Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 259
Ahli: 0
Jumlah: 259




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Ibadah melahirkan tokoh yang bersinar hatinya..
 Posted on Sabtu, 29 Mei 2004 @ 14:56:29oleh Hanan
Tazkirah aliflamra menulis Assalamua'laikum...

Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah
seseorang.Di dalam konteks solat,unsur-unsur
ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya
berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya
Ulumuddin;

1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang
memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang
dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t.
(Berasa takut terhadap Allah hasil dari
kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran
Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana
kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi
manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah
dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan
padanya –sudah tentulah).

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan
berkata: “Mereka yang tidak menghadirkan hati
ketika melakukan solat, solat mereka akan
mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Perlaksanaan Ibdaha-ibadah ini secara konsisten
akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan
memelihara hati dari serangan ansir yang boleh
merosakkannya.Di antara perkara yang amat
ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling
penting kerana dari keikhlasan itulah yang
menentukan ibadah kita diredhai Allah atau
sebaliknya.Allah berfirman: “Maka kecelakaanlah
bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang
lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan
untuk dilihat orang (riya’)..” (Surah Al-Ma’un
ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang
istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w.
bersabda: “(Di antara mereka yang) duduk di
bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak
ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah,
seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan
kanannya sehingga tersembunyi dari tangan
kirinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk
akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w.
bersabda: “Sedikit dari riya’ ketika(ketika
beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan
Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya’ akan dipanggil
dengan beberapa gelaran keji, seperti yang
disebutkan oleh nabi s.a.w.: “Di hari qiamat
mereka yang riya’ akan dipanggil dengan gelaran)
Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat,
wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk..”
(Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan
Saidina Ali .a. berhubung dengan cara untuk
mengenal riya’.Beliau berkata “Mereka yang suka
menunjuk-nunjuk (riya’) mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian , malas beribadah.
Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat
untuk beribadah.Sebaliknya apabila berada
bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi
rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau
tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

Ni jelas amalan yang 2 dan 3 tu, bergantung pada
sorrounding people’s insult.

Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi
yang jujur lagi beramanah.Peribadi seperti ini
semakin ketandusan pada hari ini.John C. Maxwell
di dalam Developing the leader within you
berkata: “Semua orang pernah menemui mereka yang
penonjolan luarannya lebih hebat dari
dalamannya.Amat menyedihkan pada hari ini, ramai
orang memberi focus kepada pembinaan imej luaran
lebih dari imej dalaman.Yang anehnya apabile
mereka ‘jatuh’ mereka tidak tahu punca yang
menyebabkan kejatuhan itu…… Rumah Putih,
Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan,
akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak,
semuanya telah diserang pelbagai skandal yang
memalukan pada hari ini….”

Allahu Ta'lah A'lam

 

  Tazkirah


Komen


"Ibadah melahirkan tokoh yang bersinar hatinya.." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119443 saat. Lajunya....