Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Beriman Kepada Al-Quran Satu tuntutan
 Posted on Rabu, 28 April 2004 @ 23:30:02oleh Hanan
Tazkirah pLatipus menulis Sewaktu Allah menurunkan al-Quran, ia tidak diturunkan untuk dijadikan perhiasan seni yang dijual menerusi tulisan-tulisan khat. Ia tidak semestinya dilagukan sehingga lagu yang menjadi minat bukan tertarik kepada isinya. Ia tidak juga bertujuan untuk dijadikan jampi serapah -(sekalipun ada ayat-ayatnya yang pernah dijadikan sebagai rawatan penyakit oleh Nabi saw)- lalu memotong ayat-ayat al-Quran tadi , dibaca sekerat-sekerat mengikut selera sendiri lantas menghapuskan tujuan penurunannya.

Al-Quran diturunkan oleh Allah adalah dengan tujuan menyuntik semangat keimanan kepada manusia.Semangat keimanan yang telah berputik tadi akan menimbulkan minat untuk membaca dan beramal dengan tuntutannya penuh keyakinan tanpa dibatasi oleh faktor masa , kaum , kepentingan dan tempatan. Seseorang yang bermula dengan iman akan yakin dan percaya kesesuaian kitab ini pada semua zaman dan masa.Kita katakan begitu kerana ia telah diturunkan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan makhluk manusia.

Dalam kehidupan ini orang biasa mengunakan menu untuk makan, orang menggunakan guide untuk menyelamatkan peralatan yang digunakan agar terselamat dari kerosakan yang mungkin berlaku akibat kealpaan, maka demikian juga dalam kehidupan beragama.Manusia tidak mungkin hidup sejahtera tanpa garis panduan, mereka tidak akan selamat tanpa bimbingan dan sebaik-baik bimbingan dan garis panduan sudah tentu datangnya dari Allah ,Tuhan yang menciptakan manusia.

Ahli-ahli falsafah -suatu ketika dahulu- telah bertungkus lumus mencari kaedah mengenal pasti bagaimana boleh dikatakan sesuatu perkara itu baik dan bilakah masanya boleh dikatakan sebagai tidak baik.Namun dihujung perbincangan , mereka tercebak kepada masalah yang melengkari manusia itu sendiri.

Pakar perundangan telah menggubalcipta peraturan dan perundangan untuk mentadbir manusia.Namun natijah akhir yang mereka terima tetap negatif kerana mereka mencipta peraturan yang tidak adil.Apabila manusia menggubal peraturan untuk manusia, maka sanggupkah manusia yang menggubal peraturan tadi meletakkan dirinya di bawah peraturan? Tidak!.Mereka akan mencari jalan keluar menerusi peruntukan-peruntukan yang boleh menyelamatkan mereka.Maka yang terkena hukuman adalah golongan bawahan manakala golongan atasan akan dijamin di bawah peraturan yang sah.Inilah yang pernah dibimbangi oleh Baginda saw menerusi hadith-nya yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mengalami kemusnahan apabila yang mencuri itu datang dari kalangan keluarga terhormat, mereka lepaskan dari menerima hukuman.Sebaliknya apabila yang mencuri itu datang dari kalangan orang awam, mereka jatuhkan hukuman ke atas mereka ......” (Ismail Ibn Kathir , Tafsir al-Quran al-Azim , Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1987, hanya 2 ,hlm 59)

Sesungguhnya lembu tidak mungkin dijaga oleh kumpulan dan peraturan lembu-lembu. Ia hanya boleh dijaga oleh sekumpulan manusia atau gembala. Anda bayangkan sendiri apa akan terjadi kepada kumpulan lembu-lembu yang dikawal oleh lembu itu sendiri.Lembu yang lemah akan terus menjadi mangsa manakala yang sakit terus memendam rasa dan yang kuat pula terus menunjukkan perkasa .

Melihat kepada persoalan sejagat ini, amat tepat sekali kalau ummat manusia ini kembali kepada tuntutan beramal dengan al-Quran.Amaran Tuhan telah terlalu banyak di dalam al-Quran terhadap nasib orang-orang yang engkar.Kalau anda sudi mendengarnya perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami melimpahkan kepada mereka barakat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (menolak ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”. (Al-A’raf: 96)

Apabila kita bercakap soal mahu beramal dengan al-Quran , perkara pertama yang mesti kita faham ialah Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur terhadap makna-maknanya. Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakat supaya mereka bertadabbur terhadap ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal mengambil pelajaran darinya”. (As-Sad: 29)

Mengapa perlu ditadabbur ?.Apakah ia merupakan kitab tarikh atau sejarah?. Tidak ! Ia bukan kitab tarikh!, namun ia mengandungi pembentangan tentang nasib ummat dahulu kala yang beriman dan ingkar.Ia tidak pula dibentangkan semua sekali , kerana kalau dibentangkan semua sekali satu persatu, ia memang akan menjadi buku sejarah.Dengan itu ummat Islam tidak perlu lagi membuat research, sebab semua perkara sejarah telah dicatat oleh al-Quran . Ini sudah tentu tidak tepat , kerana Tuhan menurunkan al-Quran adalah untuk ditadabbur. Dari tadabbur mereka boleh membuat kias ibarat, mengambil yang baik sebagai teladan ,menjadikan yang buruk sebagai sempadan.

Melalui tadabbur mereka akan mendapati gaya bahasa dan method persembahan al-Quran dalam menyampaikan mesejnya sungguh bergaya.Namun ia bukanlah kitab sastera.Kalau ia buku sastera sudah tentu bicaranya dari awal hingga akhir hanyalah yang berkaitan dengan tatabahasa.

Tatabahasa yang tepat , penyampaian yang menarik , struktur ayat yang indah dan pilihan perkataan yang cantik hanyalah sebahagian dari pesona yang memukau bagi menggamit insan bertadabbur terhadap wahyu Ilahi itu tadi. Perasaan mereka disorong kepada keimanan sebelum mereka didorong ke makam yang lebih tinggi iaitu makam taqwa.

Pendek kata walau apa sudut sekalipun ditinjau , al-Quran akan sentiasa memberi kepuasan kepada para pembaca setiap kali mereka membacanya dengan penuh tadabbur.Untuk mereka ini, Allah telah janjikan bahawa Dia akan permudahkan al-Quran itu (untuk difahami) kepada mereka yang mahu mendekatinya.Perhatikan firman-Nya yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya Kami telah permudahkan al-Quran itu untuk mendapat pelajaran, maka apakah ada orang yang mengambil pelajaran?” (Al-Qamar: 17)

Tinggal lagi , terdapat satu persoalan yang mungkin berolak di dalam hati orang-orang yang berada di tahap awal memahami al-Quran ini.Apakah langkah-langkah yang boleh mereka ambil ke arah memahaminya?.Mungkin telah ramai di antara kita yang telah berusaha memahaminya, tetapi ternyata kadang-kadang ia sukar.Apakah terdapat langkah-langkah yang boleh membantu kita memahami al-Quran dengan lebih baik?

**Sambungan pada episod akan datang**

 

  Tazkirah


Komen


"Beriman Kepada Al-Quran Satu tuntutan" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149345 saat. Lajunya....