Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 14 hari yang lalu
sadiqah: 18 hari yang lalu

Manusia berakal tidak tunduk kepada hawa nafsu
 Posted on Isnin, 10 Mei 2004 @ 10:19:55oleh Engku_Salina
Tazkirah siMpLe_sHiDa menulis RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang berakal itu ialah orang beriman kepada Allah, membenarkan Rasul Allah dan berbuat amalan taat kepada Allah.” – (Hadis riwayat Ibnul Mahbar).

Manusia yang tidak amanah terhadap akal, malah menjalani kehidupan hanya mengikut telunjuk nafsu semata-mata, kedudukan mereka sama seperti binatang, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai.” – (Surah al-A’raf, ayat 179).

Meskipun manusia makhluk paling mulia di sisi Allah, namun nilai kemuliaan seseorang insan itu diukur oleh Allah melalui sejauh mana seseorang itu bertakwa kepada-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” – (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Takwa maknanya takut kepada Allah, iaitu mengelakkan diri daripada kemurkaan Allah dengan cara mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan lahir dan batin.

Kepentingan takwa selalu diingatkan oleh khatib ketika khutbah Jumaat dengan memetik ayat al-Quran bermaksud: “... Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” – (Surah Ali Imran, ayat 102).

Orang bertakwa ialah mereka yang beriman kepada Allah, patuh kepada perintah-Nya, melakukan segala amal salih, meninggalkan segala apa yang ditegah dan dilarang, bersedia berkorban kerana Allah, mengamalkan hubungan baik sesama manusia dan makhluk Allah yang lainnya, seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Dalam permulaan ayat Surah al-Baqarah, Allah menerangkan ciri-ciri umum golongan bertakwa iaitu: “Alif, Lam, Mim. Inilah kitab al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan mengenainya, yang menjadi petunjuk kepada orang bertakwa. Iaitu orang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka.

“Dan juga orang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab yang diturunkan terdahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang berjaya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5).

Mukmin bertakwa bukan saja dicintai Allah, malah akan dipelihara daripada segala macam bencana dan bahaya serta dijamin rezekinya daripada yang halal.

Sesungguhnya, kemuncak kejayaan bagi golongan bertakwa ialah mereka dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah.

Inilah matlamat terakhir yang diidam-idamkan oleh makhluk bergelar manusia. Sebaliknya, bagi golongan yang mengingkari perintah Allah atau lebih tepat tidak mahu beriman dan bertakwa kepada Allah, maka mereka dianggap tidak bernilai di sisi-Nya.

Kemuliaan yang ada pada dirinya sebagai manusia terhapus. Kedudukan mereka tidak perlu dihuraikan kerana Allah menjelaskannya dalam firman-Nya bermaksud: “Kemudian Kami kembalikan dia ke taraf makhluk yang paling rendah.” – (Surah at-Tin, ayat 5).

 

  Tazkirah


Komen


"Manusia berakal tidak tunduk kepada hawa nafsu" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122306 saat. Lajunya....