Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 23 jam, 5 minit yang lalu

Teori penyelamat dalam ajaran Buddha
 Posted on Selasa, 01 Jun 2004 @ 20:40:10oleh Hanan
Umum al_farisi menulis Di dalam ajaran Buddha kehidupan manusia di tentukan oleh manusia itu sendiri dan bukannya dari langit atau dari bumi seperti mana yang di tanggapi oleh sesetengah pihak. Buddha memperkenalkan kaedahnya untuk menyelamatkan umat manusia. Kata-katanya mengenai penderitaan dan kebebasan dari penderitaan akan menjadi topik di dalam perbincangan ini.

Tidak seperti agama Islam, Buddha tidak mengajar pengikutnya tentang ketuhanan, metafizik atau falsafah sebaliknya ianya merupakan pandangan psikologi , etika, nilai atau moral samaada baik atau betul di dalam kehidupan. Matlamat utama ialah untuk mencapai Nirwana. Nirwana dikaitkan dengan konsep pembebasan daripada kelahiran semula. Justeru itu di dalam Buddha kaedah untuk mencapai Nirwana ialah dengan melalui pembebasan dari penderitaan melalui konsep empat kebenaran mulia (Four Noble Truth).

Penderitaan, Kebenaran Dan Kesejahteraan

Di dalam ajaran Buddha terdapat satu istilah yang di kenali sebagai Dhamma. Dhamma merupakan ajaran-ajaran dasar Buddha dan ianya di intipatikan melaui empat kebenaran mulia. Dalam erti kata lain ia membincangkan mengenai pederitaan di alam ini, yang mana ianya mempunyai penyebab penderitaan, cara menghapuskan penderitaan dan cara-cara melepaskan dari penderitaan. Maka, Buddha meyampaikan pengetahuannya berasaskan kaedah perubatan pada waktunya dan ianya menjelaskan 4 kebenaran mulia (4 noble truth) bersandarkan empat tingkat penyembuhan.

Kebenaran mulia yang pertama ialah menentukan penyakit dan dalam kes ini ianya di sebutkan penderitaan( Dukka) . Penderitaan merangkumi definasi yang luas termasuk ketidaksempurnaan, perkelahian dan sebagainya. Menurut Buddha di dalam hidup ini kita mungkin mengalami kegembiraan tetapi ianya bersifat fana. Buddha memberikan contoh penderitaan seperti kesakitan, usia tua, kematian, perpisahan dengan orang di sayangi dan keinginan yang tidak dapat di puaskan. Jadi anya mesti dihubungkan dan di imbangkan dengan kesabaran.

Kebenaran yang kedua ialah sebab atau punca yang membawa kepada penderitaan(Samudaya). Buddha mendakwa keinginan yang kuat yang membawa kepada penderitaan. Dengan kata mudah keinginan , nafsu, cinta, gila kekayaan adalah merupakan Samudaya yang menjadi faktor kepada penderitaan.

Kebenaran yang ketiga ialah pemadaman atau penghapusan penderitaan(Nirodha). Pemadaman ini berlaku di dalam hati di mana, dengan menghapuskan sebab penderitaan iatu menghapuskan keinginan dan kehendak.

Kebenaran yang terakhir ialah cara atau jalan penghapusan penderitaan dengan mengambil jalan sederhana atau moderat (Marga). Ianya berkaitan dengan aspek atau nilai etika. Tujuannya ialah untuk menebus atau menyelamatkan diri dari penderitaan Pada tahap ini seseorang seseorang mesti meyeimbangkan keinginan dan mengamalkan disiplin diri. Dengan kata lain kesederhanaan membawa keselesaan. Cara terbaik yang di fikirkan oleh Buddha ialah mengambil jalan tengah antara hidup mewah dengan penyiksaan diri.

Lapan Jalan Benar

1. Kepercayaan yang benar( Samma Ditthi)
Ianya berdasarkan kepada pengetahuan betul. Ianya bertujuan untuk mengelakkan dari melakukan kesalahan.

2. Tujuan atau cita-cita yang betul(Samma Sankappa)
Menurut Buddha tindakan yang baik di dasari oleh niat yang baik. Tujuannya ialah untuk menghapuskan keinginan.
.
3. Pertuturan yang baik(Samma Vaca)
Jalan ini menerangkan seseorang mesti bercakap benardan tidak mempunyai dan tidak melakukan perbuatan negatif.

4. Perbuatan yang betul(Samma Kamanta)
Tindakan yang betul merupakan jalan yang benar. Ianya memberikan contoh, sikap bercakap kosong membawa sikap membangga diri.

5. Hidup yang betul(Samma Ajiva)
Bagi jalan ini seseorang itu perlu hidup secara betul. Dengan erti kata lain ianya tidak mempunyai sifat-sifat negatif. Ianya perlu hidup secara merendah diri dan berusaha melakukan kebaikan.

6. Usaha yang benar(Samma Vayayama)
Jalan ini menerangkan usaha atau tindakan memadamkan sifat-sifat negatif atau kesedihan. Ianya memerlukan pengabdian dengan cara membersihkan jiwa dalaman dengan cara membuang sikap negatif dan digantikan dengan nilai- nilai positif.

7. Fikiran yang betul( Samma Sati)
Ketenangan fikiran hanya dapat di perolehi dengan menghapuskan sikap egoistik, marah dan cemburu.

8. Kesedaran yang betul (Samma Samadhi)
Jalan ini bertujuan untuk meningkatkan ketenangan. Ianya boleh di capai melalui renungan dan membebaskan dari sifat sombong.

Kelapan-lapan prinsip ini dapat disimpulkan dalam 3 kepercayaan utama iaitu kepercayaan pada Buddha sebagai guru dan yakin pada Buddha bagi mencapai Nirwana. Yang kedua tindakan atau kelakuan yang telah di tentukan oleh Sangha. Dan yang terakhir ialah melakukan meditasi atau renungan yang baik menurut Dhamma bagi mencapai Nirwana

Kesimpulan

Pada pandangan Buddha konsep penyelamat adalah perkara peribadi dan bukannya perkara sosial dan ianya tidak sama pada setiap orang dan jelas berbeza dengan konsep al-Mahdi yang kenali sebagai penyelamat, yang mana ianya adalah satu pengharapan masyarakat; harapan kepada penantian kemakmuran dan keadilan serta kesejahteraan.

 

  Umum


Komen


"Teori penyelamat dalam ajaran Buddha" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131264 saat. Lajunya....