpuan kepada panduan yang diberikan di sini sebelum memulakan proses berhenti merokok. Proses berhenti merokok memerlukan perancangan dan juga penentuan masa yang sesuai. Jika ia dirancang dengan betul ia pasti akan membawa kepada kejayaan. Sebagai pedoman, panduan-panduan umum di bawah boleh membantu perokok dalam mendapatkan keazaman yang tinggi seterusnya berjaya untuk membuang tabiat buruk merokok.

Alasan untuk berhenti

Banyak alasan diberikan oleh perokok untuk meneruskan tabiat buruk ini. Antara alasan yang sering dilontarkan ialah: merokok merupakan tabiat lama yang telah sebati dengan jiwa, boleh mengurangkan stres dan ketagihan kepada nikotin.

Langkah pertama sebelum anda meneruskan perancangan anda ialah, renungi tabiat merokok anda serta tentukan polanya. Fikirkan tentang masa, tempat, rakan dan perasaan yang menyebabkan anda merokok serta perbuatan yang mendorong anda merokok. Dalam melakukan muhasabah diri, tentukan sebab-sebab perlu anda berhenti dari merokok.

Tetapkan masa untuk anda mula berhenti merokok. Beritahu rakan dan ahli keluarga tentang rancangan anda. Dapatkan bantuan dan sokingan dari rakan dan ahli keluarga.

Terdapat beberapa kaedah untuk membuang tabiat buruk merokok dan ianya bergantung kepada pilihan perokok itu sendiri. Antara kaedah-nya adalah:

1. Berhenti mendadak

Perokok berhenti daripada mengambil rokok samasekali seperti yang dilaku-kan semasa berpuasa. Kaedah ini memerlukan motivasi, ketahanan diri dan kesungguhan yang tinggi.

2. Berhenti beransur-ansur

Perokok mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari secara beransur-ansur sehingga ketahap tanpa rokok. Namun begitu, disebabkan faktor-faktor persekitaran dan emosi kaedah ini sering mengalami kegagalan.

3. Menangguh pengambilan

Perokok menangguhkan pengambilan rokok. Sebagai contoh jika kebiasaan-nya menghisap sebatang rokok setiap jam, kurangkan kekerapannya kepada sebatang rokok bagi setiap dua jam. Kaedah penangguhan ini disyorkan agar tidak melebihi tempoh dua minggu untuk memberhentikan tabiat buruk merokok sepenuhnya.

4. Penggantian nikotin

Nikotin merupakan bahan aktif penyebab ketagihan dalam rokok. Bagi mengurangkan kesan gian, perokok boleh mengambil nikotin dalam bentuk lain seperti koyok atau getah kunyah dan sebagainya.

Apakah yang terjadi bila anda berhenti merokok?

Dua jam selepas berhenti

Nikotin yang menyebabkan ketagihan akan mula dikeluarkan dari badan. Kesan gian akan mula dirasai.

Enam jam selepas berhenti

Denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun.

12 jam selepas berhenti

Sistem tubuh mengkumuh kesemua karbon monoksida dari asap rokok. Paru-paru kembali berfungsi dengan lebih efisien. Anda tidak mengalami sesak nafas.

Dua hari selepas berhenti

Deria rasa dan hidu mula kembali normal. Bau rokok dalam nafas, rambut, gigi dan jari mulai hilang.

Seminggu selepas berhenti

Kesan gian atau kemaruk akan hilang.

Dua minggu selepas berhenti

Peredaran darah dalam tubuh akan meningkat. Keyakinan diri untuk mengatasi tabiat merokok juga akan meningkat jika anda dapat bertahan lebih lama dari mengambil sebatang rokok.

Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok

Diri anda lebih bertenaga. Tidak lagi batuk, kesesakan hidung, letih dan mengalami pernafasan semput.

Setahun selepas berhenti merokok !

 

  Umum


Komen


"Panduan Berhenti Merokok" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.194825 saat. Lajunya....